• Kisah blogger yang tersepit sehingga kini…

    25

    Tergerak hati saya untuk menulis entri ini kerana dijemput oleh Rohaizad.com untuk bersama-sama dengan rakan blogger yang lain bagi menerbitkan sebuah entri yang menceritakan kisah diri yang pernah tersepit.

    Siapa yang tidak pernah rasa tersepit bukan? Saya sendiri pernah rasa kesempitan tersebut dan sememangnya merupakan kenangan paling manis.

    Apa yang menariknya ialah… Kisah tersepit ini berlaku sehingga hari ini.

    Ya, di saat anda membaca entri tersepit ini (2 Ogos 2010) saya masih lagi dalam keadaan tersepit.

    Jadi, mari kita sama-sama selongkar kisah tersepit daripada seorang insan yang menubuhkan blog AqifStrategi.com ini.

    Antara belajar dan kerjaya

    Sepertimana yang telah anda semua tahu, saya merupakan seorang pelajar SEGi University College, Kota Damansara yang mengambil jurusan Creative Multimedia.

    Dalam masa yang sama, saya menganggap diri sendiri sebagai seorang usahawan internet dan blogger kerana menjana pendapatan menerusi kedua-dua medium (Produk informasi + Niche Blog)

    Inilah yang membuatkan diri saya tersepit sama ada ingin meneruskan pengajian atau berhenti dan memberikan fokus sepenuhnya dalam bidang keusahawanan dimana ia telah sebati sepenuhnya dalam  jiwa Muhammad Aqif bin Azizan.

    Bagi anda yang pernah mengalami situasi seperti ini, pasti anda amat memahaminya. Amatlah sukar untuk membuat keputusan untuk berhenti belajar sewenang-wenangnya kerana itulah harapan ibu bapa ketika lahirnya kita di muka bumi ini.

    Melihat kecemerlangan dari segi akademik dan kehidupan.

    Meskipun kedua belah ibu bapa saya tahu bahawa saya sudah menjana pendapatan yang mencukupi setiap bulan untuk menyara diri sendiri, namun harapan mereka untuk melihat saya menggenggam segulung ijazah tidak pernah berhenti.

    Pada awalnya, terasa berat hati ini untuk meneruskan perjuangan dalam arena universiti. Tetapi setelah mendapat nasihat para sahabat yang dipercayai serta petunjuk daripada Allah S.W.T, saya membuat keputusan untuk selesaikan apa yang kita sudah mulakan.

    Tersepit sehingga hari ini…

    Sebenarnya saya tidaklah tersepit sehingga hari ini. Cuma entri ini telah mengimbau kembali kenangan membuat keputusan untuk meneruskan pengajian di universiti atau sebaliknya.

    Jadi, tahniah kepada saudara Rohaizad kerana berjaya menyingkap misteri di sebalik individu yang bernama Muhammad Aqif bin Azizan ini dan terima kasih juga kerana menunjukkan jalan untuk menjana ‘Ka Ching!’ melalui blog.

    Buat rakan blogger yang lain, entri kalian juga tidak kurang hebatnya. Masing-masing punya kisah yang tersendiri. Two thumbs up untuk semua!

    Semoga entri ini memberikan sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua. Oh ya, jika mahu luahkan pendapat anda melalui entri ini, sila lakukan menerusi ruangan komen yang telah disediakan khas untuk anda. :)

  • 3 Langkah penting sebelum memulakan kempen promosi

    0

    Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca AqifStrategi.com!

    Saya tidak akan bercerita panjang di sini kerana saya mempunyai beberapa berita baik untuk anda iaitu:

    • Video ’3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Kempen Promosi’ sudah siap sepenuhnya.
    • Fasa #1  Facebook Pages untuk ‘Marketing Classroom’ selesai…

    Sebelum itu, ramai yang tertanya-tanya bagaimana saya mengasingkan masa saya untuk melakukan beberapa kerja. Maklumlah, saya ini masih lagi belajar di kolej. Mesti mempunyai kesukaran untuk membahagikan masa belajar dan bekerja bukan?

    Sebenarnya… Ia tidaklah sukar seperti apa yang anda sangka.

    Apa yang saya sentiasa lakukan ialah merancang perjalanan hidup saya setiap hari.

    Mudah sahaja, ambil pen dan catitkan pada buku nota. Senaraikan apa yang anda mahu lakukan hari ini. :)

    Senang bukan? Jadi, mari kita sama-sama tonton video ’3 Langkah Penting Sebelum Memulakan Kempen Promosi’ di bawah dan jangan lupa untuk nyatakan pendapat anda mengenai video ini.

