Tinggal beberapa hari sahaja lagi maka berakhirlah tahun 2009 dimana ia merupakan tahun yang membanggakan bagi saya kerana berjaya menyempurnakan beberapa matlamat yang ingin dikecapi. Saya harap para pembaca AqifStrategi.com juga berjaya mencapai matlamat yang diingini.
Walaubagaimanapun, dalam post ini saya akan berkongsi serba sedikit matlamat yang saya ingin kecapi pada awal tahun 2010. Dimana saya rasakan berita gembira ini harus dikongsi bersama dengan anda.
MakroInformasi 2.0 Akan Berevolusi
Dalam jangka masa 2 bulan MakroInformasi.com dilancarkan, ia telah mendapat sambutan yang amat baik sekali terutamanya pada bulan Disember ini. Bagi pemilik MakroInformasi 2.0, jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Sesungguhnya tujuan saya mengedarkan pakej ini untuk membantu dan berkongsi ilmu bersama dengan anda.
Sepertimana yang telah saya jelaskan, MakroInformasi 2.0 mungkin akan mengalami perubahan besar dimana saya akan menjadikan laman web tersebut sebagai landing page untuk anda semua muat turun beberapa produk digital yang bakal saya hasilkan tidak lama lagi. Berita baiknya, ia adalah percuma dan anda akan dapat beberapa tawaran khas apabila memuat turun produk digital tersebut.
Saya juga akan bekerjasama dengan beberapa orang » Read the rest of the entry..