Archive for the ‘Umum’ Category

  • MiniNiaga – Apa, Siapa dan Kenapa?

    4

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Nampaknya minggu ini barulah saya mempunyai kesempatan untuk mengemaskini blog. Sepertimana yang anda sedia tahu, bulan ini saya begitu sibuk untuk memberikan yang terbaik bagi menjayakan sistem MiniNiaga, iaitu sebuah sistem CMS Minisite pertama yang dibangunkan oleh Flarebiz Network.

    Bagaimanapun, persoalan orang ramai mengenai sistem ini telah terjawab setelah ia secara rasminya dilancarkan pada 28 Jun 2010 tepat pada pukul 10.30 (Sepatutnya pukul 10 pagi, tetapi terdapat beberapa masalah teknikal yang berlaku).

    Untuk maklumat lanjut mengenai sistem MiniNiaga, sila layari laman web di bawah:

    http://www.mininiaga.com

    Baik, dalam entri kali ini saya akan menjawab beberapa soalan asas mengenai MiniNiaga. Ini berikutan ramai yang menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan lanjut tentang sistem ini.

    » Read the rest of the entry..

  • EKSKLUSIF! Saya dan Flarebiz Network di akhbar Kosmo

    9

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Alhamdulillah… Setelah dinanti-nantikan (Ya… Majoriti team Flarebiz Network mengalami masalah tekanan dari segi mental dan fizikal kerana menunggu terbitnya akhbar ini), syarikat perniagaan internet yang diberi nama Flarebiz Network telah ditemu bual oleh wartawan Kosmo bagi membincangkan sedikit sebanyak mengenai perniagaan e-dagang serta sistem yang dibekalkan oleh syarikat kami iaitu Niagakit.

    Saya juga tidak ingin melepaskan peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai kepercayaan yang diberikan oleh saudara Adly Mukhtar serta Zhafran serta seluruh ahli Flarebiz Network yang lain iaitu:

    • Rizal Razak
    • Hanny Ramzy
    • Waidakmy
    • Rusdy Ahmad (Bob)
    • Nizam Ahamad (Mystic)

    Sesungguhnya niat saya menyertai Flarebiz Network ini tidak lain tidak bukan untuk menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga kerja serta kemahiran yang ada dalam diri ini bagi membangunkan syarikat perniagaan yang diasaskan oleh usahawan muda tempatan.

    Sepertimana yang anda tahu dan lihat di laman Flarebiz.com sendiri, saya diberi kepercayaan oleh mereka untuk menyandang tugas sebagai Content Developer serta bahagian pemasaran (Marketing). Walaupun tugas ini agak berat untuk dilaksanakan, tetapi saya percaya dengan kerjasama pasukan yang sentiasa mantap, saya mampu melakukannya.

    Izin saya ceritakan serba sedikit mengenai pengalaman saya berdampingi dengan Adly Mukhtar (Ops… Tolong jangan salah faham ya) sepanjang saya menyertai syarikat ini. Terus terang saya katakan bahawa saudara Adly ini merupakan seorang yang optimistik, berfikiran positif, sentiasa bersemangat dan yang paling menarik ialah beliau adalah seorang individu yang amat mudah untuk berkomunikasi.

    Walaupun usia beliau masih 20 tahun (sebaya dengan pemilik blog ini), tetapi berani saya katakan bahawa ilmu perniagaan beliau setaraf dengan usahawan-usahawan hebat di luar sana. Berikut saya kongsikan impian beliau mengenai masa depan syarikat Flarebiz Network:

    Bagi saya, duit itu sudah tidak menjadi keutamaan. Impian saya adalah untuk mempunyai sebuah pasukan yang dipelopori oleh mereka yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman luas dari pelbagai aspek yang diperlukan untuk terus memajukan syarikat ini pada masa hadapan.

    Semoga perjuangan saya dan seluruh rakan sekerja Flarebiz Network ini akan dapat membawa nama baik negara Malaysia ke arena antarabangsa. Saya juga amat berterima kasih kepada anda yang sering mendoakan kejayaan kami sehingga hari ini. Sesungguhnya tanpa anda, siapalah kami semua. (Dengan nada yang agak sayu… Oh!)

    Sebelum saya mengakhiri entri ini, sukacita saya maklumkan bahawa sistem CMS minisite pertama yang diwar-warkan sebelum ini iaitu MiniNiaga akan dilancarkan pada 28 Jun 2010 dan apa yang menarik disini ialah…

    MiniNiaga akan diwujudkan bagi produk digital dan fizikal! (Yeahh!!!)

