Archive for the ‘Umum’ Category

Tingkatkan Penjenamaan Melalui “First Impression”

Friday, March 5th, 2010

Nampaknya bulan Mac merupakan bulan yang agak sibuk bagi saya kerana terpaksa menguruskan sistem perniagaan yang baru dibina iaitu “7 Figure E-Commerce Business System”. Alhamdulillah, sambutan yang diterima setakat ini amat baik sekali. Walaubagaimanapun, saya akan tetap memberikan fokus untuk membangunkan perniagaan E-Commerce Franchising pada tahun ini.

Baiklah, mungkin segelintir daripada anda hairan mengapa AqifStrategi.com kini lebih bersahaja dan memberikan informasi yang “Simple Packed”.

Ini berikutan saya kekangan masa untuk menulis panjang-panjang kerana mempunyai beberapa “tugasan penulisan” yang perlu diselesaikan. Namun begitu, saya tidak akan biarkan dua blog utama saya (AqifStrategi.com dan DreamDiamond.net) terbiar begitu sahaja kerana saya gemar berblogging dan berkongsi ilmu bersama anda! :)

Baiklah, entri kali ini akan lebih fokus pada tujuan penjenamaan atau lebih dikenali sebagai “branding”. Buat pengetahuan anda, penjenamaan adalah amat penting bagi mengasingkan diri anda daripada pesaing-pesaing lain.

Tips penjenamaan pada hari ini ialah “First Impression” anda sebaik sahaja menceburi perniagaan. Seorang usahawan yang bijak ialah mereka yang tahu bagaimana untuk mewujudkan “First Impression” yang baik dalam kalangan bakal-bakal pembeli mereka.

Antara strategi-strategi “First Impression” yang boleh anda gunakan ialah:

  • [+] Memberi produk percuma yang berkualiti tinggi. (Dimana ia sepatutnya boleh dijual!)
  • [+] Mempunyai blog yang mengandungi isi kandungan yang berinformasi dan tema blog yang professional.
  • [+] Konsisten dalam lakukan pemasaran beretika.
  • [+] Mempunyai profil di laman jaringan sosial seperti Facebook, Twitter dan pelbagai lagi.

Baiklah, itu sahaja perkongsian “Simple Packed” saya pada entri kali ini. Oh, jika anda mempunyai akaun Facebook, jangan lupa add saya melalui pautan dibawah ya. :) :

http://www.facebook.com/aqifazizan

3 Tips mengelakkan anda daripada berfikiran negatif

Thursday, February 25th, 2010

Menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dan optimistik adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Namun ianya tidak mustahil kerana semuanya terletak dalam diri individu itu sendiri untuk menerima situasi yang berlaku terhadap diri mereka.

Disini saya ingin berkongsi 5 tips bagaimana untuk terus kekal positif supaya kita sama-sama mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang membawa ke arah kejayaan hidup. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan disertakan dengan tindakan.

1. Meneliti Pergaulan Individu dan Berkumpulan

Dalam pergaulan, adalah penting untuk anda mengetahui sama ada aura tersebut memberikan tenaga yang positif atau sebaliknya. Sebagai contoh, jika anda sering bergaul dengan golongan yang sentiasa merungut, lambat laun anda juga akan menjadi sama seperti mereka. Buat pengetahuan anda, kuasa mempengaruhi seperti ini berlaku secara tidak sedar.

Oleh itu, pastikan anda memilih pergaulan dengan teliti bagi mewujudkan mentaliti yang positif.

2. Mewujudkan Persekitaran Positif

Apabila bercakap mengenai persekitaran, ia boleh dikaitkan dengan apa sahaja. Contohnya dalam komputer saya mempunyai pelbagai jenis audio, video dan artikel motivasi dimana saya akan menggunakannya untuk mengekalkan mentaliti positif dan meningkatkan produktiviti harian.

3. Menggunakan Ayat-ayat Positif

Apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling anda, penggunaan ayat-ayat yang positif dapat mewujudkan interaksi dua hala yang memberi keselesaaan bagi kedua-dua belah pihak. Justeru itu, pastikan anda tahu menukarkan ayat-ayat negatif seperti “Aku rasa begitu letih hari ini” menjadi “Aku sungguh teruja untuk melakukan sesuatu hari ini”.

