Posts Tagged ‘perniagaan internet’

  • Blog – Membina senjata perniagaan atau meluaskan pengaruh?

    2

    Jika satu masa dahulu, segala penyampaian disebarkan oleh media-media seperti surat khabar, televisyen dan radio. Pada awal tahun 2006 pula, muncul pula media maya yang memberi tamparan yang hebat dalam media massa dan ia digelar BLOG.

    Tahun 2010 merupakan tahun kesedaran kepada seluruh warga Malaysia berkenaan kelebihan mempunyai blog. Dari perkara yang positif sehinggalah perkara yang negatif. Jika kita lihat pada hari ini, ada yang menyalahgunakan blog dan akhirnya mengundang pelbagai masalah dan kontroversi. Adakah ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terlampau prihatin atau suka menjaga tepi kain orang?

    Namun bukan itu yang hendak dibincangkan dalam entri kali ini. Perkongsian hari ini adalah lebih kepada kegunaan blog itu sendiri kearah memanipulasi kelebihan yang ada. Pada pandangan anda, apakah blog ini lebih hebat impaknya untuk membangunkan perniagaan atau memperluaskan pengaruh?

    Membangunkan perniagaan menggunakan blog

    Meskipun ramai yang mengetahui apakah fungsi blog untuk perniagaan, tetapi hanya segelintir sahaja yang benar-benar memahami istilah “membangunkan perniagaan melalui blog” dimana medium maya ini mampu mengubah dan membawa perniagaan anda ke satu tahap yang lebih hebat.

    Sebagai contoh, laman web AqifStrategi.com telah terbina sejak tahun 2008. Pada waktu itu, laman blog ini berkongsikan informasi berkenaan kesihatan dan kebanyakkan pelawat yang setia berada dalam blog ini merupakan golongan yang begitu berminat dengan informasi tersebut.

    Saya yakin setiap blog mempunyai agendanya tersendiri. Begitu juga AqifStrategi.com dimana tujuan saya adalah untuk menjadi penasihat pemakanan kesihatan bagi mereka yang memerlukannya dengan mengesyorkan produk yang saya niagakan.

    Ia bukan tugas yang mudah…tetapi tidak mustahil

    Pada awalnya, saya agak ragu-ragu kerana jangan katakan pengalaman saya dalam bab-bab kesihatan ini sungguh cetek, malah saya langsung tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Namun ia bukannya batu penghalang. Saya tetap teruskan perjuangan dan akhirnya secara perlahan-lahan ia mendatangkan hasil.

    Apa yang ingin saya katakan disini ialah kekuatan minda anda yang menentukan corak perjalanan dan betapa ampuhnya diri anda untuk mengatasi cabaran di hadapan mata. Saya pasti ada di kalangan para pembaca AqifStrategi.com mengalami beberapa masalah yang berkaitan dengan keupayaan diri. Percayalah kata saya bahawa jangan biarkan diri anda menguasai minda, biarlah ANDA MENGUASAI MINDA.

    Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua. Tidak lupa juga sahabat internet saya, saudara Ammar Zahar akhirnya telah membongkarkan segala rahsia beliau dalam menguasai minda. Jika anda tidak kenal Ammar Zahar, maka sila lawati laman web ini dan baca seluruh maklumat yang dikemukakan.

    Saya tidak sarankan anda mendapatkan ebook “Kuasa Minda” tersebut jika anda masih meragui bahawa setiap pelaburan adalah kerugian. Buat pengetahuan anda, saya telah menghabiskan wang sebanyak ribuan ringgit untuk memahami konsep penguasaan minda. Jadi terus terang saya katakan bahawa ebook ini adalah sebuah pelaburan yang berbaloi untuk diri anda. Ingat, anda yang inginkan kejayaan. Maka buatlah keputusan sehabis baik.

  • Memilih medium perniagaan yang terbaik untuk anda

    1

    Percaya atau tidak, tidak semua orang boleh lakukan perniagaan yang sama. Ini dapat dilihat melalui kejayaan usahawan-usahawan yang lain melalui bidang perniagaan yang diceburi. Ada yang berjaya melalui perniagaan networking, perniagaan transportasi,  perniagaan internet dan pelbagai lagi. Ini membuktikan bahawa apa jenis perniagaan mampu memberikan kebebasan wang pada anda.

    Apa yang perlu dikaji dan dilihat semua adalah potensi diri anda sendiri. Saya melakukan perniagaan networking / MLM kerana saya begitu gemar berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling saya. Justeru itu, saya tidak merasakan sukar untuk menjalankan perniagaan ini. Saya juga berblogging kerana saya gemar menulis sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan kepada para pembaca.

    Mengenali potensi diri dalam perniagaan

    Persoalannya sekarang, apakah kekuatan diri anda? Dengan mengenal pasti perkara tersebut. Saya yakin segala cabaran dan rintangan yang anda hadapi dalam perniagaan dapat anda tempuhi dengan jayanya. Mengenali potensi diri tidak dapat dilakukan dalam masa sehari. Ia memerlukan pengalaman dan tindakan yang berterusan untuk mengetahui kesesuaian dalam diri anda.

    Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak gemar melakukan perniagaan dari rumah (SoHo), dimana anda lebih selesa berada di pejabat atau bekerja di luar. Mulai hari ini, anda perlu kenal pasti kekuatan dalam diri anda supaya anda dapat menikmati setiap perjalanan dalam perniagaan yang dilakukan. Kebanyakkan masalah kegagalan usahawan-usahawan adalah berpunca daripada diri sendiri dimana mereka lebih merasa keperitan dalam perniagaan yang diceburi berbanding kenikmatan.

    Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk membuka minda dalam mengenalpasti potensi diri dalam perniagaan.

  • Anda Menentukan Kejayaan Anda

    7

    Tahun ini merupakan tahun yang mencabar bagi saya kerana saya bakal mengendalikan beberapa perniagaan secara individu. Dimana saya perlu menggalas tugasan yang besar termasuklah perniagaan GDI dimana pasukan saya akan dibantu dengan sistem-sistem professional yang bakal saya keluarkan tidak lama lagi. Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat memantapkan lagi perniagaan kita bersama.

    Mencapai kejayaan adalah impian setiap insan. Namun ramai yang tidak memahami apakah erti kejayaan itu sendiri. Ini termasuklah mereka yang beranggapan bahawa kejayaan adalah takdir yang telah ditetapkan dan tidak boleh berubah sama sekali. Tanggapan seperti itu tidak boleh lagi diguna pakai lagi hari ini kerana » Read the rest of the entry..

  • GDI – 9 Teknik Pemasaran Yang Pasti Berkesan Untuk Perniagaan GDI Anda

    2

    Bagi anda yang masih tercari-cari apakah teknik pemasaran yang pasti boleh memberikan kesan positif terhadap perniagaan GDI anda, disini saya akan senaraikan sebanyak 9 teknik yang boleh anda gunakan sebaik sahaja anda selesai membaca keseluruhan isi kandungan dalam artikel ini.

    Tindakan kedua yang wajib anda lakukan ialah mempunyai konsistensi dalam setiap teknik pemasaran yang dilakukan. Walaupun sembilan teknik ini telah terbukti berkesan, namun jika anda tidak melakukannya dengan konsisten, maka hasilnya tetap » Read the rest of the entry..

    Related Posts with Thumbnails
Page 3 of 5«12345»