Posts Tagged ‘blogging’

  • Blogging is like “Talking” – Sejauh Manakah Kebenarannya?

    2

    Blog adalah seperti medium komunikasi antara penulis dan para pembacanya. Ia juga merupakan peluang untuk para bloggers menulis berkenaan apa yang mereka tahu, mahu dan bincangkan. Kesimpulannya, blog memberikan satu keistimewaan kepada mereka yang memilikinya.

    Ramai yang bertanya bagaimana untuk mendapatkan “aura” untuk terus berblogging. Pada pendapat saya, jika kita tahu bagaimana untuk menggabungkan dua elemen iaitu penulisan dan perbicaraan maka blogging bukanlah satu masalah bagi mereka yang baru memulakannya.

    Jika anda lihat sendiri blog-blog yang sudah lama bertapak dalam dunia maya seperti saudara Rohaizad, Smartzul dan JustKhai kebanyakkan mengamalkan konsep ini. Apabila mereka mulakan penulisan untuk setiap entri blog, ia diumpamakan seperti mereka sedang bercakap dengan para pembaca. Apa yang membezakannya ialah kaedah penyampaian untuk disalurkan dalam bentuk “penulisan”.

    Blog untuk newbie – Siapa sebenarnya anda?

    Buat pengetahuan anda, sehingga hari ini saya masih tidak faham mengapa perkataan newbie digunakan dalam setiap aspek termasuklah perniagaan internet dan blogging. Bagi saya, mereka yang baru sahaja memasuki dunia maya ini tidak seharusnya memanggil diri mereka sebagai “newbie” kerana ia jelas sekali mewujudkan jurang perbezaan diantara individu-individu yang kononnya lebih lama berada dalam arena ini.

    Saya percaya kita semua mempunyai kelebihan masing-masing. Cukuplah sekadar kita saling menghormati antara satu sama lain terutama sekali dalam perniagaan. Perkara ini saya utarakan kerana sehingga hari ini saya dapat lihat kita saling jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain. Ada yang ingin tunjuk hebat dengan menjatuhkan nama Melayu itu sendiri. Namun apa yang paling mendukacitakan ialah golongan yang kononnya ingin menolong, tetapi niat sebenar adalah untuk mengaut keuntungan semata-mata.

    Semoga entri ini dapat kita sama-sama selami isi tersirat yang cuba saya sampaikan. Saya mohon maaf jika gaya penulisan ini ada melukai hati mana-mana individu. Ia sekadar renungan untuk saya dan para pembaca untuk meneruskan perjuangan bagi membina kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.

    Related Posts with Thumbnails