Ada yang berpendapat bahawa penukaran ayat-ayat ini sukar untuk dihayati pada awalnya. Tetapi percayalah, apabila anda sudah biasa. Maka segalanya mudah-mudah aja. :)

Blogging is like “Talking” – Sejauh Manakah Kebenarannya?

Saturday, February 13th, 2010

Blog adalah seperti medium komunikasi antara penulis dan para pembacanya. Ia juga merupakan peluang untuk para bloggers menulis berkenaan apa yang mereka tahu, mahu dan bincangkan. Kesimpulannya, blog memberikan satu keistimewaan kepada mereka yang memilikinya.

Ramai yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan “aura” untuk terus berblogging. Pada pendapat saya, jika kita tahu bagaimana untuk menggabungkan dua elemen iaitu penulisan dan perbicaraan maka blogging bukanlah satu masalah bagi mereka yang baru memulakannya.

Jika anda lihat sendiri blog-blog yang sudah lama bertapak dalam dunia maya seperti saudara Rohaizad, Smartzul dan JustKhai kebanyakkan mengamalkan konsep ini. Apabila mereka mulakan penulisan untuk setiap entri blog, ia diumpamakan seperti mereka sedang bercakap dengan para pembaca. Apa yang membezakannya ialah kaedah penyampaian untuk disalurkan dalam bentuk “penulisan”.

Blog untuk newbie – Siapa sebenarnya anda?

Buat pengetahuan anda, sehingga hari ini saya masih tidak faham mengapa perkataan newbie digunakan dalam setiap aspek termasuklah perniagaan internet dan blogging. Bagi saya, mereka yang baru sahaja memasuki dunia maya ini tidak seharusnya memanggil diri mereka sebagai “newbie” kerana ia jelas sekali mewujudkan jurang perbezaan diantara individu-individu yang kononnya lebih lama berada dalam arena ini.

Saya percaya kita semua mempunyai kelebihan masing-masing. Cukuplah sekadar kita saling menghormati antara satu sama lain terutama sekali dalam perniagaan. Perkara ini saya utarakan kerana sehingga hari ini saya dapat lihat kita saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Ada yang ingin tunjuk hebat dengan menjatuhkan nama Melayu itu sendiri. Namun apa yang paling mendukacitakan ialah golongan yang kononnya ingin menolong, tetapi niat sebenar adalah untuk mengaut keuntungan semata-mata.

Semoga entri ini dapat kita sama-sama selami isi tersirat yang cuba saya sampaikan. Saya mohon maaf jika gaya penulisan ini ada melukai hati mana-mana individu. Ia sekadar renungan untuk saya dan para pembaca untuk meneruskan perjuangan bagi membina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

Projek “Tahun Baru Cina” saya.

Sunday, February 7th, 2010

Nampaknya tidak lama lagi kita semua akan bercuti selama beberapa hari (Seminggu jika tidak silap saya) bagi menyambut Tahun Baru Cina. Sudah tentu ada yang sudah merangka beberapa projek yang akan dijalankan sepanjang cuti ini. Begitu juga saya. Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi beberapa projek yang akan saya laksanakan.

E-Book Terbaru Berkaitan Pemasaran Offline dan Online (Pemasaran Steroid)

Buat pengetahuan anda, projek ini sudah lama terbengkalai kerana saya kekurangan masa akibat kerja-kerja penting yang perlu diselesaikan sebelum ini. Setelah dilihat semula jadual dan “To Do Notes”, saya dapati bahawa waktu cuti Tahun Baru Cina ini merupakan masa yang sesuai untuk saya menghabiskan penulisan buku-buku.

Untuk makluman anda, kesemua judul-judul ebook yang bakal saya terbitkan kesemuanya dibawah laman web MakroInformasi.com. Jika sebelum ini ebook “Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting” telah mendapat sambutan yang memberangsangkan tanpa memerlukan saya memasang sistem affiliate, kali ini saya gunakan cara yang berbeza dimana saya akan mendapatkan Joint Venture bersama rakan-rakan seperjuangan dalam laman sosial Facebook.

Jadi, doakan saya agar dipermudahkan perjalanan untuk menyiapkan judul-judul ebook yang telah terbengkalai setelah sekian lama. Namun jika anda sebarang idea dan cadangan untuk menerbitkan ebook anda sendiri, saya secara sukarela ingin membantu anda. Isikan sahaja pada ruangan “Hubungi Saya” dan saya akan cuba memberi maklum balas dengan secepat mungkin.

