Archive for the ‘Umum’ Category

  • Mengapa perubahan amat penting dalam kehidupan

    0

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Nampaknya bagi pengunjung setia AqifStrategi.com mungkin agak terkejut melihat perubahan drastik di blog ini berikutan perubahan themes yang dilakukan oleh saya sendiri. Idea untuk menukar theme ini sudah lama, cuma ketiadaan themes wordpress yang menarik membuatkan hasrat tersebut terbantut sehinggalah hari ini.

    Untuk menyambut hari wesak jadi ayah yang tercinta pada hari ini, maka secara tidak rasminya saya ingin memperbaharui themes blog AqifStrategi.com. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyedia themes ini iaitu KreativeThemes.com. Buat pengetahuan anda, Kreative Themes.com dianggotai oleh individu-individu tempatan yang hebat-hebat belaka.

    Themes blog ini sebenarnya diberikan secara percuma oleh pihak KreativeThemes.com. Namun disebabkan kegatalan tangan ini untuk mengubah reka bentuk yang sedia ada, maka terhasillah sebuah themes blog yang agak unik dari beberapa segi desain sedia ada.

    Pasti anda berasa hairan mengapa saya seringkali menukar blog themes dalam jangka masa setahun ini. Sebenarnya, salah satu sebab yang paling munasabah dan boleh diterima akal ialah…

    AqifStrategi.com masih dalam proses mengenal dunia

    Ya. Blog ini masih lagi dalam proses untuk mengenali dunia blogging dengan lebih mendalam meskipun ‘PR’ telah mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan. Oleh yang demikian, saya masih lagi tercari-cari apakah tema yang bersesuaian untuk dijadikan pegangan blog ini. Berkemungkinan besar juga ini merupakan pencarian tema blog yang terakhir untuk blog ini.

    Walaubagaimanapun, tiada guna mempunyai blog yang cantik jika isi kandungan langsung tidak membantu atau menarik minat pembaca. Apa yang dimaksudkan disini ialah jangan sesekali lupa tujuan blog dibina iaitu berkongsi serta memberikan informasi kepada khalayak berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran.

    Blog themes yang kurang menarik akan menurunkan jumlah pelawat

    Saya yakin anda pasti pernah mendengar ‘first impression is everything’ dan saya juga percaya pada kenyataan ini. Jadi, untuk memastikan pelawat memberikan pandangan yang baik pada kali pertama melawat blog ini, themes blog harus kemas, menarik serta professional.

    Sebenarnya ia bergantung pada tujuan blog  dan sasaran pembaca anda. Jika anda wujudkan blog sekadar untuk perkongsian peribadi maka pemilihan blog themes bukanlah sesuatu yang perlu diambil berat. Jadi saya harap anda dapat faham mengapa blog themes memainkan peranan penting dalam membina kredibiliti anda sebagai seorang blogger dan juga seorang usahawan.

    Ini perubahan saya. Anda pula?

    Mari kita berhenti sejenak dan  memikirkan apakah perubahan yang berlaku dalam blog anda. Adakah trafik blog meningkat? Blog sudah memberikan pendapatan lumayan dari segi pengiklanan? Jumlah komen bertambah? Atau pelbagai lagi perkara menarik yang telah berlaku dalam blog anda? Jika perubahan tersebut menjurus ke arah kebaikan maka tahniah saya ucapkan.

    Jika masih lagi mempunyai kekurangan dan anda sendiri tidak puas hati. Boleh hubungi saya bagi tujuan blog consulting. :)

  • Rahsia mengatasi perasaan ragu-ragu dalam diri

    10

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pernahkah anda mempunyai semangat yang meningkat secara mendadak apabila ingin melakukan sesuatu? Misal kata tiba-tiba tercetusnya satu idea untuk membuat ebuku berkenaan sesuatu topik. Perasaan teruja itu pasti menyelubungi diri dan anda pasti tidak sabar untuk memulakannya.

    Namun begitu, apabila tindakan dilaksanakan… Terdapat hati kecil yang mengatakan bahawa anda tidak boleh melakukannya dan apa yang paling menghampakan ialah kita seringkali mendengar hati kecil tersebut. Lantas menghentikan segala tindakan untuk mencapai matlamat tersebut. Kata hati ini lebih mudah didefinisikan sebagai perasaan ragu-ragu.

    Sebenarnya perasaan ini adalah normal bagi setiap manusia. Tetapi ia menjadi tidak normal apabila kita menuruti perasaan ragu-ragu tersebut. Inilah punca kebanyakkan individu (termasuk saya sendiri) tidak dapat mencapai sesuatu matlamat yang ingin dikecapi pada satu ketika dahulu. Ini menunjukkan bahawa perasaan ragu-ragu akan membawa kepada hasil yang negatif jika kita membiarkannya.

