Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali saya ingin ucapkan tahniah buat para pembaca setia blog AqifStrategi.com kerana telah mengimplimentasikan perkongsian daripada Cabaran Blogging ini. Nampaknya beberapa blog mereka telah melakukan pembaharuan daripada pelbagai segi (blogpost, themes dan banyak lagi). Sedikit peringatan daripada saya iaitu jangan terlalu fokus pada bahagian teknikal kerana tumpuan pembaca anda adalah pada isi kandungan yang terdapat dalam blog tersebut.
Jadi, mari kita teruskan dengan Cabaran Blogging yang terkini iaitu “Menitik berat perkembangan blog anda”.
Apakah perkembangan penting yang perlu anda perhatikan?
Antara perkembangan blog yang perlu diberi perhatian adalah trafik dan kualiti entri blog yang disediakan oleh anda. Untuk melihat perkembangan trafik, anda boleh lakukan sendiri melalui ruangan control panel dengan melakukan langkah yang berikut.
- [+] Akses control panel > Lihat pada Awstats
Jika trafik blog anda berkembang dengan baik, maka anda boleh mendapatkan sedikit wang pasif dengan membuka ruangan iklan. Tetapi ingat, ruangan iklan ini tidak sepatutnya memenuhi blog supaya ia tidak menjelikkan para pengunjung blog anda. Untuk mengelakkan daripada perkara tersebut berlaku, anda boleh ikut saranan saya di bawah:
- [+] Sidebar (Bahagian tepi) – 2 hingga 4 ruangan iklan berbentuk banner.
- [+] Header (Bahagian atas) – 1 ruangan berbentuk banner sahaja.
Bagaimana jika blog anda mengalami penurunan trafik?
Jika blog anda mengalami penurunan trafik, berkemungkinan besar anda tidak melakukan promosi blog anda. Maka apa yang perlu anda lakukan ialah merangka strategi pemasaran blog selama 1 bulan dan bertindak. Sebagai contoh, saya memilih untuk melakukan blog commenting pada blog-blog tertentu selama satu bulan.
Kemudian, dalam jangka masa sebulan tersebut anda perlu melihat kembali statistik trafik blog. Jika ia masih mengalami penurunan, maka wujudkan sebuah strategi baru. Ingat, pembinaan trafik bukan sahaja perlu dilakukan secara konsisten malah ia juga perlu dipelbagaikan agar anda peroleh keputusan yang diinginkan dan mengenal pasti strategi pemasaran berkesan untuk blog anda.
Jika semuanya berjalan dengan lancar, maka lihat perkembangan entri blog pula.
Perhatikan entri blog anda yang terdahulu dan bandingkan entri terkini. Adakah terdapat peningkatan dari segi penulisan, informasi serta komunikasi antara pembaca dan penulis? Jika tiada, maka anda perlu menjadi kreatif dengan mewujudkan beberapa entri blog yang mempersoalkan pembaca berkenaan sesuatu perkara.
Dengan melakukan perkara berikut, para pembaca blog anda akan meluangkan masa mereka untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Sekurang-kurangnya kini anda dapat mengenal pasti apakah topik yang digemari oleh pembaca. Seterusnya meletakkan fokus untuk menerbitkan entri-entri yang berkaitan dengan topik tersebut.
Jadi… sejauh mana peningkatan blog para pembaca AqifStrategi.com?
Saya amat berbesar hati jika anda semua dapat meluangkan sedikit masa untuk berkongsi peningkatan blog anda melalui ruangan yang disediakan di bawah setelah meluangkan masa yang berharga untuk menelaah ilmu daripada cabaran blogging ini.


Rasanya sudah lama saya tidak mengemaskini entri di blog ini untuk tatapan anda semua. Ini berikutan terdapat satu projek yang perlu dilaksanakan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Alhamdulillah, projek tersebut sudah 97% siap. Kini hanya tinggal semangat dan konsistensi untuk terus mempromosikan laman blog tersebut.




