Archive for November, 2009

  • Berapa Kerap Anda Memantau Prestasi Perniagaan GDI Anda?

    2

    Sebagai seorang usahawan SoHo (Small Office Home Office), adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita memantau perniagaan yang dijalankan. Pemantauan dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah prestasi perniagaan anda sehingga hari ini. Melalui pemantauan juga anda boleh melakukan sedikit perubahan terhadap teknik pemasaran dengan mengenal pasti apakah teknik yang paling berkesan dan membawa keuntungan untuk perniagaan anda.

    Mungkin akan wujud kekeliruan disini. Adakah kita perlu sentiasa memantau prestasi perniagaan setiap hari? Jawapannya, bergantung pada perniagaan yang anda jalankan. Dalam artikel ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya dalam » Read the rest of the entry..

  • Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha Untuk Para Pelawat AqifStrategi.com

    2
    Credit to mixterr

    Pembuka bicara senyuman ceria,

    Menaip keyboard dengan perasaan yang gembira,

    Aidiladha semakin tiba,

    Semoga pembaca blog ini dapat menghayatinya.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog yang setia bersama AqifStrategi.com. Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada anda semua. Semoga hari esok dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Saya amat bersyukur ke hadrat illahi kerana masih dikurniakan peluang untuk merasai kemenangan umat Islam sehingga hari ini.

    Saya amat berbesar hati jika anda semua dapat berkongsi apakah “pengorbanan” yang telah anda lakukan sepanjang tahun 2009 ini. Saya pasti ianya adalah berbaloi untuk diri anda dan orang sekeliling. Cuba kita lihat diri kita hari ini, adakah ia lebih baik dari sebelumnya. Jika ya, maka saya ucapkan tahniah dan jangan berhenti untuk terus memajukan diri anda. Jika sebaliknya, maka lakukanlah pengorbanan ke arah kebaikan mulai hari ini. Ingatlah bahawa masih belum terlambat lagi untuk melakukan tindakan. :)

    Laman blog AqifStrategi.com juga akan terus berjuang dalam perniagaan GDI selagi ia diperlukan oleh para pembaca. Inilah salah satu pengorbanan terbesar yang telah saya lakukan pada tahun ini, iaitu memberikan ilmu yang boleh dimanfaatkan kepada para pembaca. Walaupun usaha ini tidaklah seberapa, tetapi saya yakin ia telah banyak membantu pengunjung setia blog ini.

    Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf jika terkasar bahasa dan saya harap agar kita semua dapat bekerjasama sebagai satu umat dan satu pasukan bagi terus membantu antara satu sama lain dalam meningkatkan taraf kehidupan melalui perniagaan GDI.

    Salam usahawan dan salam kejayaan buat semua pengunjung AqifStrategi.com! Salam Aidiladha. (Kalau ada daging korban, boleh la hantar ke rumah saya ye) :)

  • GDI – Kepentingan FOKUS Dalam Perniagaan Internet

    4

    Tidak dapat dinafikan bahawa setiap hari kita disajikan dengan peluang-peluang “menjana wang” daripada internet. Secara jujurnya, anda tidak akan terlepas pandang (jika anda kerap menggunakan internet) kerana peluang seperti GDI, affiliate, ebay dan sebagainya akan sentiasa muncul dengan cara penyampaian yang terkini untuk menarik minat anda supaya melaburkan wang anda terhadap produk mereka. Saya harap anda tidak berprasangka buruk terhadap kenyataan ini kerana niat saya adalah untuk menerangkan betapa pentingnya kuasa fokus dalam perniagaan.

    Dalam artikel sebelum ini, saya telah menerangkan bahawa betapa penting untuk anda memilih satu sahaja cara pemasaran dalam perniagaan GDI anda. Apakah tujuan saya menyarankan anda berbuat demikian? Ia bertujuan untuk menjadikan anda pakar dalam teknik pemasaran yang dipilih. Bayangkan jika anda fokus sepenuhnya menggunakan teknik » Read the rest of the entry..

  • Peluang Keemasan Untuk Memajukan Perniagaan GDI Anda Bersama AqifStrategi.com

    0

    Post ini ditulis untuk memberikan peluang kepada usahawan GDI (khasnya AQ GDI TEAM) untuk bersama-sama memajukan perniagaan GDI mereka dengan menggunakan medium blog AqifStrategi.com. Ini bermaksud saya telah bersetuju untuk membuka ruang pengiklanan di AqifStrategi.com berikutan untuk bekerjasama dengan usahawan GDI yang lain dalam memajukan perniagaan ini.

    Berikut adalah maklumat yang perlu anda ketahui jika ingin beriklan di AqifStrategi.com:

    • > Posisi iklan dibahagian SIDEBAR (Ruangan PENDEDAHAN EKSKLUSIF)
    • > Ruangan ini diberikan khas untuk USAHAWAN GDI SAHAJA - Klik disini untuk pendaftaran
    • > Tempoh pengiklanan yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 6 BULAN (Sebab akan diberitahu)
    • > Menggunakan banner promosi yang berbeza reka bentuk.
    • > Banner bersaiz 125 x 125 pixel.
    • > Terhad kepada 4 RUANGAN SAHAJA.
    • > Bukan downline saya pun boleh. :)

    Sebelum anda membuat keputusan untuk beriklan di AqifStrategi.com, pastikan anda telah » Read the rest of the entry..

    Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 41234»