    (PS: Saya bakal menerbitkan beberapa laporan eksklusif tentang penjanaan trafik untuk membantu anda menghasilkan trafik yang kualiti seterusnya menghasilkan jualan. Persoalannya, adakah anda berminat untuk mendapatkan laporan ini?)

  • Anda tiada masa? Fikirkan semula dengan membaca entri ini

    2

    PERHATIAN: Sesetengah entri orang lain akan diterbitkan melalui blog ini jika didapati ia dapat membantu para pembaca AqifStrategi.com dalam meningkatkan kualiti kehidupan dari segi masa, tenaga dan kewangan.

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cik Puan Fatimah Rodiah kerana sanggup meluangkan masa dan tenaga beliau untuk menerbitkan sebuah entri yang membincangkan isu ‘masa’. Terus terang saya nyatakan bahawa saya sendiri tidak berani untuk menulis tentang perkara ini kerana kurang yakin dengan pengurusan masa sendiri.

    Jika anda merupakan individu yang mempunyai masalah dari segi pengurusan masa atau seringkali gagal menepati waktu, maka saya amat sarankan agar anda luangkan sedikit masa untuk membaca entri terbaru yang dikupas oleh beliau mengenai pengurusan masa.

    Secara ringkas, kita tidak boleh menyalahkan masa dan jangan sesekali menganggap bahawa kita tiada masa. Mengapa? Semuanya diterangkan dalam entri blog beliau yang terbaru.

    Boleh layari pautan dibawah:

    http://fatimahrodhiah.blogspot.com/2010/06/tip-freelancer-reputasi-menepati-masa.html

    Ya… Ianya PERCUMA. Anda cuma perlu implimentasikan selepas membaca entri ini.

  • Cerita dongeng buat duit di internet

    12

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Hari ini saya menjana pendapatan RM20,000 daripada program sekian… sekian… dan sekian. Seronoknya!

    Saya yakin para pembaca AqifStrategi.com pasti sudah biasa mendengar ayat-ayat seperti contoh di atas. Indah bukan dunia ini jika kita semua mampu menghasilkan pendapatan seperti yang ditonjolkan di atas? Masakan tidak… Dengan RM20,000, saya sudah mampu membayar separuh daripada yuran kolej.

    Jika saya bukan seorang pelajar, maka sudah tentu saya akan membeli kereta atau motor secara cash and go. Namun begitu, entri ini bukan untuk menggugat mana-mana program buat duit di internet kerana walau apa jua cara yang kita lakukan untuk mengecam program tersebut, pasti akan muncul program-program lain. Maklumlah, kebanyakkan rakyat Malaysia dikurniakan minda yang kreatif bagi memanipulasi sistem kewangan negara.

    Persoalannya sekarang ialah…

    Mengapa masih ramai yang terpedaya dengan program seperti ini? Walhal mereka semua sudah tahu bahawa ia adalah penipuan semata-mata?

    Baik, izin saya terangkan berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Kebanyakkan daripada mereka ini sebenarnya masih lagi kabur dalam cara-cara membuat duit di internet. Ini berikutan mereka telah dididik oleh program-program penipuan seperti ini pada peringkat awal mereka cuba melayari internet.

    Jadi tidak hairanlah mengapa masih ada (lebih tepat… semakin ramai) orang yang masih lagi menceburi program-program seperti ini.

    Maaf ya. Saya bukan individu hebat yang menjana puluhan ribu di internet. Tetapi apa yang pasti ialah saya tahu adat berniaga pada peringkat asas iaitu setiap perniagaan seharusnya mempunyai produk atau perkhidmatan untuk diniagakan.

    Bukan sekadar menaja semata-mata

    Jadi saya harap kita semua dapat mengelakkan diri serta dapat menasihati para sahabat yang lain supaya tidak sertai program ‘make money’ seperti… (Anda senaraikannya)

    Bagi mereka yang pernah mengajukan beberapa soalan menarik mengenai Login Facebook Dapat Duit kepada saya, izin saya ajukan soalan ini kepada anda:

    Kenapa login Facebook sahaja baru dapat duit? Bagaimana dengan login Twitter? LinkedIn? Friendster? Dan sebagainya? Bukankah ini semua laman jaringan sosial?

    (PS: Mungkin soalan ini akan dimanipulasikan oleh penggiat-penggiat program selepas ini. Siapa tahu?)

    Related Posts with Thumbnails
Page 2 of 11«12345»10...Last »