    Oh ya, sertai juga ‘Marketing Classroom’ di Facebook dengan hanya klik di sini.

  • Apakah prinsip mutlak untuk berubah?

    4

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Semakin hari, hidup kita semua dihimpit dengan pelbagai musibah.

    Tidak kira siapa pun diri kita, anak menteri, anak si panglima, anak raja, anak kucing mahupun anak Azizan bin Zakaria dan Rosilawati binti Darus (Mereka adalah ibu dan bapaku yang tercinta), hidup ini tidak akan pernah berhenti sehinggalah kita semua menghembuskan nafas yang terakhir.

    Begitu juga masalah, ia tidak akan pernah berhenti.

    Kerana ia akan terus mengajar kita tentang erti kehidupan agar kita menghargai setiap rezeki dan mensyukuri liku-liku perjalanan yang telah ditentukan oleh-Nya.

    Jadi, setiap seorang daripada anda (termasuk diri saya sendiri) memerlukan satu prinsip untuk terus mengekalkan motivasi agar tidak mudah tertunduk pada dunia kegelapan dan kesengsaraan.

    Prinsip ini saya gelarkan prinsip mutlak kerana…

    Ia adalah sebuah prinsip dan pegangan yang tidak akan gentar dengan mana-mana masalah.

    Ia kental, ia amat kuat sehinggakan semua orang mahu menggunakannya.

    Tetapi kebarangkalian untuk si pengamal betul-betul menghayati prinsip ini adalah begitu cetek sekali kerana ia memerlukan penghayatan yang nyata dan penerimaan secara sukarela… Bukan paksaan semata-mata.

    Jika anda tertanya-tanya apakah ‘Prinsip Mutlak’ tersebut…

    Maka anda adalah salah seorang daripada individu yang mempunyai niat yang murni kerana ingin berubah dan mengubah diri anda.

    Tetapi sebelum saya menerangkan prinsip mutlak ini, pastikan anda bersedia untuk menerimanya.

    Tanyalah diri anda soalan seperti ini;

    “Adakah aku bersedia untuk berubah hari ini?”

    “Adakah aku mahu berubah hari ini?”

    “Apakah sebab utama untuk aku berubah hari ini?”

    “Apakah perubahan yang ingin aku lakukan hari ini?”

    Soalan-soalan di atas perlu dijawab seikhlas hati kerana berdasarkan jawapan tersebut… Ia akan menentukan sama ada prinsip mutlak ini sesuai atau tidak untuk diimplementasikan dalam diri anda.

    Jika soalan ini telah berjaya dijawab… Maka tahniah saya ucapkan. :)

    Berhentilah bersedih… Berhentilah daripada memikirkan sebarang kesengsaraan ketika anda ingin meneruskan pembacaan ini.

    Mari kita sama-sama berpegang pada prinsip mutlak ini iaitu…

    Read more

  • Berniaga sama seperti menjaga bayi…

    8

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    (Imej dikreditkan kepada Eythor)

    Nampaknya semakin hari perkembangan perniagaan internet di Malaysia semakin mendapat sambutan yang hangat dan ia adalah berita baik buat semua usahawan internet yang sedia ada.

    Mengapa?

    Kerana kini lebih mudah untuk mereka buat duit dalam pasaran tempatan kerana kepercayaan transaksi secara online semakin meningkat dari semasa ke semasa.

    Dalam masa yang sama, satu pengumuman telah dibuat dimana semua usahawan internet perlu mendaftarkan perniagaan mereka bagi mengelakkan denda atau hukuman penjara.

    Bunyinya agak berat, namun itulah hakikat yang perlu ditelan.

    Namun begitu, ambillah dari sudut yang positif… Jangan disangka pihak kerajaan ini jahat, mahu mengambil duit anda sebagainya.

    Sebaliknya fikirkanlah bahawa inilah peluang untuk membuktikan bahawa anda bersedia untuk berniaga dan menerusi nama perniagaan yang didaftarkan seperti Digital Methodology Solutions (001968247-W), ia dengan mudah dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap diri anda.

    Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berdekatan dengan rumah anda esok. :)

    Oopss… Maafkan saya kerana terlanjur daripada tajuk entri yang sebenar. (Kerana saya rasa mesej ini amat penting untuk diberitahu kepada semua pembaca setia blog ini)

    Mari kita berbalik ke topik asal iaitu “Berniaga sama seperti menjaga bayi”

    Read more

    Related Posts with Thumbnails
Page 5 of 34« First...«34567»102030...Last »