Posts Tagged ‘menjadi usahawan optimistik’

  • 3 Tips mengelakkan anda daripada berfikiran negatif

    2

    Menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif dan optimistik adalah perkara yang sukar untuk dilakukan. Namun ianya tidak mustahil kerana semuanya terletak dalam diri individu itu sendiri untuk menerima situasi yang berlaku terhadap diri mereka.

    Disini saya ingin berkongsi 5 tips bagaimana untuk terus kekal positif supaya kita sama-sama mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang membawa ke arah kejayaan hidup. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan disertakan dengan tindakan.

    1. Meneliti Pergaulan Individu dan Berkumpulan

    Dalam pergaulan, adalah penting untuk anda mengetahui sama ada aura tersebut memberikan tenaga yang positif atau sebaliknya. Sebagai contoh, jika anda sering bergaul dengan golongan yang sentiasa merungut, lambat laun anda juga akan menjadi sama seperti mereka. Buat pengetahuan anda, kuasa mempengaruhi seperti ini berlaku secara tidak sedar.

    Oleh itu, pastikan anda memilih pergaulan dengan teliti bagi mewujudkan mentaliti yang positif.

    2. Mewujudkan Persekitaran Positif

    Apabila bercakap mengenai persekitaran, ia boleh dikaitkan dengan apa sahaja. Contohnya dalam komputer saya mempunyai pelbagai jenis audio, video dan artikel motivasi dimana saya akan menggunakannya untuk mengekalkan mentaliti positif dan meningkatkan produktiviti harian.

    3. Menggunakan Ayat-ayat Positif

    Apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling anda, penggunaan ayat-ayat yang positif dapat mewujudkan interaksi dua hala yang memberi keselesaaan bagi kedua-dua belah pihak. Justeru itu, pastikan anda tahu menukarkan ayat-ayat negatif seperti “Aku rasa begitu letih hari ini” menjadi “Aku sungguh teruja untuk melakukan sesuatu hari ini”.

    Ada yang berpendapat bahawa penukaran ayat-ayat ini sukar untuk dihayati pada awalnya. Tetapi percayalah, apabila anda sudah biasa. Maka segalanya mudah-mudah aja. :)

    Related Posts with Thumbnails