• Cabaran Blogging – Guna formula “7AP” untuk membangunkan blog anda

    Cabaran Blogging - Formula 7AP

    Cabaran Blogging - Formula 7AP

    Dalam cabaran blogging sebelum ini, saya telah berkongsi dengan para pembaca berkenaan pemilihan domain sendiri atau blogspot. Saya tahu setiap seorang daripada anda mempunyai sebab tersendiri samada untuk memiliki domain percuma atau berbayar. Namun begitu, jika soalan sedemikian diajukan pada saya, saya akan menggunakan hosting yang percuma iaitu Wordpress.org kerana anda perlu biasakan diri dengan CMS wordpress apabila anda menggunakan domain dan hosting berbayar suatu hari nanti.

    Baiklah, mari kita teruskan dengan cabaran blogging seterusnya. Pasti anda tertanya-tanya, apakah maksud yang terselindung disebalik ayat “7AP” tersebut. Definisi ini saya ciptakan sendiri agar dapat tingkatkan pemahaman anda di akhir entri ini. Buat pengetahuan anda, “7AP” bermaksud 7 Artikel Penarik dimana ia amat penting bagi mewujudkan first impression pelawat apabila mereka melawat blog anda buat kali pertama.

    Ada yang berpendapat bahawa pemilihan reka bentuk (themes) blog adalah perkara yang diutamakan. Saya sokong dengan pendapat sedemikian. Namun begitu, tujuan utama blog anda diwujudkan adalah untuk berkongsi sesuatu informasi terhadap para pembaca bukan? Jadi, adalah penting bagi anda untuk menggunakan formula 7AP (Bukan Ayam Penyet ya..)

    Apakah kemahiran yang boleh anda salurkan melalui penulisan?

    Rata-rata mengalami masalah untuk menggunakan formula 7AP ini kerana mereka tidak tahu bagaimana untuk mencipta 7 artikel yang mampu menarik perhatian pengunjung blog mereka. Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah seperti berikut, maka saranan saya ialah mulakan dengan kepakaran anda terlebih dahulu.

    Ambil contoh ini, Razif merupakan seorang tukang masak yang berpengalaman di hotel 5 bintang yang terletak disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Beliau juga kepingin untuk mempunyai blog sendiri memandangkan rakan-rakan beliau dilihat sering berblogging jika ada waktu lapang. Oleh yang demikian, Razif membuat keputusan untuk mempunyai blog bagi menceritakan pengalaman beliau sebagai tukang masak.

    Setelah Razif selesai membina laman blog beliau yang pertama menggunakan servis percuma iaitu blogspot.com, dengan rasa penuh teruja beliau menulis entri pertama yang bertajuk “Pengalaman saya sebagai tukang masak selama 7 tahun di hotel 5 bintang”. Secara tidak sedar, artikel beliau berjaya menarik perhatian para pembaca yang ingin mengetahui bagaimana rasanya menjadi seorang tukang masak di hotel lima bintang.

    Aqif, itu baru satu. Tadi kata tujuh?

    Sebentar, jangan tergopoh gapah menilai contoh diatas terlebih dahulu. Saya sarankan agar anda menyediakan sekurang-kurang 7 Artikel Penarik supaya para pembaca dapat meluangkan masa lebih lama dalam blog anda dan secara tidak sedar kredibiliti anda akan dinilai pada saat itu juga. Perkara ini perlu diutamakan berikutan entri anda yang akan mencerminkan siapa anda sebenarnya dan mengapa mereka harus melawat blog anda di lain hari.

    Jadi, saya harap cabaran blogging kali ini dapat membuka mata anda untuk memahami kuasa blogging itu sendiri. Sentiasa beringat bahawa blog ini dinilai bagaimana penyampaian anda mempunyai medium penulisan. Ini bermakna tidak bererti anda golongan atasan, maka anda akan dihormati apabila mempunyai blog. Rata-rata bloggers yang mempunyai kredibiliti hanya golongan biasa-biasa sahaja, namun mereka berjaya mewujudkan “brand” tersendiri.

    P.S: Jika anda bijak bestari, senaraikan nama-nama bloggers terkemuka Malaysia. :)

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , ,

2 Comments


  1. Atraction dari artikel ini memberikan gambaran terbaik pegemar blogging mampu meningkatkan lagi kualiti penulisan dan pengarapan untuk melahirkan idea dan genre tersendiri.

    Kuasa sebenar datang darinya keupayaan mengatasi semangat takut seterusnya berubah kepad daya saing tiada sempadan

    Sokongan padu saya untuk saudara Aqif atas daya usaha ini

    Syabas dan syukur dari saya mungkin kita akan berbicara lagi……..

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih Tuan Shawari kerana sudi meluangkan masa untuk meninggalkan komen bernas dalam ruangan yang disediakan.

    Insyaallah kita akan terus berbicara. :)

    [Reply]

Leave a comment