Tahun lepas (2009) merupakan tahun pencetus inovasi dan revolusi bagi saya untuk menggunakan medium internet bagi membangunkan perniagaan MLM. Idea ini tercetus sewaktu saya membeli sebuah buku yang berjudul “Rahsia Membina Perniagaan MLM di Internet” oleh saudara Zamri Nanyan.
Beliau memberikan pelbagai idea yang hebat untuk membangunkan perniagaan MLM samada offline atau online. Idea beliau yang berjaya menarik perhatian saya ialah penggunaan blog bagi meningkatkan kepercayaan prospek terhadap individu atau sesebuah pasukan.
Selepas membaca buku tersebut, saya segera membeli domain dan hosting untuk membina blog bagi menjadikan ia sebagai medium untuk berhubung dan meningkatkan kredibiliti saya dengan prospek.
Jika anda perasan, saya juga merupakan pemilik blog DreamDiamond.net. Iaitu blog yang 100% tertumpu pada perniagaan MLM yang saya jalankan. Ia juga adalah sebuah blog informasi dan mempunyai pelbagai panduan yang boleh digunakan oleh anda.
Jadi, apa pendapat saya mengenai blogging bagi perniagaan MLM? Bagi saya, jika kita bijak untuk menggunakannya, maka hasil yang akan diterima pasti memuaskan.
P/S: Saya telah berjaya menaja beberapa orang dengan hanya menggunakan laman blog kerana mereka percaya saya mempunyai kemampuan untuk bekerjasama dengan mereka dalam menjayakan perniagaan yang diceburi.






