Assalamualaikum dan salam sejahtera,

AMARAN: Post yang ke 100 ini amat panjang dan mustahil dapat dibaca dalam 2 – 5 minit. Oleh yang demikian, pastikan anda mempunyai masa terluang sebelum membuat keputusan untuk membacanya. Terima kasih.
Salam Ahad buat para sahabat dan para pembaca yang sentiasa menanti-nantikan entri terbaru daripada AqifStrategi.com. Buat pengetahuan anda semua, si penulis sendiri pun tidak dapat menjawab persoalan “Kenapa sekarang saudara Aqif mempunyai banyak masa untuk berblogging?”.
Jawapan paling tepat yang boleh diberikan ialah blogging itu menyeronokkan kerana kita bebas menulis apa sahaja yang kita mahu selagi entri tersebut tidak menyinggung mana-mana pihak dan dipenuhi dengan ilmu-ilmu yang boleh dipraktikkan. Inilah tujuan AqifStrategi.com diwujudkan selama ini dimana impian si penulis tersebut agar dapat menjadi seorang blogger yang dihormati oleh rakan-rakan sekelilingnya disamping membina hubungan yang teguh bersama para pembacanya.
Minta maaf atas mukadimah entri yang berjela-jela. Namun itulah diri sang penulis, seorang yang sentiasa dahagakan ilmu dan mempunyai matlamat untuk meningkatkan taraf kehidupan orang sekelilingnya.
Baik, berbalik pada tajuk entri yang sepatutnya dikembangkan pada saat pendahuluannya lagi. Tahukah anda apa itu Procrastination? Mungkin ada segelintir yang sudah mengetahuinya malah ada juga yang sudah menghidapi penyakit ini?
Procrastination menurut wikipedia
Procrastination refers to the counterproductive deferment of actions or tasks to a later time. Psychologists often cite such behavior as a mechanism for coping with the anxiety associated with starting or completing any task or decision. Schraw, Wadkins, and Olafson have proposed three criteria for a behavior to be classified as procrastination: it must be counterproductive, needless, and delaying. (Klik pada link ini untuk maklumat lanjut)
Procrastination menurut AqifStrategi.com
Sebuah penyakit membuang masa yang sering dihidapi oleh kebanyakkan individu untuk menyelesaikan segala kerja yang perlu disiapkan. Antara sifat-sifat ketara bagi mereka yang menghidapi penyakit ini ialah:
- Selalu melengah-lengahkan sesuatu kerja.
- Tidak pernah menyelesaikan sesuatu kerja itu 100%.
- Sudah dikerah, baru bekerja.
- Mempunyai mentaliti yang buruk seperti, “Ala… Kejap lagi boleh buat punya…”
Sebenarnya terdapat banyak lagi sifat-sifat seseorang individu yang menghidap penyakit procrastination ini. Tetapi saya rasa cukuplah sekadar menulis empat poin penting sahaja. Apa yang penting disini ialah anda dapat memahami apakah yang dimaksudkan dengan maksud procrastionation / procrastinate itu sendiri.
“Aqif. Bagaimana untuk menghindari penyakit membuang masa ini?”
Satu persoalan yang bagus dan straight to the point. Usah risau kerana setiap penyakit itu pasti ada penawarnya. Tetapi penawarnya tidak disediakan dalam bentuk ubat, cecair mahupun pil kerana ia lebih berkait rapat pada mentaliti seseorang itu sendiri dalam menyiapkan kerjanya.
Salah satu jalan penyelesaian yang paling terbukti berkesan (saya sendiri pernah menggunakannya) ialah dengan mewujudkan ‘Sense of urgency’ dalam diri anda. Mengapa saya katakan bahawa teknik ini berkesan? Sila lihat jawapan-jawapan di bawah:
- Surat khabar dan majalah – Syarikat penerbitan ini sentiasa mempunyai dateline yang perlu dipatuhi bagi menepati masa-masa bagi tujuan pencetakan dan sebagainya.
- Kad kredit – Syarikat penyedia kad kredit akan menetapkan masa-masa tertentu bagi mengenakan caj penalti bagi sesiapa yang lambat membayar hutang.
- Pemasaran Internet – Sebagai seorang pemasar internet (Internet Marketer), anda perlu segera bertindak untuk mendapatkan jualan. Tiada istilah lengah-lengahkan masa kerana jika tiada jualan terhasil, maka golongan ini terpaksa berpuasa pada hari berikutnya. (No money, no eat)
Cipta sendiri ‘Sense of Urgency’ anda
Jalan yang terbaik bagi mewujudkan ‘Sense of Urgency’ anda ialah bertindak sekarang. Fikirkan apa akibatnya jika anda tidak bertindak hari ini. Berikut adalah senarai-senarai tindakan yang mungkin berkait dengan diri anda pada ketika ini:
- Jika anda mahu membina blog (dot) com sendiri, maka mula membeli domain dan hosting.
- Jika anda ingin berniaga, maka sediakan pelan perniagaan selengkapnya.
- Jika anda mahu menulis entri di blog, maka berhentilah membaca entri ini dan mula menulis.
- Jika anda mahu berkahwin, maka carilah pasangan (lelaki atau perempuan) dan segeralah masuk meminang.
- Jika anda ingin mengiklankan produk atau servis di blog AqifStrategi.com, maka hubungilah tuan empunya blog hari ini.
- Jika anda ingin mendapatkan bantuan konsultasi mengenai pembinaan jenama melalui blog, maka jangan segan silu untuk menghubungi saya hari ini.
Semoga entri ini dapat membantu kita semua dalam menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Kongsilah artikel ini bersama para sahabat anda yang lain jika anda dapati ia benar-benar membantu. Jika tidak, maka hubungilah si penulis agar dia tahu bahawa penulisannya perlu dipertingkatkan lagi bagi menarik hati sang pembaca.