Archive for the ‘Cabaran Blogging’ Category

  • Elakkan diri daripada dibelenggu gangguan emosi

    0

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Entri ini ditulis pada pukul 4:49 pagi dan ini menunjukkan bahawa blogger adalah individu yang sentiasa aktif pada waktu kebanyakkan manusia sedang nyenyak dibuai mimpi. Jika anda tidak percaya, cuba lihat blogger-blogger Malaysia yang lain dimana mereka akan habiskan masa di waktu malam untuk menyediakan entri bagi santapan anda di waktu pagi nanti.

    Dalam pada itu juga, tidak semua blogger yang mampu menulis entri yang mampu menarik perhatian pembaca dan kebanyakkan berpunca daripada gangguan emosi. Antara gangguan emosi yang sering berlaku ialah:

    • Rasa malas hendak update blog
    • Bergaduh dengan seseorang
    • Hati tidak tenang
    • Berlakunya kekecohan dalam keadaan sekeliling

    Mungkin segelintir pembaca blog AqifStrategi.com menghadapi masalah di atas. Namun demikian, nasihat saya ialah jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri. Ini kerana jika kita tidak menyelesaikan amanat atau sesuatu perkara, maka kita berada dalam golongan orang yang rugi dari segi masa, tenaga dan wang.

    Mulakan dengan Bismillah dan berakhirlah dengan Alhamdulillah

    Bagi anda yang beragama Islam, maka lebih baik mulakan sesuatu dengan Bismillah supaya diberkati permulaan perjalanan bagi melakukan sesuatu dan selepas itu ucaplah Alhamdulillah setelah perkara tersebut berjaya di selesaikan. Insya Allah setiap perjalanan tersebut dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

    Bagi yang bukan beragama Islam pula, anda boleh menarik nafas sedalam-dalamnya dan fokus pada keputusan yang anda inginkan. Ini dapat menimbulkan semangat dan motivasi untuk anda bertindak.

    Solat adalah meditasi yang terbaik bagi umat Islam

    Saya yakin kita semua tahu akan kebaikan solat dan mengapa ia adalah satu kewajipan jika kita beragama Islam. Salah satu daripadanya ialah memperoleh ketenangan hati dan jiwa. Andaikata di saat ini anda berasa susah hati dan tidak tenang, maka solat merupakan jalan penyelesaian yang terbaik.

    Pohonlah kepada-Nya agar anda dikurniakan hati yang tenang dan dipermudahkan perjalanan hidup dan rezeki. Doalah dengan bersungguh-sungguh. Nescaya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Akhir kata – Teruskan berblogging!

    Blog merupakan medium yang amat menarik bagi anda yang suka untuk berkongsi sesuatu ilmu kepada para sahabat di seluruh dunia. Jadi, gunakanlah ia sebaik yang mungkin. Elakkanlah daripada fokus kepada menjana pendapatan sahaja kerana anda akan mudah kecewa jika hasilnya tidak seberapa (seperti saya pada waktu awal berblogging). Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap penghasilan entri agar ia dapat meningkatkan ilmu dan hidup rakan sekeliling. :)

    (PS: Bagi sesiapa yang mendapatkan backlink percuma dari blog AqifStrategi.com seperti sidebar di sebelah, sila hantarkan laman web dan gambar anda melalui ruangan hubungi)

  • Mengapa perubahan amat penting dalam kehidupan

    0

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Nampaknya bagi pengunjung setia AqifStrategi.com mungkin agak terkejut melihat perubahan drastik di blog ini berikutan perubahan themes yang dilakukan oleh saya sendiri. Idea untuk menukar theme ini sudah lama, cuma ketiadaan themes wordpress yang menarik membuatkan hasrat tersebut terbantut sehinggalah hari ini.

    Untuk menyambut hari wesak jadi ayah yang tercinta pada hari ini, maka secara tidak rasminya saya ingin memperbaharui themes blog AqifStrategi.com. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyedia themes ini iaitu KreativeThemes.com. Buat pengetahuan anda, Kreative Themes.com dianggotai oleh individu-individu tempatan yang hebat-hebat belaka.

    Themes blog ini sebenarnya diberikan secara percuma oleh pihak KreativeThemes.com. Namun disebabkan kegatalan tangan ini untuk mengubah reka bentuk yang sedia ada, maka terhasillah sebuah themes blog yang agak unik dari beberapa segi desain sedia ada.

    Pasti anda berasa hairan mengapa saya seringkali menukar blog themes dalam jangka masa setahun ini. Sebenarnya, salah satu sebab yang paling munasabah dan boleh diterima akal ialah…

    AqifStrategi.com masih dalam proses mengenal dunia

    Ya. Blog ini masih lagi dalam proses untuk mengenali dunia blogging dengan lebih mendalam meskipun ‘PR’ telah mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan. Oleh yang demikian, saya masih lagi tercari-cari apakah tema yang bersesuaian untuk dijadikan pegangan blog ini. Berkemungkinan besar juga ini merupakan pencarian tema blog yang terakhir untuk blog ini.

    Walaubagaimanapun, tiada guna mempunyai blog yang cantik jika isi kandungan langsung tidak membantu atau menarik minat pembaca. Apa yang dimaksudkan disini ialah jangan sesekali lupa tujuan blog dibina iaitu berkongsi serta memberikan informasi kepada khalayak berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran.

    Blog themes yang kurang menarik akan menurunkan jumlah pelawat

    Saya yakin anda pasti pernah mendengar ‘first impression is everything’ dan saya juga percaya pada kenyataan ini. Jadi, untuk memastikan pelawat memberikan pandangan yang baik pada kali pertama melawat blog ini, themes blog harus kemas, menarik serta professional.

