Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Penggunaan video kini dilihat mempunyai potensi besar untuk menjenamakan perniagaan baru lebih-lebih lagi bagi bisnes kecil. Namun demikian, masih ramai lagi yang masih ragu-ragu untuk menggunakan video kerana mereka beranggapan ia memerlukan kos yang tinggi disamping memerlukan kemahiran.
Hakikat yang perlu anda terima ialah pembinaan video adalah mudah untuk dilakukan. Apa yang anda perlukan ialah sebuah software mereka cipta video seperti Windows Movie Maker dan beberapa skil asas penyuntingan video dan audio.
Jadi, disini saya ingin tunjukkan salah satu hasil penggunaan video yang mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana saya menjelaskan “3 Kesilapan Pemasaran MLM”. Saya harap anda dapat memberikan sebarang cadangan dan komen bagi sebarang penambahbaikan di masa akan datang.
(P.S: Tahukah anda menggunakan video dapat mempercepatkan proses penjenamaan individu dan perniagaan anda berbanding teknik penjenamaan yang lain?:))