Peluang Perniagaan – Bagi anda yang ingin memulakan perniagaan E-Commerce

Sepertimana yang anda dapat lihat melalui header blog AqifStrategi.com, saya adalah salah seorang “Jururunding Perniagaan E-Commerce” dimana saya menyediakan khidmat bantuan dan peluang perniagaan bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan E-Commerce Franchising dengan modal serendah RM87.

Mungkin ia agak pelik buat anda kerana harga yang ditawarkan adalah tidak masuk akal. Ingin saya jelaskan harga serendah RM87 ini termasuklah:

  • Anda dilengkapi sebanyak lebih 700 produk bertaraf antarabangsa untuk diniagakan.
  • Kos pengendalian sistem ditanggung oleh pihak kami 100%.
  • Anda berpeluang memperluaskan perniagaan anda dengan konsep Franchising.
  • Pelan pemasaran disediakan bagi memudahkan pemahaman dan perjalanan anda dalam perniagaan E-Commerce ini.

Buat masa ini laman web tersebut masih dalam proses pembikinan. Jadi sebarang maklumat lanjut akan saya maklumkan melalui laman web ini atau DreamDiamond.net.

Jadi, dua perkara yang disebutkan diatas adalah perancangan saya pada waktu cuti nanti. Bagaimana pula dengan anda? Mari kongsikan bersama para pembaca AqifStrategi.com.

Bagaimana mengeksploitasi pengalaman menjadi wang

Friday, January 29th, 2010

Bagi anda yang mencari jalan penyelesaian untuk menjana pendapatan di internet. Barangkali artikel ini sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah rujukan. Dimana di akhir artikel ini saya yakin anda mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru untuk menjana pendapatan di internet.

Seperti yang telah diperkenalkan melalui tajuk entri ini, pengalaman adalah sesuatu yang tidak ternilai dalam hidup anda. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, maka pengalaman akan hadir pada saat itu juga. Ini menjadikan ia sebagai salah satu kelebihan untuk menjana pendapatan, lebih-lebih lagi pada zaman ini adalah zaman informasi dimana orang ramai berminat untuk mendapatkan informasi samada secara percuma atau berbayar.

Apakah yang dimaksudkan Zaman Informasi 2010?

Jika sebelum ini saya mengungkit bahawa informasi adalah sesuatu yang dicari-cari, namun ia tidak bermakna anda boleh memplagiat hasil informasi daripada orang lain. Informasi yang ditekankan disini ialah berdasarkan pengalaman anda dalam sesuatu bidang / cabang.

Tetapi bagaimanakah cara sebenarnya untuk menjadikan ia sebagai medium untuk menjana wang?

Mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan ialah membukukan pengalaman anda dan menjualnya dengan menggunakan medium internet. Dengan kata lain, apa yang harus anda lakukan ialah:

1. Mencipta ebook

Ya, anda cuma perlu menulis pengalaman anda dan jadikan ia dalam bentuk .PDF. Apa yang penting disini ialah niat anda menulis ebook tersebut. Apabila ia dicipta untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk para pembaca, maka anda tidak perlu meragui keupayaan anda samada ebook itu mampu terjual atau sebaliknya.

2. Minisite

Penggunaan minisite atau lebih dikenali sebagai One Page Salesletter adalah satu kemestian bagi meningkatkan kebarangkalian ebook anda terjual. Disini saya senaraikan beberapa garis panduan yang dapat membantu anda untuk merangka minisite:

  • > Menyatakan masalah yang anda hadapi pada awalnya.
  • > Menyatakan pengalaman dan peristiwa anda ketika mencari jalan penyelesaiannya.
  • > Mewujudkan kesan emosi bagi mengawal minda pembaca untuk meningkatkan tarikan agar klik pada butang “BELI SEKARANG”.
  • > Menyenaraikan faedah-faedah yang diperoleh apabila mereka memiliki ebook anda.
  • > Menyediakan jaminan pemulangan wang jika tidak berpuas hati.

