Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Entri ini ditulis pada pukul 4:49 pagi dan ini menunjukkan bahawa blogger adalah individu yang sentiasa aktif pada waktu kebanyakkan manusia sedang nyenyak dibuai mimpi. Jika anda tidak percaya, cuba lihat blogger-blogger Malaysia yang lain dimana mereka akan habiskan masa di waktu malam untuk menyediakan entri bagi santapan anda di waktu pagi nanti.
Dalam pada itu juga, tidak semua blogger yang mampu menulis entri yang mampu menarik perhatian pembaca dan kebanyakkan berpunca daripada gangguan emosi. Antara gangguan emosi yang sering berlaku ialah:
- Rasa malas hendak update blog
- Bergaduh dengan seseorang
- Hati tidak tenang
- Berlakunya kekecohan dalam keadaan sekeliling
Mungkin segelintir pembaca blog AqifStrategi.com menghadapi masalah di atas. Namun demikian, nasihat saya ialah jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri. Ini kerana jika kita tidak menyelesaikan amanat atau sesuatu perkara, maka kita berada dalam golongan orang yang rugi dari segi masa, tenaga dan wang.
Mulakan dengan Bismillah dan berakhirlah dengan Alhamdulillah
Bagi anda yang beragama Islam, maka lebih baik mulakan sesuatu dengan Bismillah supaya diberkati permulaan perjalanan bagi melakukan sesuatu dan selepas itu ucaplah Alhamdulillah setelah perkara tersebut berjaya di selesaikan. Insya Allah setiap perjalanan tersebut dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Bagi yang bukan beragama Islam pula, anda boleh menarik nafas sedalam-dalamnya dan fokus pada keputusan yang anda inginkan. Ini dapat menimbulkan semangat dan motivasi untuk anda bertindak.
Solat adalah meditasi yang terbaik bagi umat Islam
Saya yakin kita semua tahu akan kebaikan solat dan mengapa ia adalah satu kewajipan jika kita beragama Islam. Salah satu daripadanya ialah memperoleh ketenangan hati dan jiwa. Andaikata di saat ini anda berasa susah hati dan tidak tenang, maka solat merupakan jalan penyelesaian yang terbaik.
Pohonlah kepada-Nya agar anda dikurniakan hati yang tenang dan dipermudahkan perjalanan hidup dan rezeki. Doalah dengan bersungguh-sungguh. Nescaya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Akhir kata – Teruskan berblogging!
Blog merupakan medium yang amat menarik bagi anda yang suka untuk berkongsi sesuatu ilmu kepada para sahabat di seluruh dunia. Jadi, gunakanlah ia sebaik yang mungkin. Elakkanlah daripada fokus kepada menjana pendapatan sahaja kerana anda akan mudah kecewa jika hasilnya tidak seberapa (seperti saya pada waktu awal berblogging). Berikan tumpuan sepenuhnya terhadap penghasilan entri agar ia dapat meningkatkan ilmu dan hidup rakan sekeliling.
(PS: Bagi sesiapa yang mendapatkan backlink percuma dari blog AqifStrategi.com seperti sidebar di sebelah, sila hantarkan laman web dan gambar anda melalui ruangan hubungi)





