• MakroInformasi 2.0 – Projek Mega Yang Bakal Dilancarkan

    Berikutan terlampau banyak pertanyaan yang diajukan berkenaan perniagaan internet dan gdi (minta maaf kerana tidak dapat membalas sebahagian daripada e-mail anda), saya mengambil keputusan untuk membina sebuah pakej yang berkemungkinan besar dapat membantu anda membina perniagaan internet dengan kaedah yang betul.

    Bagi mereka yang masih lagi tidak tahu bagaimana untuk bermula dalam perniagaan internet (mahupun GDI), saya amat menyarankan agar anda memiliki pakej ini. Ia disediakan dalam bentuk fizikal dimana anda akan memperoleh sebuah cd audio, newsletter dan pelan tindakan yang bercetak. Apa yang menarik disini ialah anda boleh mendapatkannya secara PERCUMA.

    Pasti anda tertanya-tanya mengapa saya katakan bahawa ini projek mega. Buat pengetahuan anda, MakroInformasi 2.0 ini adalah projek jangka masa panjang dimana ia membekal informasi, tips serta panduan perniagaan internet setiap bulan. Adakah ini bermaksud anda akan mendapatkannya secara percuma setiap bulan? Jawapannya adalah benar sekali.

    Tujuan saya merangka projek ini adalah untuk membantu anda semua dalam membina perniagaan internet mengikut kaedah yang betul. Dengan kata lain, berkemungkinan besar selepas ini anda mampu membina kredibiliti dalam bidang yang anda ceburi. Bagi usahawan GDI pula, pakej ini akan dapat membantu anda mempromosikan GDI dengan cara yang lebih beretika dan dapat meningkatkan kepercayaan orang ramai untuk menjadi rakan pasukan anda.

    Projek ini juga telah dipersetujui oleh orang yang berpengalaman dalam perniagaan internet iaitu saudara Zamri Nanyan. Jadi saya rasa perasaan ragu-ragu tidak akan wujud dalam diri anda untuk memiliki pakej ini dan implimentasikan segala yang bakal ditunjukkan dalam MakroInformasi 2.0.

    Sebelum itu, ingin saya ingatkan bahawa MakroInformasi 2.0 ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana program MLM, skim cepat kaya atau sewaktu dengannya. Telah diterangkan sebelum ini bahawa pakej ini mengandungi informasi, tips dan panduan yang padat untuk anda aplikasikan dalam perniagaan anda tidak kira jika anda sudah lama bertapak dalam perniagaan internet atau sebaliknya.

    Semoga usaha dan penat lelah saya ini terbayar dengan kemajuan anda dalam perniagaan internet setelah mendapatkan pakej ini. Sesungguhnya niat saya ikhlas untuk mencuba sebaik mungkin dalam memberikan informasi dan panduan yang terbaik untuk anda semua. Terima kasih kerana menyokong AqifStrategi.com.

    Ikuti perkembangan MakroInformasi 2.0 dengan melanggan RSS di AqifStrategi.com. Apa yang perlu anda lakukan ialah masukkan e-mail anda dan anda akan menjadi orang terawal yang mengetahui perkembangan di AqifStrategi.com

    Salam kejayaan.

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , ,

2 Comments


  1. Shafrizal says:

    Salam bro Aqif,

    saya tertarik sungguh dgn projek mega bro. Tahniah dan saya berharap supaya saya orang first yg dapat tahu pasal projek mega nih dan saya orang first yang akan join projek mega ni.

    Oleh kerana saya pasti bro berpengalaman dalam bisnes internet ni, saya harap bro boleh bantu saya, berikan nasihat, tips-tips berguna kerana ssaya sebenarnya masih baru, masih fresh lagi dalam bidang ni, terima kasih.

    salam kejayaan~

    p/s – bro pegi tak seminar Patrick Chan hari Rabu dan Khamis nih? Saya pegi, tapi hari khamis la… kat Melia Hotel, dpn Times Square je.

    [Reply]

  2. Aqif says:

    Salam Shafrizal. :)

    Terima kasih kerana menunjukkan minat terhadap projek ini. Insyaallah anda akan menjadi orang pertama yang akan mendapat pakej ini.

    Saya akan cuba sebaik mungkin untuk bekerjasama dalam membantu anda dan rakan-rakan kita yang lain dalam menjalankan perniagaan internet. Fresh atau tidak bukan persoalan. Tetapi mahu atau tidak adalah keputusan yang wajar dibuat mulai hari ini.

    Salam kejayaan.

    p/s: berkemungkinan besar pergi hari khamis. x pasti sebab nak handle project ni. :)

    [Reply]

Leave a comment