Secara dasarnya, keupayaan minisite untuk menghasilkan jualan bergantung pada bagaimana anda menjual sesuatu kepada sasaran pelanggan. Apa yang penting disini ialah jangan terlampau banyakkan penggunaan teks kerana ia berkemungkinan besar akan membosankan pembaca seterusnya membuatkan mereka meluat untuk mengetahui produk anda dengan lebih lanjut.

3. Grafik adalah satu keutamaan (Tapi bukan segala-galanya)

Penggunaan reka bentuk grafik yang professional adalah salah satu perkara utama dalam menghasilkan tarikan kepada para pelawat minisite anda. Oleh yang demikian, anda perlu mengambil serius tentang perkara ini dengan menghasilkan sebuah reka bentuk grafik yang memenuhi ciri-ciri berikut:

  • Kemas.
  • Mudah untuk dibaca.
  • Penggunaan imej yang berkaitan.
  • Menggunakan 1-3 warna sahaja.
  • Mencipta tema tersendiri.

Sentiasa ingat bahawa reka bentuk grafik yang menarik adalah ‘first impression’ pelawat anda. Dari situ mereka akan menilai samada untuk meneruskan pembacaan maklumat produk atau sebaliknya. Bagi anda yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang reka bentuk grafik, saya ada menyediakan perkhidmatan ini dengan kos yang amat rendah dan berbaloi. Anda boleh hubungi saya dengan seberapa segera jika berminat. Ini termasuklah kos untuk reka bentuk e-cover dan minisite.

Sepertimana yang saya jelaskan pada awal artikel ini, saya yakin ia dapat memperluaskan pandangan anda mengenai eksploitasi pengalaman anda menjadi medium penjanaan wang. Bagi sebarang pendapat atau komen, sila ajukan pada ruangan komentar yang disediakan. Dengan ini, saya ucapkan salam kejayaan buat anda.

Rahsia memperoleh 997 pelawat blog pada bulan pertama

Thursday, January 28th, 2010

Impian sebuah blog adalah mempunyai jumlah pembaca setia yang ramai. Begitu jugalah impian sebuah blog yang diberi nama AqifStrategi.com. Saya juga mempunyai cita-cita yang sama seperti anda. Mempunyai jumlah pembaca setia yang ramai dapat memberikan impak positif yang tidak terkira untuk blogger yang masih lagi baru seperti saya.

Meskipun pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menarik trafik ke blog, namun tidak semua dapat menghasilkan keputusan yang diinginkan. Apatah lagi jika anda merupakan seorang blogger yang baru sahaja menghembuskan “nafas pertama” dalam dunia blogging. Ia merupakan satu tamparan dan cabaran hebat yang perlu anda tempuhi apabila sudah mempunyai blog.

Sepanjang perjalanan saya sebagai seorang blogger, saya sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan kerana saya sentiasa percaya daripada kesilapan, lahirlah pengajaran. Dan daripada pengajaran itu pula maka terbitlah pengalaman. Akhirnya pengalaman itu menjadi sebuah perkongsian yang bermakna dan hari ini anda akan dapat sedikit “perkongsian” daripada saya mengenai dunia blogging.

Rahsia Trafik: Blog commenting

Seperti yang anda sedia tahu, saya merupakan seorang penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dimana ebook ini telah berjaya membuka minda segelintir para pembaca yang memilikinya untuk memahami dengan lebih jelas mengenai teknik penjanaan trafik dengan hanya meninggalkan komen di blog orang lain.

Namun tujuan saya mengungkit kembali hal ini bukanlah untuk mempromosikan ebook ini kerana saya yakin anda mampu membuat pelaburan yang bijak untuk menuntut ilmu. Artikel kali ini akan berkait rapat dengan pembongkaran teknik blog commenting.

Rahsia Pembukaan: Teknik GWTW (Give What They Want – The Readers)

Bagi mereka yang telah memiliki ebook, saya yakin mereka juga akan berasa kehairanan kerana topik ini tidak disertakan dalam ebook tersebut. Ini kerana teknik ini adalah lebih sesuai dikongsikan kepada umum agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda.

Baiklah, apa yang saya belajar sepanjang berblogging selama 3 tahun ini ialah para pembaca blog lain tidak akan mengunjungi blog anda jika anda tidak berjaya memberikan sesuatu yang berharga kepada mereka. Saya tahu bunyinya agak “catchy”, namun anda perlu mengambil serius mengenai perkara ini.

