• Cabaran Blogging – Memilih Niche Blog Anda

    Cabaran Blogging 2010 - AqifStrategi.com

    Sepertimana yang anda tahu, pada tahun 2010 ini saya akan bersama-sama dengan anda  untuk menempuhi segala rintangan dalam dunia blogging. Dimana saya telah mewujudkan Cabaran Blogging 2010 supaya kita dapat bekerjasama dan saling bantu-membantu antara satu sama lain mengenai perihal blogging.

    Dalam cabaran blogging yang pertama ini adalah berkenaan dengan mindset anda. Sebelum anda membuat keputusan untuk memiliki blog, perkara yang paling penting adalah mempunyai “niche” anda yang tersendiri agar ia dapat memudahkan para pembaca dan pelawat anda memahami apakah tujuan blog anda dibina. Berikut adalah senarai niche yang boleh anda gunakan untuk blog anda:

    • > Bersifat peribadi
    • > Kesihatan
    • > Hubungan
    • > Perniagaan dan keusahawanan
    • > Motivasi dan inspirasi
    • > Dan banyak lagi…

    Terus terang saya katakan bahawa terdapat beribu-ribu niche yang boleh anda pilih untuk blog anda. Namun perkara yang perlu difikirkan adalah sejauh mana anda mampu bertahan dengan niche tersebut. Oleh itu, saya amat sarankan agar anda mula dengan topik yang anda minat dan mempunyai permintaan yang tinggi. Berikut adalah contoh bagi meningkatkan pemahaman anda mengenai apa yang saya katakan sebentar tadi.

    Situasi: Azmeer mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran terutamanya pemasaran internet. Setelah menjalankan beberapa kajian pasaran melalui Google, Azmeer dapati terdapat banyak produk dan perkhidmatan yang diiklankan berkaitan dengan pasaran tersebut. Ini bermakna, niche yang Azmeer ingin ceburi (Perniagaan dan pemasaran internet) mempunyai permintaan (Terdapat jual beli produk dan perkhidmatan).

    Namun, Azmeer mempunyai dua pilihan samada memilih kedua-dua topik (Perniagaan dan pemasaran internet) atau memilih satu topi sahaja untuk dibincangkan dalam blog tersebut. Berdasarkan kajian beliau, memilih satu niche blog mampu meningkatkan kredibiliti beliau mengenai topik yang dibincangkan. Oleh itu, beliau memilih “Pemasaran Internet” sebagai niche blog beliau.

    Umum atau spesifik? Mana satu yang terbaik?

    Persoalan yang pasti bermain difikiran anda ialah adakah sesuatu niche itu perlu spesifik atau secara umum sahaja? Saranan saya ialah mulakan niche yang umum dahulu jika anda baru membina blog. Manakala bagi yang sudah mempunyai blog dan berpengalaman dalam sesuatu niche, maka anda boleh membincangkan sesuatu yang spesifik.

    Contoh niche yang umum:

    “Pemasaran Internet”

    Contoh niche yang spesifik:

    “Pemasaran internet menggunakan blog”

    Apa yang ingin saya tekankan disini ialah anda perlu tahu sejauh mana kemampuan anda. Jangan terlampau mengikut orang lain. Pastikan niche yang anda pilih itu mampu memberikan anda keselesaan untuk menyampaikan maklumat pada bakal pembaca dan pelawat anda.

    Utamakan isi kandungan

    “When It Comes To Blogging, The First Thing That Must Come To Your Mind Is Content”

    Kenyataan di atas adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Jika selama ini anda beranggapan bahawa trafik adalah perkara utama dalam blogging, maka fikirkan sekali lagi. Ini kerana blog diwujudkan untuk menyampaikan sesuatu maklumat berdasarkan pandangan penulis itu sendiri dan maklumat yang disampaikan adalah berdasarkan penulisan, gambar, video dan sebagainya dan boleh ia dikenali sebagai “Isi Kandungan”.

    Oleh demikian, pastikan isi kandungan anda menepati cita rasa para pembaca. Anda boleh mengikuti langkah-langkah menulis isi kandungan untuk blog anda dibawah:

    • > Jika blog anda masih baru, maka terus tuliskan sekurang-kurangnya 5 hingga 10 buah post yang berunsurkan informasi, panduan dan tips. Ini bertujuan untuk menarik perhatian para pembaca anda dan memberikan first impression mereka terhadap blog anda.
    • > Mewujudkan sebuah isi kandungan yang dipanggil “Positive Controversy” dimana ia bermaksud penulisan anda mengenai kritikan yang membina terhadap sesuatu perkara yang dibincangkan. Misalnya anda ingin memberi sedikit kritikan terhadap isi kandungan di blog orang lain. Ingat, kritikan yang diberikan haruslah membina, bukanlah untuk menjatuhkan orang lain.
    • > Pengenalan diri secara professional dan beretika. Isi kandungan sebegini mampu mencetuskan rasa ingin tahu para pembaca terhadap anda. Anda perlu menulis sedikit sebanyak mengenai diri anda dan mengapa anda memilih niche tersebut.

    Anda takut dikritik?

