Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Nampaknya bagi pengunjung setia AqifStrategi.com mungkin agak terkejut melihat perubahan drastik di blog ini berikutan perubahan themes yang dilakukan oleh saya sendiri. Idea untuk menukar theme ini sudah lama, cuma ketiadaan themes wordpress yang menarik membuatkan hasrat tersebut terbantut sehinggalah hari ini.
Untuk menyambut hari wesak jadi ayah yang tercinta pada hari ini, maka secara tidak rasminya saya ingin memperbaharui themes blog AqifStrategi.com. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyedia themes ini iaitu KreativeThemes.com. Buat pengetahuan anda, Kreative Themes.com dianggotai oleh individu-individu tempatan yang hebat-hebat belaka.
Themes blog ini sebenarnya diberikan secara percuma oleh pihak KreativeThemes.com. Namun disebabkan kegatalan tangan ini untuk mengubah reka bentuk yang sedia ada, maka terhasillah sebuah themes blog yang agak unik dari beberapa segi desain sedia ada.
Pasti anda berasa hairan mengapa saya seringkali menukar blog themes dalam jangka masa setahun ini. Sebenarnya, salah satu sebab yang paling munasabah dan boleh diterima akal ialah…
AqifStrategi.com masih dalam proses mengenal dunia
Ya. Blog ini masih lagi dalam proses untuk mengenali dunia blogging dengan lebih mendalam meskipun ‘PR’ telah mencapai ke tahap yang boleh dibanggakan. Oleh yang demikian, saya masih lagi tercari-cari apakah tema yang bersesuaian untuk dijadikan pegangan blog ini. Berkemungkinan besar juga ini merupakan pencarian tema blog yang terakhir untuk blog ini.
Walaubagaimanapun, tiada guna mempunyai blog yang cantik jika isi kandungan langsung tidak membantu atau menarik minat pembaca. Apa yang dimaksudkan disini ialah jangan sesekali lupa tujuan blog dibina iaitu berkongsi serta memberikan informasi kepada khalayak berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran.
Blog themes yang kurang menarik akan menurunkan jumlah pelawat
Saya yakin anda pasti pernah mendengar ‘first impression is everything’ dan saya juga percaya pada kenyataan ini. Jadi, untuk memastikan pelawat memberikan pandangan yang baik pada kali pertama melawat blog ini, themes blog harus kemas, menarik serta professional.
Sebenarnya ia bergantung pada tujuan blog dan sasaran pembaca anda. Jika anda wujudkan blog sekadar untuk perkongsian peribadi maka pemilihan blog themes bukanlah sesuatu yang perlu diambil berat. Jadi saya harap anda dapat faham mengapa blog themes memainkan peranan penting dalam membina kredibiliti anda sebagai seorang blogger dan juga seorang usahawan.
Ini perubahan saya. Anda pula?
Mari kita berhenti sejenak dan memikirkan apakah perubahan yang berlaku dalam blog anda. Adakah trafik blog meningkat? Blog sudah memberikan pendapatan lumayan dari segi pengiklanan? Jumlah komen bertambah? Atau pelbagai lagi perkara menarik yang telah berlaku dalam blog anda? Jika perubahan tersebut menjurus ke arah kebaikan maka tahniah saya ucapkan.
Jika masih lagi mempunyai kekurangan dan anda sendiri tidak puas hati. Boleh hubungi saya bagi tujuan blog consulting.


Impian sebuah blog adalah mempunyai jumlah pembaca setia yang ramai. Begitu jugalah impian sebuah blog yang diberi nama AqifStrategi.com. Saya juga mempunyai cita-cita yang sama seperti anda. Mempunyai jumlah pembaca setia yang ramai dapat memberikan impak positif yang tidak terkira untuk blogger yang masih lagi baru seperti saya.


