Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar anda? Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping memperbaiki diri untuk meningkatkan kualiti dalam perniagaan yang anda ceburi. Seperti yang diterangkan melalui tajuk entri, “Mengapa Gagal Hasilkan Jualan”, anda mungkin tertanya-tanya apakah faktor yang mendorong kepada kegagalan menghasilkan sebarang jualan melalui medium online.
Pertama sekali, saya perlu terangkan kepada anda bahawa produk yang ingin saya tekankan disini ialah produk berbentuk digital (Ebuku, Ezine, CD, Video Panduan dan apa jua yang berkait). Ini berikutan pengalaman saya lebih banyak kepada penjualan produk seperti ini.
Pelancaran eBuku “Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting” adalah satu perancangan jangka masa panjang saya yang berkaitan dengan panduan berbentuk teknikal. Ebuku ini menghimpunkan ilmu-ilmu yang saya sendiri gunakan (termasuklah kajian melalui Google) berkenaan menghasilkan trafik (bahagian penting dalam perniagaan internet) dengan hanya menggunakan kaedah meninggalkan komen di blog orang lain.
Baik, sampai disini sahaja cerita eBuku saya. Apa yang ingin saya tekankan disini ialah perancangan dan penghasilan sebelum anda menghasilkan sebarang produk.
Perancangan
Setiap kali saya ingin menghasilkan sebuah produk digital, saya akan melakukan perancangan. Iaitu menulis idea asas di atas kertas A3, kemudian mengolahnya dengan lebih mendalam supaya dapat menjadikan ia sebuah “niche” yang khusus.
Kes ini boleh dilihat melalui eBuku “Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting”. Pada mulanya idea saya berkait rapat dengan penjanaan trafik. Kemudian diolah dengan lebih mendalam menjadi penjanaan trafik melalui blog dan akhirnya terciptalah idea untuk menghasilkan sebuah panduan penjanaan trafik blog menggunakan blog commenting.
Keadaan ini agak sukar untuk digambarkan melainkan anda sendiri cuba untuk mengolah idea. Ia juga mengambil masa yang agak lama sebelum anda menetapkan keputusan untuk menghasilkan produk.
Penghasilan
Baik, fasa yang seterusnya saya gelarkan “Penghasilan” dimana ia merupakan antara bahagian penting bagi menghasilkan sebuah produk yang berkualiti seterusnya membina kredibiliti anda sebagai pakar dalam maklumat yang dibincangkan.
Proses bagi menghasilkan produk digital terbahagi kepada dua iaitu pengalaman atau penyelidikan. Berdasarkan kajian, kebanyakkan usahawan yang menghasilkan produk digital berdasarkan pengalaman. Ini dapat dilihat melalui gaya penulisan yang menunjukkan bahawa gaya penyampaian tersebut seakan-akan telah dilalui oleh usahawan itu sendiri.
Persoalannya sekarang, mana satu yang lebih efektif? Pengalaman atau penyelidikan? Pendapat saya, jika anda menghasilkan produk digital berasaskan pengalaman, ia dapat membawa para pemilik produk tersebut ke dalam dunia anda.
Manakala tidak salah juga untuk menghasilkan produk digital berdasarkan penyelidikan. Cuma apa yang penting disini ialah kualiti penyelidikan anda. Produk-produk digital yang dihasilkan oleh usahawan kerap kali digelar “Produk Sampah” kerana mereka mengambil informasi dari Google dan menyalin semula lalu dijadikan ebuku dan sebagainya.
Bagi menghasilkan produk yang berkualiti berasaskan penyelidikan, saya amat sarankan agar anda membuat kajian yang mendalam dan keluarkan pendapat anda sendiri. Fakta dan angka (Fact & Figure) juga memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan keyakinan pemilik produk untuk mempercayai informasi anda.
Semoga entri ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti penghasilan produk digital anda. Mohon kongsi entri ini pada rakan-rakan anda jika tidak keberatan.