    Saya dapati bahawa masalah utama para bloggers yang gagal dalam langkah pertama ini adalah disebabkan mereka takut dikritik.

    Untuk memberi sedikit kelegaan bagi mereka yang menghadapi masalah seperti ini, saya akan menyarankan agar anda berhenti berblogging. Sepertimana yang telah saya terangkan, blogging ini lebih kepada bersifat peribadi dimana semua maklumat, tips dan panduan adalah berdasarkan pemikiran dan akal tuan empunya blog itu sendiri.

    Ini bermaksud anda berhak untuk meluahkan segala pendapat yang anda rasa sesuai untuk dikongsikan oleh para pembaca blog anda. Oleh itu, usahlah takut untuk dikritik. Sebelum saya mengakhiri cabaran blogging yang pertama ini, izinkan saya kongsikan sedikit kata-kata semangat.

    “Do what you feel in your heart is right – for you’ll be criticized anyway. You’ll be damned if you do, and damned if you don’t” – Eleanor Roosevelt

    Bagi mereka yang menyertai Cabaran Blogging 2010 ini, saya ingin anda berkongsi pengalaman anda selepas mengaplikasikan tindakan yang disarankan. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi saya. Saya akan cuba yang terbaik untuk membantu anda.

    Dapatkan hari ini

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , ,

11 Comments


  1. Salam bro,

    Saya telah memilih niche grafik kerana itu minat saya. Saya memilih ‘Ecards’ sebagai fokus utama kerana ia mempunyai jumlah carian yang tinggi pada awal 2008 (lebih 1 juta sebulan world wide) Kini blog saya sudah pun berusia 1 tahun. Masalah saya adalah bagaimana cara untuk saya memahami budaya masyarakat dunia dan bila e cards diperlukan . Boleh terangkan bagaimana untuk saya promosi………………………

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Tahniah bro.

    Ecards? Bunyinya agak baru pada saya. Jika ia berada dalam pasaran tempatan. Maka anda perlu mengutamakan promosi agar dapat mewujudkan “awareness” dalam kalangan masyarakat Malaysia. Jika pasaran antarabangsa. Pastikan anda mempunyai portfolio dimana terdapat hasil-hasil kerja anda. Cuba approach secara personal.

    P.s: Topik ini akan diketengahkan dalam Cabaran Blogging 2010. :)

    [Reply]

  2. annuarn says:

    Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih atas kunjungan sdr ke blog saya. Kedua, saya rasa cabaran yang paling ketara ialah blogger semakin meningkat bilangannya. Oleh itu setiap blogger harus mempunyai strategi untuk mengetengahkan blog masing-masing. Kalau tidak mungkin tenggelam dalam kesibukan berblogging sahaja.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Sebab itu pemilihan niche adalah penting bagi penjenamaan seseorang blogger. :)

    [Reply]

  3. Assalamualaikum. Aqif tajuk entry Aqif ini sangat menarik untuk dibincangkan. Pendapat saya memilih niche yang baik adalah langkah pertama untuk blogging. Tapi andai niche saja belum menjamin berjayanya blog tersebut. Paling penting niche yang dipilih perlu ada keupayaan menulis secara berterusan dengan topik-topik yang hebat itulah adalah cabaran pertama dalam blogging. Sekalipun anda mungkin hebat menulis entry tapi anda tak konsisten pun tak membantu pengunjung ke blog anda.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. :)

    Pendapat saya, pemilihan niche merupakan satu perkara yang kritikal dimana ia seumpama pemilihan arah tuju blogging kita. :)

    [Reply]

  4. Nozi says:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih kerana perkongsian yang bernas ni. Saya juga perlu belajar lebih lagi mengenai blogging ni. Banyak benda perlu dikaji. Harap tahun 2010 memberi satu perubahan.. :)

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Sekadar berkongsi ilmu untuk para pembaca yang dihormati. :)

    [Reply]

  5. donnyien.com says:

    salam Afiq,
    1st time beri komen dsini.nak minta pendapat tuan.
    blog saya http://donnyien.com/ bersifat peribadi tapi masih kurang pengunjung..

    saya nak tuan beri komen atau pandangan ttg blog saya tu..tu je..tq

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Salam Donnyien..Btw, panggil Aqif. Bukan Afiq. Hehe

    Berkenaan dengan blog anda.

    Themes: Standard Quality
    Content: Mix

    Pada pendapat saya, kalau nak jadikan blog tu lebih menarik perhatian pelawat. Maka jadikan niche yang tertumpu. Jangan jadikan general content. Kalau nak lebih mudah, boleh jadikan ia sebagai personal blog.

    Laman contoh seperti Rohaizad.com dan Justkhai.com

    Sekadar berkongsi pendapat. Harap membantu.

    Untuk tarik pelawat, banyakkan luang masa memberi komen pada blog orang lain. Termasuk blog ini. :)

    [Reply]

    donnyien.com Reply:

    maaf tersasul aqif..

    terima kasih atas pandangan ikhlas kamu :)

    saya akan ikut apa yg tuan cakap 2.’tertumpu’..

    [Reply]

Trackbacks/Pingbacks

  1. negaraku.net

Leave a comment