Tahun lepas (2009) merupakan tahun pencetus inovasi dan revolusi bagi saya untuk menggunakan medium internet bagi membangunkan perniagaan MLM. Idea ini tercetus sewaktu saya membeli sebuah buku yang berjudul “Rahsia Membina Perniagaan MLM di Internet” oleh saudara Zamri Nanyan.
Beliau memberikan pelbagai idea yang hebat untuk membangunkan perniagaan MLM samada offline atau online. Idea beliau yang berjaya menarik perhatian saya ialah penggunaan blog bagi meningkatkan kepercayaan prospek terhadap individu atau sesebuah pasukan.
Selepas membaca buku tersebut, saya segera membeli domain dan hosting untuk membina blog bagi menjadikan ia sebagai medium untuk berhubung dan meningkatkan kredibiliti saya dengan prospek.
Jika anda perasan, saya juga merupakan pemilik blog DreamDiamond.net. Iaitu blog yang 100% tertumpu pada perniagaan MLM yang saya jalankan. Ia juga adalah sebuah blog informasi dan mempunyai pelbagai panduan yang boleh digunakan oleh anda.
Jadi, apa pendapat saya mengenai blogging bagi perniagaan MLM? Bagi saya, jika kita bijak untuk menggunakannya, maka hasil yang akan diterima pasti memuaskan.
P/S: Saya telah berjaya menaja beberapa orang dengan hanya menggunakan laman blog kerana mereka percaya saya mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan mereka dalam menjayakan perniagaan yang diceburi.









salam sejahtera.
jika begitu ia pastinya peluang yang ada
di depan mata saya. Thanks Aqif di atas
perkongsian ini. Saya akan manfaatkan
peluang ini dan menggunakan blog yang
dibangunkan dengan sebaik mungkin.
InsyaAllah..;)
[Reply]
Aqif Reply:
March 6th, 2010 at 10:17 am
Insyaallah. Pasti boleh punya.
[Reply]
Sudah semestinya blog boleh digunakan untuk menyampaikan maklumat2 berkaitan MLM yg dijalankan. Sy sgt setuju dengan medium blogging ini.
[Reply]
Aqif Reply:
March 6th, 2010 at 10:17 am
Betul, tetapi hanya jika kita tahu bagaimana untuk menggunakannya dengan bijak.
[Reply]
Cara terbaik melakukan perniagaan internet adalah memiliki blog dan website secara serentak.
Ramai yang meluat tentang perniagaan MLM adalah kerana terlalu kurangnya informasi yang sepatutnya orang ramai tahu.
Maka jadikan blog sebagai pusat informasi dan website pusat membeli belah
[Reply]
Aqif Reply:
March 14th, 2010 at 12:04 am
Setuju! Perkongsian yang menarik!
[Reply]