Impian sebuah blog adalah mempunyai jumlah pembaca setia yang ramai. Begitu jugalah impian sebuah blog yang diberi nama AqifStrategi.com. Saya juga mempunyai cita-cita yang sama seperti anda. Mempunyai jumlah pembaca setia yang ramai dapat memberikan impak positif yang tidak terkira untuk blogger yang masih lagi baru seperti saya.
Meskipun pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menarik trafik ke blog, namun tidak semua dapat menghasilkan keputusan yang diinginkan. Apatah lagi jika anda merupakan seorang blogger yang baru sahaja menghembuskan “nafas pertama” dalam dunia blogging. Ia merupakan satu tamparan dan cabaran hebat yang perlu anda tempuhi apabila sudah mempunyai blog.
Sepanjang perjalanan saya sebagai seorang blogger, saya sentiasa belajar daripada kesilapan yang dilakukan kerana saya sentiasa percaya daripada kesilapan, lahirlah pengajaran. Dan daripada pengajaran itu pula maka terbitlah pengalaman. Akhirnya pengalaman itu menjadi sebuah perkongsian yang bermakna dan hari ini anda akan dapat sedikit “perkongsian” daripada saya mengenai dunia blogging.
Rahsia Trafik: Blog commenting
Seperti yang anda sedia tahu, saya merupakan seorang penulis ebook Pendedahan Eksklusif: Blog Commenting dimana ebook ini telah berjaya membuka minda segelintir para pembaca yang memilikinya untuk memahami dengan lebih jelas mengenai teknik penjanaan trafik dengan hanya meninggalkan komen di blog orang lain.
Namun tujuan saya mengungkit kembali hal ini bukanlah untuk mempromosikan ebook ini kerana saya yakin anda mampu membuat pelaburan yang bijak untuk menuntut ilmu. Artikel kali ini akan berkait rapat dengan pembongkaran teknik blog commenting.
Rahsia Pembukaan: Teknik GWTW (Give What They Want – The Readers)
Bagi mereka yang telah memiliki ebook, saya yakin mereka juga akan berasa kehairanan kerana topik ini tidak disertakan dalam ebook tersebut. Ini kerana teknik ini adalah lebih sesuai dikongsikan kepada umum agar ia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anda.
Baiklah, apa yang saya belajar sepanjang berblogging selama 3 tahun ini ialah para pembaca blog lain tidak akan mengunjungi blog anda jika anda tidak berjaya memberikan sesuatu yang berharga kepada mereka. Saya tahu bunyinya agak “catchy”, namun anda perlu mengambil serius mengenai perkara ini.
Bagi anda yang mempunyai persoalan seperti “Apakah yang dimaksudkan dengan sesuatu yang berharga?”, maka poin-poin yang saya berikan dibawah berkemungkinan besar akan dapat membawa anda kepada definisi “Harga”:
- > Informasi
- > Nasihat
- > Tips
- > Ketiga-tiga ini apabila digabungkan menjadi….ILMU
Ya, tidak dapat dinafikan bahawa ilmu adalah sesuatu yang sentiasa dicari dan akan sentiasa didahagakan oleh setiap individu termasuklah anda dan saya. Jadi, kesimpulannya adalah berikan sesuatu ILMU yang dapat dimanfaatkan oleh para pembaca lain ketika meninggalkan komen dalam blog.
Bukankah segala ilmu kita akan dicurahkan dalam blog sendiri?
Tepat sekali. Sebab itu anda perlu berkongsi mukadimah ilmu yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca lain. Apabila berbuat demikian, potensi untuk mereka ingin mengenali anda dengan lebih mendalam adalah lebih tinggi berbanding jika anda meninggalkan sebuah komen “sampah” dimana anda hanya akan terus dipinggirkan.
Tidak percaya? Maka saya sarankan agar anda melakukan sedikit tindakan dan kajian. Lihatlah sendiri bagaimana keputusan yang bakal anda peroleh. Jika anda dapat rasakan bahawa ilmu yang saya kongsikan ini bermanfaat, maka saya amat menyarankan supaya anda dapat memiliki karya digital saya yang berjudul Pendedahan Eksklusif: Blog Commentingagar pemahaman dan skil anda mengenai salah satu teknik “keramat” penjanaan trafik di blog dapat meningkat dengan kadar yang segera.
Apa yang boleh saya janjikan ialah pelaburan anda terhadap ebook ini dijamin berbaloi kerana isi kandungannya bukan “omong kosong”. Ia adalah pengalaman daripada penulis itu sendiri yang menjalankan kajian dan tindakan untuk memperoleh keputusan seperti yang dirancang.
Jangan lupa juga untuk berkongsi dengan rakan-rakan anda dengan menekan salah satu butang social bookmarking dibawah jika anda mempunyai naluri yang kuat bahawa artikel ini amat bermanfaat.