Posts Tagged ‘Bagaimana mengeksploitasi pengalaman menjadi wang’

  • Bagaimana mengeksploitasi pengalaman menjadi wang

    7

    Bagi anda yang mencari jalan penyelesaian untuk menjana pendapatan di internet. Barangkali artikel ini sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah rujukan. Dimana di akhir artikel ini saya yakin anda mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara yang baru untuk menjana pendapatan di internet.

    Seperti yang telah diperkenalkan melalui tajuk entri ini, pengalaman adalah sesuatu yang tidak ternilai dalam hidup anda. Tidak kira apa jua yang anda lakukan, maka pengalaman akan hadir pada saat itu juga. Ini menjadikan ia sebagai salah satu kelebihan untuk menjana pendapatan, lebih-lebih lagi pada zaman ini adalah zaman informasi dimana orang ramai berminat untuk mendapatkan informasi samada secara percuma atau berbayar.

    Apakah yang dimaksudkan Zaman Informasi 2010?

    Jika sebelum ini saya mengungkit bahawa informasi adalah sesuatu yang dicari-cari, namun ia tidak bermakna anda boleh memplagiat hasil informasi daripada orang lain. Informasi yang ditekankan disini ialah berdasarkan pengalaman anda dalam sesuatu bidang / cabang.

    Tetapi bagaimanakah cara sebenarnya untuk menjadikan ia sebagai medium untuk menjana wang?

    Mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan ialah membukukan pengalaman anda dan menjualnya dengan menggunakan medium internet. Dengan kata lain, apa yang harus anda lakukan ialah:

    1. Mencipta ebook

    Ya, anda cuma perlu menulis pengalaman anda dan jadikan ia dalam bentuk .PDF. Apa yang penting disini ialah niat anda menulis ebook tersebut. Apabila ia dicipta untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat untuk para pembaca, maka anda tidak perlu meragui keupayaan anda samada ebook itu mampu terjual atau sebaliknya.

    2. Minisite

    Penggunaan minisite atau lebih dikenali sebagai One Page Salesletter adalah satu kemestian bagi meningkatkan kebarangkalian ebook anda terjual. Disini saya senaraikan beberapa garis panduan yang dapat membantu anda untuk merangka minisite:

    • > Menyatakan masalah yang anda hadapi pada awalnya.
    • > Menyatakan pengalaman dan peristiwa anda ketika mencari jalan penyelesaiannya.
    • > Mewujudkan kesan emosi bagi mengawal minda pembaca untuk meningkatkan tarikan agar klik pada butang “BELI SEKARANG”.
    • > Menyenaraikan faedah-faedah yang diperoleh apabila mereka memiliki ebook anda.
    • > Menyediakan jaminan pemulangan wang jika tidak berpuas hati.

    Secara dasarnya, keupayaan minisite untuk menghasilkan jualan bergantung pada bagaimana anda menjual sesuatu kepada sasaran pelanggan. Apa yang penting disini ialah jangan terlampau banyakkan penggunaan teks kerana ia berkemungkinan besar akan membosankan pembaca seterusnya membuatkan mereka meluat untuk mengetahui produk anda dengan lebih lanjut.

    3. Grafik adalah satu keutamaan (Tapi bukan segala-galanya)

    Penggunaan reka bentuk grafik yang professional adalah salah satu perkara utama dalam menghasilkan tarikan kepada para pelawat minisite anda. Oleh yang demikian, anda perlu mengambil serius tentang perkara ini dengan menghasilkan sebuah reka bentuk grafik yang memenuhi ciri-ciri berikut:

    • Kemas.
    • Mudah untuk dibaca.
    • Penggunaan imej yang berkaitan.
    • Menggunakan 1-3 warna sahaja.
    • Mencipta tema tersendiri.

    Sentiasa ingat bahawa reka bentuk grafik yang menarik adalah ‘first impression’ pelawat anda. Dari situ mereka akan menilai samada untuk meneruskan pembacaan maklumat produk atau sebaliknya. Bagi anda yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang reka bentuk grafik, saya ada menyediakan perkhidmatan ini dengan kos yang amat rendah dan berbaloi. Anda boleh hubungi saya dengan seberapa segera jika berminat. Ini termasuklah kos untuk reka bentuk e-cover dan minisite.

    Sepertimana yang saya jelaskan pada awal artikel ini, saya yakin ia dapat memperluaskan pandangan anda mengenai eksploitasi pengalaman anda menjadi medium penjanaan wang. Bagi sebarang pendapat atau komen, sila ajukan pada ruangan komentar yang disediakan. Dengan ini, saya ucapkan salam kejayaan buat anda.

    Related Posts with Thumbnails