Archive for the ‘E-Commerce’ Category

  • MiniNiaga – Apa, Siapa dan Kenapa?

    4

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Nampaknya minggu ini barulah saya mempunyai kesempatan untuk mengemaskini blog. Sepertimana yang anda sedia tahu, bulan ini saya begitu sibuk untuk memberikan yang terbaik bagi menjayakan sistem MiniNiaga, iaitu sebuah sistem CMS Minisite pertama yang dibangunkan oleh Flarebiz Network.

    Bagaimanapun, persoalan orang ramai mengenai sistem ini telah terjawab setelah ia secara rasminya dilancarkan pada 28 Jun 2010 tepat pada pukul 10.30 (Sepatutnya pukul 10 pagi, tetapi terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku).

    Untuk maklumat lanjut mengenai sistem MiniNiaga, sila layari laman web di bawah:

    http://www.mininiaga.com

    Baik, dalam entri kali ini saya akan menjawab beberapa soalan asas mengenai MiniNiaga. Ini berikutan ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang sistem ini.

    » Read the rest of the entry..

  • Bagaimana penggunaan video dapat membantu menjenamakan perniagaan anda?

    10

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Penggunaan video kini dilihat mempunyai potensi besar untuk menjenamakan perniagaan baru lebih-lebih lagi bagi bisnes kecil. Namun demikian, masih ramai lagi yang masih ragu-ragu untuk menggunakan video kerana mereka beranggapan ia memerlukan kos yang tinggi disamping memerlukan kemahiran.

    Hakikat yang perlu anda terima ialah pembinaan video adalah mudah untuk dilakukan. Apa yang anda perlukan ialah sebuah software mereka cipta video seperti Windows Movie Maker dan beberapa skil asas penyuntingan video dan audio.

    Jadi, disini saya ingin tunjukkan salah satu hasil penggunaan video yang mendapat sambutan yang memberangsangkan dimana saya menjelaskan “3 Kesilapan Pemasaran MLM”. Saya harap anda dapat memberikan sebarang cadangan dan komen bagi sebarang penambahbaikan di masa akan datang.

    (P.S: Tahukah anda menggunakan video dapat mempercepatkan proses penjenamaan individu dan perniagaan anda berbanding teknik penjenamaan yang lain?:))

  • Jangan fikir untuk berjaya jika tiada ilmu

    0

    Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca blog AqifStrategi.com.

    Pertama sekali, saya ingin mengajak kalian semua untuk menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di Putra World Trade Center. Ramai individu-individu hebat yang berjaya saya temui disana terutamanya di booth PTS (Sebab saya memang duduk sana sahaja :) ). Berkemungkinan besar juga saya akan ke pesta buku ini buat beberapa hari lagi. Jadi, jika anda ingin bertemu dengan saya bagi sebarang perkongsian ilmu, boleh lakukan demikian di booth PTS Publications.

    Berkenaan dengan tajuk entri ini pula, mengapa saya begitu tekankan ilmu pengetahuan dalam perniagaan? Adakah ia amat penting? Pendapat saya, ia adalah asas sebelum memulakan perniagaan. Apabila asas kita tidak betul, maka sepanjang perjalanan perniagaan kita juga akan berterabur. Oleh itu, pastikan anda mempunyai asas perniagaan terlebih dahulu iaitu ilmu mengenai perniagaan.

    Disini saya ingin berkongsi sebuah laman blog yang berkemungkinan besar dapat membantu anda dalam mendalami ilmu-ilmu perniagaan dan tuan empunya blog ini adalah seorang usahawan yang disegani dan dihormati.

    Layari http://puanainonmohd.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut.

    Semoga perkongsian saya dalam entri ini dapat membantu para pembaca blog ini memulakan perniagaan dengan asas yang betul. Sebagai tuan empunya blog ini, saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk berkongsi ilmu yang ada tentang perniagaan internet, MLM dan sebagainya. Jadi, besar harapan saya agar anda dapat menggunakan segala perkongsian ilmu di blog ini sebaik mungkin.