    Sebenarnya ia bergantung pada tujuan blog  dan sasaran pembaca anda. Jika anda wujudkan blog sekadar untuk perkongsian peribadi maka pemilihan blog themes bukanlah sesuatu yang perlu diambil berat. Jadi saya harap anda dapat faham mengapa blog themes memainkan peranan penting dalam membina kredibiliti anda sebagai seorang blogger dan juga seorang usahawan.

    Ini perubahan saya. Anda pula?

    Mari kita berhenti sejenak dan  memikirkan apakah perubahan yang berlaku dalam blog anda. Adakah trafik blog meningkat? Blog sudah memberikan pendapatan lumayan dari segi pengiklanan? Jumlah komen bertambah? Atau pelbagai lagi perkara menarik yang telah berlaku dalam blog anda? Jika perubahan tersebut menjurus ke arah kebaikan maka tahniah saya ucapkan.

    Jika masih lagi mempunyai kekurangan dan anda sendiri tidak puas hati. Boleh hubungi saya bagi tujuan blog consulting. :)

  • Sekecil-kecil tindakan, biarlah ada matlamat

    6

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Nampaknya blog AqifStrategi.com semakin hari semakin rancak dikemaskini. Adakah ini bermakna tuan empunya blog ini sudah mempunyai masa lapang dan tidak lagi kesibukan seperti waktu muda mudi dahulu? Jawapannya terletak di tangan anda. Walau apa jua yang anda labelkan, saya akan tetap meneruskan perjuangan memberikan informasi yang terbaik melalui blog ini. Bukankah itu yang para pembaca kesayangan saya mahukan? ;)

    Baik, mari kita meneruskan tujuan entri ini diterbitkan. Sepertimana yang telah dimeterai melalui tajuknya, kita akan berdiskusi dengan lebih lanjut mengenai matlamat. Saya pasti kita semua tahu apakah yang dimaksudkan dengan matlamat. Tanpa matlamat, segala tindakan dalam kehidupan seharian kita tidak mempunyai arah tuju.

    Namun begitu, tidak ramai yang menetapkan matlamat untuk tindakan-tindakan yang kecil seperti melakukan kerja rumah (membasuh baju, lipat kain dan sebagainya), menaiki kenderaan (kereta, motor dan basikal), dan juga menulis entri di blog. Saya rasa lebih baik kita fokus pada contoh tindakan yang ketiga iaitu menetapkan matlamat ketika menulis entri blog.

    Mengapa perlu menetapkan matlamat dalam setiap entri blog?

    Mungkin maklumat ini agak baru bagi segelintir para pembaca blog ini. Namun begitu, ketahuilah bahawa rahsia kebanyakkan para blogger kental adalah mereka mempunyai matlamat setiap kali menulis entri dan inilah yang dimaksudkan oleh matlamat kecil.

    Ramai yang mempersoalkan bagaimana entri-entri mereka berjaya menambat hati para pembaca walhal mereka baru sahaja menjejakkan diri ke dalam blog tersebut. Jawapannya telah saya sediakan di atas. Ya, letakkan matlamat setiap kali anda menulis entri blog.

    Mari kita lihat daripada perspektif seorang blogger

    Apabila seorang blogger yang berpengalaman menulis, mereka tidak akan sesekali menulis sesuatu yang merapu atau entri yang tidak sesekali mendatangkan faedah kepada para pembacanya. Kerana mereka tahu bahawa intipati blog inilah yang membuatkan para pembaca menghormati tuan empunya blog dan kerana informasi yang disalurkan inilah para pembaca sentiasa tertunggu-tunggu apakah isi yang bakal dikeluarkan oleh tuan empunya blog.

    Jadi,  setiap kali sebelum mereka menulis sebuah entri, matlamat akan ditetapkan. Apabila tujuan entri tersebut jelas dan bakal membawa perubahan terhadap diri pembaca dari segi fizikal atau mental, maka blogger tersebut akan mula menaip tanpa menghiraukan halangan di depan mata atau sebarang kata-kata kecil yang mengatakan bahawa beliau tidak boleh.

    Masa yang diambil tidak akan dikira selagi blogger tersebut tidak berpuas hati dengan penyampaiannya. Dapatkah anda lihat bahawa matlamat kecil (tujuan menulis entri blog) ini akhirnya membawa perubahan yang besar kepada orang lain (para pembaca blog).

    Kesimpulannya

    Mempunyai blog bukanlah seperti menulis diari yang tidak mempunyai intipati ilmu. Saya percaya dalam diri setiap blogger mempunyai nilai ilmu yang tinggi. Cuma masih belum sampai serunya untuk memberikan ilmu tersebut kepada para pembaca. Mengapa saya berkata demikian? Kerana mereka seringkali terlupa bahawa matlamat yang kecil akan membawa kepada kejayaan yang besar.

  • 5 Sebab utama mengapa anda perlu mempunyai blog (VIDEO)

    6

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Apa khabar para pembaca AqifStrategi.com? Moga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Dalam entri kali ini saya akan menggunakan video untuk berkongsi sesuatu ilmu yang bermanfaat kepada anda.

    Ianya mengenai ’5 Sebab utama mengapa anda perlu mempunyai blog’ dan saya amat memerlukan respon daripada anda untuk terus memberikan motivasi kepada saya bagi memberikan informasi berkualiti kepada para pembaca.

    Jadi, sila luangkan masa anda untuk menonton video di bawah:

    Untuk versi High Definition [HD], sila klik pada pautan ini:

    (P:S: Selepas ini AqifStrategi.com akan bertukar menjadi video blog? Siapa tahu? :) )

    Related Posts with Thumbnails
Page 3 of 6«12345»...Last »