    Jadi, bagaimana untuk mengatasi perasaan ragu-ragu ini? Izin saya kongsikan beberapa tips yang saya sendiri praktikkan. Alhamdulillah, setakat ini ia berjaya meningkatkan kembali keyakinan saya untuk mencapai sesuatu matlamat.

    Perlu cukupkan ilmu sebelum melakukan sesuatu

    Sebenarnya istilah ‘cukup ilmu’ ini sering disalah tafsir. Kebanyakkannya berpendapat bahawa kita perlu mempunyai ilmu yang banyak sebelum melakukan tindakan. Hakikatnya ialah kita tidak perlu mempunyai ilmu yang banyak atau tinggi bagi melakukan tindakan kerana semangat dan motivasi diri yang tinggi adalah pendorong utama untuk bermula.

    Jadi, jangan sesekali cuba menjadikan ilmu itu sebagai satu alasan untuk memberhentikan diri anda daripada mencapai matlamat yang diinginkan. Sebaliknya fokus pada kekuatan dan motivasi diri setiap hari.

    Kenal pasti ketakutan yang anda alami

    Kekurangan minda kita adalah ia tidak boleh mengenal pasti sesuatu yang positif atau negatif. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah menyenaraikan perasaan ragu-ragu tersebut dan catitkan di atas kertas. Dengan mengenal pasti perasaan-perasaan tersebut, secara automatik anda akan memperoleh jalan penyelesaian.

    Jangan sabotaj diri anda

    Perasaan ragu-ragu lebih dikenali sebagai “self-sabotage”. Jika anda takut untuk melakukan sesuatu kerana risau apa yang akan diperkatakan oleh orang di sekeliling anda, maka sebenarnya anda telah sabotaj diri anda sendiri.

    Untuk mengatasi masalah ini, anda perlu sentiasa ingat bahawa anda bertanggungjawab dalam menentukan corak hidup anda. Tidak kira apa yang anda lakukan, usah risau kerana bukan mereka yang memberikan makan minum serta menanggung kos kehidupan seharian anda.

    Semoga perkongsian daripada saya ini dapat membantu anda mengatasi perasaan ragu-ragu yang ada dalam diri. Jangan sesekali biarkan perasaan tersebut menguasai diri kerana di akhir waktu nanti anda yang akan menyesal.

    Akhir kata, kita semua manusia biasa. Setelah apa yang dipelajari saat ini, ia hanya dapat direalisasikan dengan TINDAKAN.

    (PS: Sertai komuniti kepimpinan Nurtural Leadership di Facebook. Melalui komuniti ini, saya yakin anda dapat mengatasi segala masalah dalam mengenali potensi diri)

  • Sekecil-kecil tindakan, biarlah ada matlamat

    6

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Nampaknya blog AqifStrategi.com semakin hari semakin rancak dikemaskini. Adakah ini bermakna tuan empunya blog ini sudah mempunyai masa lapang dan tidak lagi kesibukan seperti waktu muda mudi dahulu? Jawapannya terletak di tangan anda. Walau apa jua yang anda labelkan, saya akan tetap meneruskan perjuangan memberikan informasi yang terbaik melalui blog ini. Bukankah itu yang para pembaca kesayangan saya mahukan? ;)

    Baik, mari kita meneruskan tujuan entri ini diterbitkan. Sepertimana yang telah dimeterai melalui tajuknya, kita akan berdiskusi dengan lebih lanjut mengenai matlamat. Saya pasti kita semua tahu apakah yang dimaksudkan dengan matlamat. Tanpa matlamat, segala tindakan dalam kehidupan seharian kita tidak mempunyai arah tuju.

    Namun begitu, tidak ramai yang menetapkan matlamat untuk tindakan-tindakan yang kecil seperti melakukan kerja rumah (membasuh baju, lipat kain dan sebagainya), menaiki kenderaan (kereta, motor dan basikal), dan juga menulis entri di blog. Saya rasa lebih baik kita fokus pada contoh tindakan yang ketiga iaitu menetapkan matlamat ketika menulis entri blog.

    Mengapa perlu menetapkan matlamat dalam setiap entri blog?

    Mungkin maklumat ini agak baru bagi segelintir para pembaca blog ini. Namun begitu, ketahuilah bahawa rahsia kebanyakkan para blogger kental adalah mereka mempunyai matlamat setiap kali menulis entri dan inilah yang dimaksudkan oleh matlamat kecil.

    Ramai yang mempersoalkan bagaimana entri-entri mereka berjaya menambat hati para pembaca walhal mereka baru sahaja menjejakkan diri ke dalam blog tersebut. Jawapannya telah saya sediakan di atas. Ya, letakkan matlamat setiap kali anda menulis entri blog.

