Archive for the ‘Tips Perniagaan Internet’ Category

  • 3 Langkah penting sebelum memulakan kempen promosi

    0

    Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca AqifStrategi.com!

    Saya tidak akan bercerita panjang di sini kerana saya mempunyai beberapa berita baik untuk anda iaitu:

    • Video ‘3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Kempen Promosi’ sudah siap sepenuhnya.
    • Fasa #1  Facebook Pages untuk ‘Marketing Classroom’ selesai…

    Sebelum itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya mengasingkan masa saya untuk melakukan beberapa kerja. Maklumlah, saya ini masih lagi belajar di kolej. Mesti mempunyai kesukaran untuk membahagikan masa belajar dan bekerja bukan?

    Sebenarnya… Ia tidaklah sukar seperti apa yang anda sangka.

    Apa yang saya sentiasa lakukan ialah merancang perjalanan hidup saya setiap hari.

    Mudah sahaja, ambil pen dan catitkan pada buku nota. Senaraikan apa yang anda mahu lakukan hari ini. :)

    Senang bukan? Jadi, mari kita sama-sama tonton video ‘3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Kempen Promosi’ di bawah dan jangan lupa untuk nyatakan pendapat anda mengenai video ini.

    Oh ya, sertai juga ‘Marketing Classroom’ di Facebook dengan hanya klik di sini.

  • Apakah prinsip mutlak untuk berubah?

    4

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Semakin hari, hidup kita semua dihimpit dengan pelbagai musibah.

    Tidak kira siapa pun diri kita, anak menteri, anak si panglima, anak raja, anak kucing mahupun anak Azizan bin Zakaria dan Rosilawati binti Darus (Mereka adalah ibu dan bapaku yang tercinta), hidup ini tidak akan pernah berhenti sehinggalah kita semua menghembuskan nafas yang terakhir.

    Begitu juga masalah, ia tidak akan pernah berhenti.

    Kerana ia akan terus mengajar kita tentang erti kehidupan agar kita menghargai setiap rezeki dan mensyukuri liku-liku perjalanan yang telah ditentukan oleh-Nya.

    Jadi, setiap seorang daripada anda (termasuk diri saya sendiri) memerlukan satu prinsip untuk terus mengekalkan motivasi agar tidak mudah tertunduk pada dunia kegelapan dan kesengsaraan.

    Prinsip ini saya gelarkan prinsip mutlak kerana…

    Ia adalah sebuah prinsip dan pegangan yang tidak akan gentar dengan mana-mana masalah.

    Ia kental, ia amat kuat sehinggakan semua orang mahu menggunakannya.

    Tetapi kebarangkalian untuk si pengamal betul-betul menghayati prinsip ini adalah begitu cetek sekali kerana ia memerlukan penghayatan yang nyata dan penerimaan secara sukarela… Bukan paksaan semata-mata.

    Jika anda tertanya-tanya apakah ‘Prinsip Mutlak’ tersebut…

    Maka anda adalah salah seorang daripada individu yang mempunyai niat yang murni kerana ingin berubah dan mengubah diri anda.

    Tetapi sebelum saya menerangkan prinsip mutlak ini, pastikan anda bersedia untuk menerimanya.

    Tanyalah diri anda soalan seperti ini;

    “Adakah aku bersedia untuk berubah hari ini?”

    “Adakah aku mahu berubah hari ini?”

    “Apakah sebab utama untuk aku berubah hari ini?”

    “Apakah perubahan yang ingin aku lakukan hari ini?”

    Soalan-soalan di atas perlu dijawab seikhlas hati kerana berdasarkan jawapan tersebut… Ia akan menentukan sama ada prinsip mutlak ini sesuai atau tidak untuk diimplementasikan dalam diri anda.

    Jika soalan ini telah berjaya dijawab… Maka tahniah saya ucapkan. :)

    Berhentilah bersedih… Berhentilah daripada memikirkan sebarang kesengsaraan ketika anda ingin meneruskan pembacaan ini.

    Mari kita sama-sama berpegang pada prinsip mutlak ini iaitu…

    » Read the rest of the entry..

  • Berniaga sama seperti menjaga bayi…

    8

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    (Imej dikreditkan kepada Eythor)

    Nampaknya semakin hari perkembangan perniagaan internet di Malaysia semakin mendapat sambutan yang hangat dan ia adalah berita baik buat semua usahawan internet yang sedia ada.

    Mengapa?

    Kerana kini lebih mudah untuk mereka buat duit dalam pasaran tempatan kerana kepercayaan transaksi secara online semakin meningkat dari semasa ke semasa.

    Dalam masa yang sama, satu pengumuman telah dibuat dimana semua usahawan internet perlu mendaftarkan perniagaan mereka bagi mengelakkan denda atau hukuman penjara.

    Bunyinya agak berat, namun itulah hakikat yang perlu ditelan.

    Namun begitu, ambillah dari sudut yang positif… Jangan disangka pihak kerajaan ini jahat, mahu mengambil duit anda sebagainya.

    Sebaliknya fikirkanlah bahawa inilah peluang untuk membuktikan bahawa anda bersedia untuk berniaga dan menerusi nama perniagaan yang didaftarkan seperti Digital Methodology Solutions (001968247-W), ia dengan mudah dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap diri anda.

    Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berdekatan dengan rumah anda esok. :)

    Oopss… Maafkan saya kerana terlanjur daripada tajuk entri yang sebenar. (Kerana saya rasa mesej ini amat penting untuk diberitahu kepada semua pembaca setia blog ini)

    Mari kita berbalik ke topik asal iaitu “Berniaga sama seperti menjaga bayi”

    » Read the rest of the entry..

  • ‘Marketing Classroom’ – Apa, Mengapa dan Untuk Siapa?

    8

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Alhamdulillah kerana atas kurnian-Nya, maka saya dan pasukan Digital Methodology (Han & Juan) berjaya merealisasikan impian kami untuk menembusi pasaran tempatan melalui produk digital pertama yang diberi nama ‘Marketing Classroom’.

    Ada apa dengan ‘Marketing Classroom’?

    Tiada yang istimewa dan tiada unsur-unsur ‘hype’ yang ingin saya utarakan di sini.

    Cuma saya mahu anda tahu bahawa ‘Marketing Classroom’ ini bukan seperti produk-produk informasi yang dikategorikan sebagai ‘sampah’ dan sewaktu dengannya. Ia merupakan produk yang telah dibangunkan berdasarkan perancangan sekian lama bersama Han & Juan.

    Jaminan saya ialah, Marketing Classroom akan memberikan anda ilmu dan impak dalam dunia pemasaran internet.

    Dan ia berkait rapat dengan proses shifting atau menukar mindset anda menjadi seorang pemasar internet yang luar biasa.

    Mengapa saya cipta ‘Marketing Classroom’?

    Soalan yang bagus dan saya amat menanti-nantikannya.

    Ramai yang menganggap bahawa mereka perlu menjadi pakar, otai dan sewaktu dengannya apabila ingin memasarkan sesuatu bukan?

    Jangan risau, saya juga pernah menganggap begitu suatu masa dahulu.

    Tetapi selepas saya lihat dan kaji individu-individu yang menjalankan perniagaan internet mahupun konvensional, saya dapati bahawa mereka ini bukanlah pakar dalam bidang diceburi.

    Namun begitu, apakah yang membezakan diri mereka dengan “pakar-pakar” yang lain?

    » Read the rest of the entry..

    Related Posts with Thumbnails
Page 1 of 1912345»10...Last »