• Berapa Kerap Anda Memantau Prestasi Perniagaan GDI Anda?

    Sebagai seorang usahawan SoHo (Small Office Home Office), adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita memantau perniagaan yang dijalankan. Pemantauan dijalankan bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah prestasi perniagaan anda sehingga hari ini. Melalui pemantauan juga anda boleh melakukan sedikit perubahan terhadap teknik pemasaran dengan mengenal pasti apakah teknik yang paling berkesan dan membawa keuntungan untuk perniagaan anda.

    Mungkin akan wujud kekeliruan disini. Adakah kita perlu sentiasa memantau prestasi perniagaan setiap hari? Jawapannya, bergantung pada perniagaan yang anda jalankan. Dalam artikel ini saya akan berkongsi sedikit sebanyak pendapat saya dalam melakukan pemantauan perniagaan GDI. Saya harap anda dapat berkongsi maklumat ini pada rakan-rakan seperjuangan kita yang lain.

    Lakukan Pemantauan Prestasi Pemasaran Setiap Bulan

    Prestasi pemasaran disini bermaksud teknik pemasaran yang anda gunakan dalam mengembangkan perniagaan GDI anda. Saya pasti kita semua akan melakukan pelbagai jenis teknik pemasaran (sekurang-kurangnya tiga) untuk mempromosikan peluang perniagaan GDI kepada rakan-rakan di luar sana. Disinilah pemantauan prestasi pemasaran memainkan peranan penting.

    Pada setiap akhir bulan, anda perlu mengenal pasti apakah teknik paling berkesan supaya anda boleh memberikan fokus sepenuhnya terhadap satu teknik pemasaran sahaja selepas ini. Bukankah ianya dapat memudahkan anda untuk mengembangkan lagi perniagaan GDI sekiranya anda menguasai satu teknik pemasaran yang anda yakin ianya amat efektif?

    Pemantauan prestasi pemasaran ini boleh dilakukan melalui ruangan cpanel anda (jika anda menggunakan hosting dan domain sendiri) di bahagian awstats. Dimana anda boleh kenalpasti dimanakah bahagian pemasaran yang memberikan traffik dan conversion rate yang tinggi untuk perniagaan GDI anda.

    Mengapa Anda Tidak Disarankan Untuk Melakukan Pemantauan Setiap Hari?

    Tujuannya mudah sahaja, iaitu untuk mengekalkan fokus terhadap perniagaan GDI anda. Bayangkan jika anda sentiasa memantau perniagaan anda, saya pasti produktiviti anda akan terganggu. Anda juga bakal menghadapi masalah “mudah kecewa” kerana anda sering meletakkan harapan yang tinggi sedangkan kita sedia tahu bahawa keputusan yang diperoleh ketika mempromosikan perniagaan GDI bukannya dalam masa 24 jam.

    Jadi, itu sahaja yang dapat saya kongsikan dalam artikel ini. Walaubagaimanapun, para pembaca yang dihormati sekalian perlu sedar betapa pentingnya melakukan pemantauan dalam perniagaan bagi memantapkan sebuah perniagaan yang dijalankan seterusnya membawa perniagaan tersebut ke satu tahap yang lebih tinggi dari sebelumnya.

    Jangan lupa juga untuk dapatkan MakroInformasi 2.0 bulan November 2009 kerana pada esok hari (tepat jam 11 pagi), ruangan pembelian akan ditutup untuk memberikan laluan bagi edisi bulan Disember 2009. Buat pengetahuan anda, edisi terbaru daripada MakroInformasi 2.0 kali ini akan lebih mantap setelah mendapat beberapa cadangan daripada pembeli yang sememangnya sporting dalam memberikan idea untuk menambah baik pakej ini. Terima kasih kepada para pemilik MakroInformasi 2.0!

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , ,

2 Comments


  1. Assalamualaikum Tuan Penerbit,

    Ambo ingin menempah edisi bulan Disember 2009.

    Mohon maklumkan bila perlu bank in bayaran

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Waalaikumsalam W.B.T

    Insyaallah akan diberitahu kelak.

    Terima kasih atas komen anda sebagai pembeli bulan November.

    Sesungguhnya pendapat yang anda berikan telah mencetuskan idea bagi memantapkan
    pakej ini setiap bulan.

    :)

    Salam kejayaan

    [Reply]

Leave a comment