• Peluang Keemasan Untuk Memajukan Perniagaan GDI Anda Bersama AqifStrategi.com

    Post ini ditulis untuk memberikan peluang kepada usahawan GDI (khasnya AQ GDI TEAM) untuk bersama-sama memajukan perniagaan GDI mereka dengan menggunakan medium blog AqifStrategi.com. Ini bermaksud saya telah bersetuju untuk membuka ruang pengiklanan di AqifStrategi.com berikutan untuk bekerjasama dengan usahawan GDI yang lain dalam memajukan perniagaan ini.

    Berikut adalah maklumat yang perlu anda ketahui jika ingin beriklan di AqifStrategi.com:

    • > Posisi iklan dibahagian SIDEBAR (Ruangan PENDEDAHAN EKSKLUSIF)
    • > Ruangan ini diberikan khas untuk USAHAWAN GDI SAHAJA - Klik disini untuk pendaftaran
    • > Tempoh pengiklanan yang disarankan adalah sekurang-kurangnya 6 BULAN (Sebab akan diberitahu)
    • > Menggunakan banner promosi yang berbeza reka bentuk.
    • > Banner bersaiz 125 x 125 pixel.
    • > Terhad kepada 4 RUANGAN SAHAJA.
    • > Bukan downline saya pun boleh. :)

    Sebelum anda membuat keputusan untuk beriklan di AqifStrategi.com, pastikan anda telah mematuhi kriteria-kriteria yang telah diterangkan di atas. Ini bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara pengiklan dan tuan empunya blog itu sendiri.

    Mengapa saya buka ruangan ini khas untuk mereka yang telah mempunyai status sebagai usahawan gdi sahaja? Ini berikutan blog AqifStrategi.com adalah blog yang menyediakan informasi, tips, panduan dan pelbagai lagi berkaitan dengan perniagaan Global Domain International khususnya. Dipermudahkan cerita, blog ini berada dalam niche yang spesifik iaitu perniagaan GDI. Jika anda membuat pencarian berkenaan “perniagaan gdi”, blog AqifStrategi.com merupakan ranking pertama dalam google search engine seperti ditunjukkan dalam imej di bawah:

    Jadi apakah yang dimaksudkan jika AqifStrategi.com mendapat ranking no. 1 bagi keyword “perniagaan gdi”? Ini bermaksud mereka diluar sana yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang perniagaan GDI akan memasuki AqifStrategi.com terlebih dahulu berbanding laman web yang lain.

    Laman blog AqifStrategi.com juga akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memberikan informasi terbaik berkenaan perniagaan GDI kepada para pelawat dan pembaca setia blog ini. Ini bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan peratusan penajaan anda secara automatik melalui AqifStrategi.com.

    Saya berminat untuk beriklan di AqifStrategi.com untuk memajukan perniagaan GDI saya. Tetapi bagaimana?

    Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, syarat-syarat di atas perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum anda berniat untuk beriklan di blog ini. Apa yang penting adalah anda seorang usahawan GDI yang berdaftar. Saya juga membuka peluang ini kepada semua usahawan GDI tidak kira anda adalah downline saya ataupun tidak. Ini bagi mewujudkan kerjasama antara seluruh usahawan GDI di Malaysia untuk membawa perniagaan bertaraf global ini ke tahap yang lebih tinggi.

    Tempoh pengiklanan selama 6 bulan? Kenapa tidak sebulan sahaja?

    Persoalan ini adalah begitu rumit untuk dijawab tetapi saya akan cuba sebaik mungkin memberikan jawapan agar anda dapat memahami apakah tujuan tempoh beriklan selama setengah tahun ini. Bagi mereka yang berpengalaman dalam bahagian pengiklanan mungkin sudah faham akan kelebihan beriklan dengan lebih lama dengan blog yang sentiasa dikemaskini. :)

    Bayangkan jika kita beriklan selama sebulan sahaja, banner yang diletakkan di bahagian sidebar adalah amat sukar untuk memasuki pemikiran pengguna. Dengan kata lain, kita memerlukan masa yang agak lama untuk mempromosikan sesuatu banner tersebut bagi mewujudkan kesedaran terhadap pelawat / pembaca blog untuk klik banner yang telah dipaparkan. Kesimpulannya, semakin lama banner anda diletakkan dalam blog ini, semakin tinggi peluang untuk mereka klik banner anda.

    Jadi itulah tujuan saya menyarankan agar anda meletakkan banner anda di AqifStrategi.com sekurang-kurangnya dalam jangka masa 6 bulan atau lebih. Tetapi ia bukanlah satu paksaan dimana anda diberikan peluang untuk memilih jangka masa anda untuk meletakkan banner anda sekurang-kurangnya 1 bulan. :)

    Tips untuk menarik perhatian para pelawat AqifStrategi.com untuk klik pada banner.

    Saya rasa ada baiknya jika saya sediakan tips supaya anda dapat memaksimakan iklan anda di blog ini. Dimana adalah lebih baik jika anda mempunyai design banner anda tersendiri bagi mempromosikan iklan GDI. Mengapa saya berkata demikian? Mudah sahaja, be different from others (unik). Bayangkan jika semua banner GDI anda adalah serupa, ia berkemungkinan besar mewujudkan kekeliruan para pelawat untuk klik pada banner anda kerana semua banner adalah sama seperti yang lain.

    Anda juga bakal kehilangan prospek yang berminat untuk menyertai perniagaan GDI. Saya pasti anda tidak mahu membazirkan wang anda untuk beriklan di AqifStrategi.com bukan? Jadi saya harap anda dapat menerima saranan saya supaya mempunyai reka bentuk banner yang berlainan dan menarik perhatian pelawat. Untuk rekaan banner ini, saya amat sarankan agar anda menggunakan perkhidmatan oleh saudara Mazlie Nadzri di VirtualNiaga.com.

    Baiklah! Saya sudah buat keputusan 100% untuk beriklan di AqifStrategi.com. Apa yang harus saya lakukan?

    Jika anda benar-benar telah membuat keputusan untuk meletakkan iklan perniagaan GDI anda di blog ini. Maka telitilah dahulu kos pembayaran bagi tempoh-tempoh disediakan:

    • > Kos pengiklanan bagi 1 bulan = RM20
    • > Kos pengiklanan bagi 6 bulan = RM120 RM80 (Jimat RM40!)

    Mungkin ada yang beranggapan bahawa ia agak mahal. Izinkan saya memberi sedikit penerangan bahawa laman blog AqifStrategi.com ini akan terus berjuang dalam perniagaan ini selagi penulisnya masih waras serta sentiasa memberikan informasi, tips dan panduan berkenaan perniagaan Global Domain International pada para pembaca setia blog ini.

    Harga pengiklanan ini adalah tidak tetap dan ia berkemungkinan besar akan meningkat dari semasa ke semasa berikutan peningkatan trafik dan para pelawat ke laman blog AqifStrategi.com ini. Jadi saya harap agar anda tidak melepaskan peluang untuk beriklan sementara harga yang ditawarkan masih boleh dianggap murah dan berbaloi.

    Jika anda bersetuju, maka anda boleh menghubungi saya di ruangan Hubungi dan pilih pada bahagian pengiklanan untuk ke proses yang seterusnya. Semoga peluang ini dapat anda gunakan sebaik-baiknya dan inilah peluang anda untuk melakukan pelaburan yang berbaloi untuk memajukan perniagaan GDI anda. Salam usahawan, salam kejayaan! :)

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , ,

Leave a comment