    (P.S: Jika anda ingin bekerjasama dengan saya dalam perniagaan E-Commerce Franchising, saya sarankan agar anda ikuti eKursus “Rahsia Membina Sistem Perniagaan 7 Angka”)

  • Apakah punca anda gagal menjual?

    0

    Melihat perkembangan perniagaan internet yang semakin diterima baik dalam kalangan masyarakat Malaysia, masih ada lagi masalah yang membelenggu usahawan-usahawan yang baru memulakan langkah pertama mereka, iaitu mendapatkan jualan pertama bagi produk mereka / produk affiliate.

    Saya akui, saya juga seorang yang takut untuk “menjual” sesuatu pada ketika dahulu. Ini juga merupakan salah satu sebab saya memilih perniagaan internet, iaitu saya tidak perlu berhadapan (face to face) dengan prospek untuk menjual sesuatu produk / perkhidmatan yang saya niagakan.

    Namun begitu, anda tidak boleh beranggapan bahawa proses penjualan ini akan berlaku secara automatic. Maksud yang ingin saya tekankan disini ialah anda perlu mendedahkan diri anda bahawa anda adalah seorang yang menjual produk / perkhidmatan tersebut. Ia merupakan proses yang agak kritikal bukan? Jadi dalam entri ini, saya akan berkongsi serba sedikit panduan dan tips yang mungkin anda boleh aplikasikan.

    Penggunaan minisite bagi menjelaskan kelebihan dan kekuatan produk / perkhidmatan

    Buat pengetahuan anda, kelebihan minisite jelas sekali dapat membantu anda untuk menjimatkan masa bagi menjelaskan maklumat lanjut mengenai produk / perkhidmatan anda. Sebagai contoh, katakanlah anda menjual minyak wangi secara online. Dengan menggunakan minisite, anda telah berjaya menjimatkan masa untuk menerangkan kelebihan minyak wangi anda kepada pelawat agar mereka dapat membuat keputusan dengan segera untuk memiliki minyak wangi tersebut atau sebaliknya.

    Namun begitu, proses ini memerlukan kajian yang teliti dan uji kaji secara berulang kali agar anda dapat menghasilkan penyampaian dari segi penulisan, video atau imej yang lebih baik pada masa akan datang. Kesimpulannya disini ialah, anda perlu bertindak sekarang untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

    Minisite yang GAGAL ialah minisite yang tidak mempunyai pendedahan produk / perkhidmatan

    Bagi mengelakkan anda berada dalam lingkungan kegagalan pada tahap permulaan, pastikan informasi dan maklumat dalam minisite anda mengandungi kelebihan-kelebihan produk / perkhidmatan anda. Ini bagi memberi penjelasan lanjut kepada prospek dan pelawat supaya mereka dapat membuat keputusan yang terbaik.

    Mungkin ada yang beranggapan bahawa kadar jualan dapat ditingkatkan jika lebih surat jualan lebih panjang. Pendapat saya jika surat jualan tidak mencapai kehendak pelanggan (pemberian maklumat yang mereka ingin tahu), maka hasilnya tetap sama iaitu anda tidak akan berjaya menghasilkan sebarang jualan. Lebih teruk lagi ialah anda telah mengelirukan mereka dimana berkemungkinan besar mereka langsung tidak akan menjejaki laman web anda lagi.

    Kesimpulannya, proses pembinaan minisite dan surat jualan yang membunuh adalah proses pembelajaran semasa. Ianya tidak boleh berlaku dalam tempoh 24 jam. Namun begitu, jika anda mengalami sebarang masalah mengenai reka bentuk minisite yang mampu memberi daya tarikan yang maksimum terhadap para pelanggan anda, maka saya adalah antara individu yang sesuai untuk membantu anda menangani masalah tersebut.

    Hubungi saya jika anda berminat.  :)

    Related Posts with Thumbnails