Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca AqifStrategi.com!
Saya tidak akan bercerita panjang di sini kerana saya mempunyai beberapa berita baik untuk anda iaitu:
- Video ‘3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Kempen Promosi’ sudah siap sepenuhnya.
- Fasa #1 Facebook Pages untuk ‘Marketing Classroom’ selesai…
Sebelum itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya mengasingkan masa saya untuk melakukan beberapa kerja. Maklumlah, saya ini masih lagi belajar di kolej. Mesti mempunyai kesukaran untuk membahagikan masa belajar dan bekerja bukan?
Sebenarnya… Ia tidaklah sukar seperti apa yang anda sangka.
Apa yang saya sentiasa lakukan ialah merancang perjalanan hidup saya setiap hari.
Mudah sahaja, ambil pen dan catitkan pada buku nota. Senaraikan apa yang anda mahu lakukan hari ini.
Senang bukan? Jadi, mari kita sama-sama tonton video ‘3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Kempen Promosi’ di bawah dan jangan lupa untuk nyatakan pendapat anda mengenai video ini.
Oh ya, sertai juga ‘Marketing Classroom’ di Facebook dengan hanya klik di sini.







