Archive for the ‘MakroInformasi 2.0’ Category

  • Rahsia pemasaran produk digital dan fizikal secara online

    2

    Sepertimana entri saya pada awal tahun 2010, saya menganggap bahawa evolusi perniagaan internet mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai golongan. Perkara pertama yang ingin saya utarakan disini ialah kelebihan bagi anda yang menyediakan perkhidmatan seperti reka bentuk grafik dan minisite.

    Perkhidmatan seperti ini jelas sekali dapat membantu para usahawan atau jurujual yang ingin memasarkan sebarang produk atau perkhidmatan yang disediakan. Dimana kebanyakkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mereka bentuk produk (packaging) dan ada juga yang tidak mempunyai kemahiran mengenai bidang reka bentuk grafik.

    Namun begitu, salah satu isu yang menjadi perbualan utama mengenai perkara ini adalah siapa yang mampu memberi servis yang terbaik, berkualiti dan memuaskan? Jika ia terbaik, bagaimana pula dengan kos pelaburan? Adakah ianya berbaloi dengan hasil yang anda peroleh?

    Sebelum kita bincang perkara ini dengan lebih mendalam, izinkan saya kongsikan mengapa reka bentuk minisite dan produk digital merupakan proses kritikal sebelum terhasilnya sebarang jualan:

    • [+] First impression – Melalui minisite yang berkualiti, para prospek anda akan mengukur sendiri sejauh mana kualiti produk atau perkhidmatan yang anda sediakan sebelum bertindak untuk membelinya.
    • [+] Susunan imej dan teks – Tidak seharusnya begitu serabut atau terlampau berat supaya ia tidak mewujudkan perasaan “tidak tenteram” dalam diri prospek anda.
    • [+] Penggunaan warna yang minimum – Dalam proses pembikinan minisite atau produk digital, anda tidak seharusnya menggunakan terlampau banyak warna. Pilih antara satu hingga tiga warna sahaja agar ia dapat mewujudkan tema produk atau perkhidmatan anda.
    • [+] Naluri sebagai seorang manusia – Melalui reka bentuk minisite dan produk digital yang menarik, sudah tentu anda dapat mewujudkan rasa ingin tahu dalam diri mereka. Seterusnya membuatkan mereka untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan anda.

    Pakej Minisite dan eCover oleh MakroInformasi 2.0

    Jika anda percaya dengan kenyataan diatas, maka langkah seterusnya ialah membuat keputusan samada untuk mempercayai hasil perkhidmatan pereka grafik itu sendiri. Melalui pakej ini, beberapa kemudahan telah disediakan untuk anda. Antaranya ialah:

    • [+] Reka bentuk minisite yang professional dan terkini.
    • [+] Dihasilkan oleh pereka grafik minisite. (Tidak menggunakan sebarang automated software)
    • [+] Minisite direka mengikut kesesuaian produk / perkhidmatan yang anda niagakan.
    • [+] Jaminan penghasilan minisite yang berkualiti dan memberi tarikan serta daya pengaruh kepada pelawat.
    • [+] Reka bentuk minisite seperti header, background, content dan footer.

    Jadi, mengapa bazirkan wang anda sedangkan pelaburan yang berbaloi sudah ada dihadapan anda? Apa yang diperlukan sekarang ialah kepercayaan anda terhadap saya supaya saya dapat berkhidmat untuk memberikan servis yang terbaik kepada anda.

    Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.makroinformasi.com.

  • Pelancaran Ebook “Cabaran Blogging 2010”

    8

    Sebelum berakhirnya tahun 2009 pada tepat jam 12.00 pagi nanti, saya berkesempatan untuk meluangkan masa bagi menyiapkan sebuah ebook yang diberi nama Cabaran Blogging 2010. Dalam ebook ini mengandungi perkara-perkara yang saya ingin kupaskan tentang perihal dunia blogging yang bakal berubah pada tahun 2010.

    Justeru itu, saya minta kerjasama anda untuk muat turun ebook ini dengan klik pada imej dibawah. Semoga anda dapat manfaatkan sesuatu ilmu yang disampaikan melalui ebook ini. Pastikan juga anda menyertai cabaran yang bakal saya anjurkan tidak lama lagi dimana maklumat lanjut telah diselitkan melalui ebook ini.

  • 4 Modul Video Penulisan Artikel dan Mengapa Anda Memerlukannya

    0

    4 Modul Video Penulisan Artikel dan Mengapa Anda Memerlukannya

    Dalam penulisan artikel, ia boleh digunakan sebagai salah satu senjata pemasaran bagi meningkatkan jualan produk atau perkhidmatan anda. Apa yang menarik disini ialah penulisan artikel tidak mengira siapa anda. Asalkan anda tahu memanipulasikan gaya penulisan, maka peluang anda untuk menawan hati para pembaca semakin tinggi.

    Namun penulisan seseorang itu perlu diasah bakatnya dan bagi yang tiada bakat, pengalaman dalam penulisan adalah pemangkin utama untuk mewujudkan identiti penulis itu sendiri. Kredibiliti anda sebagai seorang penulis boleh diukur oleh pembaca anda melalui corak penulisan, penyampaian dan gaya bahasa yang digunakan.

    Masalah yang mungkin kebanyakkan orang hadapi ialah “kurangnya keyakinan pada diri sendiri” untuk memulakan penulisan mereka. Buat pengetahuan anda, masalah sekecil ini mampu membunuh niat anda untuk menjadi seorang penulis. Tetapi berita baik yang ingin saya sampaikan disini » Read the rest of the entry..

  • GDI – Mengapa Anda Perlu Menguasai Teknik Blog Commenting?

    7

    Bagi anda yang masih lagi merasakan bahawa menjalankan perniagaan GDI adalah sukar, maka saya dengan berat hati akan mengatakan bahawa perniagaan internet tidak sesuai dengan jiwa anda. Saya sendiri akui bahawa saya juga seringkali menghadapi waktu-waktu sukar dalam perniagaan ini dimana terpaksa berkorban wang ringgit dan masa untuk meluaskan perniagaan ini.

    Namun, oleh kerana saya mempunyai impian yang besar sebaik sahaja memulakan perniagaan ini, segala rintangan dan cabaran harus saya tempuhi dengan apa jua cara sekalipun. Jadi jika saya mampu untuk menanganinya, maka saya yakin anda juga boleh.

    Kebanyakkan masalah yang saya dapati daripada mereka yang menjalankan perniagaan GDI ini adalah tidak mengetahui bagaimana caranya untuk menghasilkan trafik yang berkualiti iaitu trafik yang mampu untuk meningkatkan conversion rate anda untuk menaja para prospek dalam perniagaan GDI.

    Antara salah satu teknik yang saya sendiri gunakan untuk mendapatkan targeted traffic ialah » Read the rest of the entry..

    Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 3123»