    Mari kita lihat daripada perspektif seorang blogger

    Apabila seorang blogger yang berpengalaman menulis, mereka tidak akan sesekali menulis sesuatu yang merapu atau entri yang tidak sesekali mendatangkan faedah kepada para pembacanya. Kerana mereka tahu bahawa intipati blog inilah yang membuatkan para pembaca menghormati tuan empunya blog dan kerana informasi yang disalurkan inilah para pembaca sentiasa tertunggu-tunggu apakah isi yang bakal dikeluarkan oleh tuan empunya blog.

    Jadi,  setiap kali sebelum mereka menulis sebuah entri, matlamat akan ditetapkan. Apabila tujuan entri tersebut jelas dan bakal membawa perubahan terhadap diri pembaca dari segi fizikal atau mental, maka blogger tersebut akan mula menaip tanpa menghiraukan halangan di depan mata atau sebarang kata-kata kecil yang mengatakan bahawa beliau tidak boleh.

    Masa yang diambil tidak akan dikira selagi blogger tersebut tidak berpuas hati dengan penyampaiannya. Dapatkah anda lihat bahawa matlamat kecil (tujuan menulis entri blog) ini akhirnya membawa perubahan yang besar kepada orang lain (para pembaca blog).

    Kesimpulannya

    Mempunyai blog bukanlah seperti menulis diari yang tidak mempunyai intipati ilmu. Saya percaya dalam diri setiap blogger mempunyai nilai ilmu yang tinggi. Cuma masih belum sampai serunya untuk memberikan ilmu tersebut kepada para pembaca. Mengapa saya berkata demikian? Kerana mereka seringkali terlupa bahawa matlamat yang kecil akan membawa kepada kejayaan yang besar.

  • Kadang-kala pemasaran lebih baik berbanding kepakaran

    6

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Hari ini kita akan bercerita dengan lebih mendalam mengenai perbezaan praktikal dan teori dalam dunia perniagaan dimana saya akan berkongsi berdasarkan pengalaman saya dalam berniaga yang tidak seberapa ini. Perkongsian ini juga disasarkan kepada golongan muda seperti saya yang ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan tidak kira online mahupun offline.

    Sebagai permulaan, saya pasti kita semua mendapat motivasi atau inspirasi daripada keadaan sekeliling yang membuatkan kita ingin memulakan perniagaan. Tujuan saya berniaga adalah untuk menetapkan masa kerja saya sendiri dan memberi kelonggaran kepada diri untuk melakukan kerja. Ini bermakna saya memang kurang gemar bekerja mengikut waktu pejabat iaitu pada 9 pagi – 5 petang.

    Perniagaan pertama – Hasilnya… TIADA

    Perniagaan pertama saya adalah berasaskan perkhidmatan iaitu membina laman web perniagaan. Pada waktu permulaan perniagaan saya, saya menyangka bahawa kita perlu menjadi hebat dalam sesuatu bidan terlebih dahulu dengan mendalami ilmu secukup-cukupnya, barulah kita boleh mendapat pelanggan.

    Ternyata pandangan saya silap, pelaburan saya terhadap ilmu pembinaan laman web pada awal tahap perniagaan hanya menjadi perpustakaan otak. Apabila saya banyak melakukan pembacaan tanpa melakukan tindakan segera, saya kerap kali mengalami virus I.O (Information Overload) dan akhirnya berputus asa untuk melakukan sesuatu.

    Mengapa menjadi “PERFECTIONIST” hanya membazirkan masa anda…

    Ini berikutan saya rasa bahawa diri saya ini masih belum cukup hebat untuk bersaing dengan pereka-pereka laman web di luar sana. Namun begitu, pemikiran saya berubah setelah melihat beberapa individu yang berjaya meraih pendapatan lumayan dengan memberikan servis laman web, walhal reka bentuk laman web yang mereka bina tidaklah secantik mana.

    Selepas kejadian itu, barulah saya sedar bahawa sejauh mana kepakaran anda dalam sesuatu bidang sekalipun, jika anda tidak tahu memasarkannya dan memberitahu kepada umum, maka anda yang rugi. Ramai usahawan di luar sana menumpukan terhadap aktiviti yang menambahkan keuntungan mereka iaitu pemasaran.

    Fokus pada PEMASARAN BERKESAN

    Jadi apa yang ingin saya tekankan dalam entri kali ini ialah jangan cuba untuk menjadi seorang yang sempurna (perfectionist). Apa yang boleh anda lakukan ialah mengutamakan tindakan setelah mempelajari sesuatu dan fokus pada pemasaran. Ini berikutan prospek anda perlu tahu siapa diri anda dan bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah mereka.

    (PS: Saya dalam proses menyiapkan sebuah 5 modul personal coaching secara online. Ia berkaitan dengan pembinaan jenama melalui blog. Nantikan :) )

    Related Posts with Thumbnails
Page 4 of 11« First...«23456»10...Last »