Bagi anda yang mempunyai persoalan seperti “Apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang berharga?”, maka poin-poin yang saya berikan dibawah berkemungkinan besar akan dapat membawa anda kepada definisi “Harga”:

  • > Informasi
  • > Nasihat
  • > Tips
  • > Ketiga-tiga ini apabila digabungkan menjadi….ILMU

Ya, tidak dapat dinafikan bahawa ilmu adalah sesuatu yang sentiasa dicari dan akan sentiasa didahagakan oleh setiap individu termasuklah anda dan saya. Jadi, kesimpulannya adalah berikan sesuatu ILMU yang dapat dimanfaatkan oleh para pembaca lain ketika meninggalkan komen dalam blog.

Bukankah segala ilmu kita akan dicurahkan dalam blog sendiri?

Tepat sekali. Sebab itu anda perlu berkongsi mukadimah ilmu yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca lain. Apabila berbuat demikian, potensi untuk mereka ingin mengenali anda dengan lebih mendalam adalah lebih tinggi berbanding jika anda meninggalkan sebuah komen “sampah” dimana anda hanya akan terus dipinggirkan.

Tidak percaya? Maka saya sarankan agar anda melakukan sedikit tindakan dan kajian. Lihatlah sendiri bagaimana keputusan yang bakal anda peroleh. Jika anda dapat rasakan bahawa ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat, maka saya amat menyarankan supaya anda dapat memiliki karya digital saya yang berjudul Pendedahan Eksklusif: Blog Commentingagar pemahaman dan skil anda mengenai salah satu teknik “keramat” penjanaan trafik di blog dapat meningkat dengan kadar yang segera.

Apa yang boleh saya janjikan ialah pelaburan anda terhadap ebook ini dijamin berbaloi kerana isi kandungannya bukan “omong kosong”. Ia adalah pengalaman daripada penulis itu sendiri yang menjalankan kajian dan tindakan untuk memperoleh keputusan seperti yang dirancang.

Jangan lupa juga untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda dengan menekan salah satu butang social bookmarking dibawah jika anda mempunyai naluri yang kuat bahawa artikel ini amat bermanfaat.

Cabaran Blogging – Memilih Domain dot com atau blogspot?

Saturday, January 23rd, 2010

Blogspot sebenarnya bukan untuk anda

Bagi anda yang betul-betul serius untuk berblogging atau menjadikan blogging sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan, jelas sekali Blogspot tidak sesuai untuk anda. Walaupun Blogspot digemari ramai, pendapat saya ialah golongan mereka yang berblogging menggunakan blogspot ini tidak bersifat serius dan blog sekadar untuk “suka-suka”.

Ini tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan blogspot, cuma saranan saya ialah lebih baik menggunakan domain dot com sendiri jika mampu. Lagipun, kos untuk membinanya amat murah iaitu serendah RM40 setahun.

Dengan mempunyai domain dot com sendiri seperti AqifStrategi.com dan sebagainya, anda mempunyai kebebasan mengubahsuai blog anda mengikut citarasa tersendiri dimana ia tidak dapat dilakukan jika anda menggunakan servis percuma seperti Blogspot.

Domain dot com amat sesuai untuk usahawan yang berniaga menggunakan medium internet

Penggunaan domain dot com amat sesuai untuk anda membina kredibiliti sebagai seorang usahawan dalam bidang perniagaan anda. Sebagai contoh, jika saya menjual pakaian batik, saya akan membina blog dot com seperti PerniagaanBatik.com (Sekadar contoh) dan berkongsi pelbagai maklumat mengenai dunia batik bersama para pembaca.

Mengapa saya berkongsi maklumat? Ia bertujuan untuk membina kredibiliti dan menunjukkan kepakaran saya dalam bidang yang diceburi. Melalui perkongsian yang bermanfaat kepada para pembaca, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap anda. Ingat, jika  anda bukan jenama terkemuka seperti Pepsi, Coca Cola dan sebagainya, maka kepercayaan adalah perkara utama yang harus diutamakan sebelum menghasilkan jualan.

Keputusan anda? Domain dot com atau blogspot?

Cabaran blogging sebelum ini memerlukan anda untuk menetapkan niche blog anda. Pada kali ini pula, anda perlu menentukan samada anda ingin menggunakan domain sendiri atau menggunakan servis percuma seperti Blogspot atau Wordpress.

