Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Rasanya sudah lama saya tidak mengemaskini entri di blog ini untuk tatapan anda semua. Ini berikutan terdapat satu projek yang perlu dilaksanakan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Alhamdulillah, projek tersebut sudah 97% siap. Kini hanya tinggal semangat dan konsistensi untuk terus mempromosikan laman blog tersebut.
Insya Allah dalam jangka masa terdekat saya akan umumkan projek antarabangsa tersebut kepada para pembaca AqifStrategi.com. Siapa tahu ia dapat memberikan anda inspirasi dan motivasi untuk cuba memasuki pasaran antarabangsa suatu hari nanti? Mudah-mudahan ia dapat menjadi realiti.
Apa itu Pagerank?
Berbalik pada tajuk entri. Bagi anda yang tertanya-tanya apakah itu Pagerank, ia merupakan sebuah sistem yang dicipta oleh pihak Google untuk mengenalpasti blog-blog yang layak berada dalam keadaan enjin carian Google. Setiap blog mempunyai nilai Pagerank yang tersendiri. Seperti AqifStrategi.com yang kini mendapat Pagerank 3.
Bagaimana untuk menyemak Pagerank blog anda?
Bagi persoalan ini, anda boleh layari mana-mana laman web yang menyediakan perkhidmatan berikut dan ia adalah percuma. Salah satu laman web yang selalu saya gunakan bagi menyemak nilai pagerank setiap blog ialah Prchecker.info.
Bilakah Pagerank dikemaskini?
Ia sebenarnya bergantung pada pihak Google itu sendiri. Tetapi berdasarkan pengalaman dan perkongsian seorang Problogger Malaysia, pagerank akan dikemaskini dalam lingkungan 3 – 6 bulan sekali. Jadi, ini memberikan anda masa yang lama bagi mendapatkan pagerank yang tinggi.
Bagaimana untuk meningkatkan Pagerank blog anda?
Soalan ini sebenarnya tiada jawapan yang tepat kerana terdapat pelbagai cara yang membolehkan pagerank anda meningkat dan menurun pada masa yang sama. Seperti yang telah saya terangkan, ia 100% bergantung pada pihak Google itu sendiri untuk menilai pagerank blog anda. Apa yang boleh anda lakukan ialah:
Sentiasa kemaskini entri blog anda
Sebuah blog yang sentiasa dikemaskini amat digemari oleh Google. Oleh itu, pastikan anda mengemaskini entri-entri blog anda secara konsisten dan relevan berdasarkan niche blog anda. Dalam kes ini, saya mengambil AqifStrategi.com sebagai contoh.
Blog AqifStrategi.com telah wujud sejak 2 tahun yang lalu dimana blog ini telah bertukar daripada niche kesihatan kepada niche perniagaan internet. Apabila pertukaran niche berlaku, maka entri-entri yang tidak berkaitan perlu dipadamkan dan menggantikan entri yang baru. Oleh yang demikian, saya mengemaskini blog AqifStrategi.com secara konsisten iaitu sekurang-kurangnya 3 entri dalam masa seminggu.
Promosi pautan blog anda pada blog-blog yang mempunyai autoriti
Proses ini diberi nama “Backlink building” dan ia mengambil masa yang agak lama (bergantung pada usaha anda mempromosi blog) sebelum anda dapat melihat keberkesanannya.
Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah menguasai teknik blog commenting. Ini bagi memastikan setiap komen anda di blog-blog orang lain mendapat ‘approval’ dan tidak dianggap sebagai spammers. Dalam masa yang sama ia juga dapat menarik trafik daripada tuan empunya blog tersebut ke blog anda.
Bagaimana untuk menyemak jumlah ‘Backlink’ blog anda?
Setelah anda telah berusaha yang terbaik untuk meningkatkan jumlah backlink, kini tibalah masanya untuk melihat keputusannya. Anda boleh layari laman web http://www.backlinkwatch.com dan letakkan sahaja pautan laman web anda. Tunggu dalam masa beberapa saat bagi menunggu jumlah backlink blog anda.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda. Mohon kongsi entri ini bersama para sahabat yang lain. Salam kejayaan.

Nampaknya bulan Mac merupakan bulan yang agak sibuk bagi saya kerana terpaksa menguruskan sistem perniagaan yang baru dibina iaitu 