Tiada masalah jika anda ingin menggunakan servis percuma. Cuma jika anda seorang yang memahami “perancangan jangka masa panjang”, saya yakin anda mengetahui kelebihan mempunyai domain dot com sendiri.

Jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen yang disediakan dibawah.

Memilih medium perniagaan yang terbaik untuk anda

Thursday, January 21st, 2010

Percaya atau tidak, tidak semua orang boleh lakukan perniagaan yang sama. Ini dapat dilihat melalui kejayaan usahawan-usahawan yang lain melalui bidang perniagaan yang diceburi. Ada yang berjaya melalui perniagaan networking, perniagaan transportasi,  perniagaan internet dan pelbagai lagi. Ini membuktikan bahawa apa jenis perniagaan mampu memberikan kebebasan wang pada anda.

Apa yang perlu dikaji dan dilihat semua adalah potensi diri anda sendiri. Saya melakukan perniagaan networking / MLM kerana saya begitu gemar berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling saya. Justeru itu, saya tidak merasakan sukar untuk menjalankan perniagaan ini. Saya juga berblogging kerana saya gemar menulis sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan kepada para pembaca.

Mengenali potensi diri dalam perniagaan

Persoalannya sekarang, apakah kekuatan diri anda? Dengan mengenal pasti perkara tersebut. Saya yakin segala cabaran dan rintangan yang anda hadapi dalam perniagaan dapat anda tempuhi dengan jayanya. Mengenali potensi diri tidak dapat dilakukan dalam masa sehari. Ia memerlukan pengalaman dan tindakan yang berterusan untuk mengetahui kesesuaian dalam diri anda.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak gemar melakukan perniagaan dari rumah (SoHo), dimana anda lebih selesa berada di pejabat atau bekerja di luar. Mulai hari ini, anda perlu kenal pasti kekuatan dalam diri anda supaya anda dapat menikmati setiap perjalanan dalam perniagaan yang dilakukan. Kebanyakkan masalah kegagalan usahawan-usahawan adalah berpunca daripada diri sendiri dimana mereka lebih merasa keperitan dalam perniagaan yang diceburi berbanding kenikmatan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk membuka minda dalam mengenalpasti potensi diri dalam perniagaan.

Jika saya boleh, anda pasti lagi hebat!

Monday, January 18th, 2010

Jika kita lihat hari ini, perkembangan usahawan-usahawan tidak kira dalam pelbagai bidang (Usahawan internet, MLM dan sebagainya) kian bertambah dari semasa ke semasa. Teknologi yang tidak pernah berhenti berkembang dengan pesatnya menjadi salah satu faktor utama kebanyakkan antara kita yang memperoleh kejayaan dalam pelbagai bidang.

Begitu juga dalam perniagaan internet MLM yang diberi nama Global Domain International atau lebih mesra panggilannya sebagai GDI. Perniagaan ini telah membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan dan membina empayar perniagaan internet. Namun begitu, terdapat beberapa “tembok penghalang” yang begitu sukar untuk kita tempuhinya.

Modal perniagaan yang tinggi

Pada awalnya, saya menyangka dengan modal permulaan sebanyak USD10 (RM35) adalah murah jika dibandingkan dengan hasil yang bakal saya peroleh. Secara jujurnya, perjalanan perniagaan GDI saya tidak bermula dengan begitu baik kerana saya masih lagi dalam proses untuk memahami erti perniagaan sebenar.

Walaupun ada yang beranggapan saya seperti seorang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan internet, hakikatnya saya juga masih seperti anda. Terus mempelajari hari demi hari bagi memantapkan ilmu pengetahuan saya dan menjadikan blog AqifStrategi.com sebagai medan perkongsian ilmu dan pengalaman saya bersama anda.

Cuba kita fikirkan kembali, seorang pelajar seperti saya perlu mempunyai wang sebanyak RM420 setahun (RM35 x 12 bulan) jika saya masih belum menaja sesiapa untuk bersama dengan saya membangunkan perniagaan ini. Ingat, saya hanya seorang pelajar. Wang perbelanjaan saya masih lagi ditanggung oleh kedua belah ibu bapa saya.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa ia menjadi kelebihan untuk saya memulakan perniagaan ini. Pada pandangan saya, anda silap kerana saya tidak pernah mengambil kesempatan tersebut melainkan betul-betul terpaksa. Buat pengetahuan anda, sehingga hari ini saya masih menggunakan segala tenaga yang ada untuk menyara diri dan membeli barang-barang yang saya inginkan.

Entri ini ditulis atas dasar niat saya untuk memberitahu bahawa anda mampu untuk maju ke hadapan jika anda mempunyai mindset yang betul. Ada yang beranggapan bahawa dengan berniaga, kita dapat menjadi jutawan. Tidak salah untuk berfikiran begitu. Tetapi janganlah sehingga kita jadi hamba kepada duit.

Rahsia sebenar mencapai kejayaan adalah mengetahui apakah kejayaan yang anda inginkan. Ini berikutan setiap kejayaan yang diimpikan oleh setiap individu ternyata berbeza. Berdasarkan pengalaman saya, usahawan-usahawan yang mencapai kejayaan tidak berpandukan berapa banyak wang yang boleh dihasilkan, tetapi kepuasan yang diperoleh berdasarkan tenaga kerja yang disalurkan.

Kesimpulannya, jika anda betul-betul ingin menyertai perniagaan GDI, sentiasa beringat bahawa jangan terlampau menumpukan jumlah wang yang boleh diperoleh kerana hasilnya sudah pasti jika anda berusaha bersungguh-sungguh.

Bagi anda yang ingin bersama dengan saya untuk membangunkan perniagaan ini, lakukan pendaftaran melalui link dibawah dan segera hubungi saya untuk bantuan sokongan. Ingat, jika saya boleh, saya yakin anda lebih hebat!

Pendaftaran –> http://www.aqifstrategi.com/daftargdi

5 Tips Untuk Mengelakkan Anda “Information Overload”

Friday, January 15th, 2010

Information overload adalah penyakit yang amat serius dan amat mudah dijangkiti jika kita masih lagi baru mengenali dunia informasi ini. Saya juga menghadapi penyakit ini pada satu ketika dahulu dimana semua peluang yang ada didepan mata telah saya ambil tanpa memikirkan sebarang akibatnya. Bermula dari seorang affiliate kepada ebay, daripada ebay  ke blogging dan macam-macam lagi.

Penyakit ini sememangnya halus kerana kita tidak boleh menduga kehadirannya. Namun tidak bermakna kita tidak boleh mengatasinya. Berikut terdapat 5 tips yang saya ingin kongsikan dengan anda supaya dapat mengekang penyakit kronik ini.

1. Bertindak segera

Tindakan adalah penentu segala-galanya. Jika kita tidak bertindak, segala maklumat yang kita perolehi dan pelajari hanyalah sia-sia. Maksudnya disini, apabila anda sudah membeli ebook, menghadiri seminar dan bengkel. Lakukan tindakan dengan kadar yang segera.

2. Fokus pada satu peluang sahaja

Terdapat beratus-ratus peluang perniagaan yang mampu menjanjikan anda kebebasan masa, kewangan dan sebagainya. Namun jika anda tidak meletakkan fokus terhadap satu perkara terlebih dahulu, anda bakal dipengaruhi oleh peluang-peluang perniagaan yang lain.

Contohnya ialah pada waktu ini anda adalah seorang yang menjana pendapatan melalui blogging. Rakan anda pula menjana pendapatan yang lebih kencang daripada Ebay. Anda begitu tertarik pada pendapatan rakan anda di Ebay lantas membuat keputusan untuk menyertai sama. Hasilnya? Anda pasti merasa sukar untuk menjana pendapatan kerana ia didorong oleh nafsu, bukan akal anda.

3. Jangan terlampau mengkaji

Apabila kita menjadi seorang yang terlampau suka mengkaji, hasil yang kita peroleh hanya berdasarkan teori. Ambil contoh ini, si A sering menghabiskan wang untuk membeli pelbagai ebook dan menghadiri seminar. Namun atas dasar ingin mengkaji, si A langsung tidak melakukan sebarang tindakan kerana tidak tahu dimana beliau patut memulakannya.

Seperti tajuk entri yang ditulis, saya ingin anda kongsikan dua lagi tips untuk menangani penyakit “Information Overload” berdasarkan pengalaman anda. Mudah sahaja, fikirkan kembali waktu anda melakukan tindakan selepas membaca ebook atau menghadiri sebarang seminar.