• Testimonial

    Pada halaman ini, saya akan berkongsi dengan para pembaca mengenai respons dan testimonial-testimonial yang telah diberikan oleh para pembaca ebook yang telah saya terbitkan seperti:

    Pendedahan Eksklusif: “Blog Commenting”

    Deskripsi ebook: Ebook ini ditulis berdasarkan hasil kajian saya sendiri untuk meningkatkan trafik di beberapa buah blog (termasuk AqifStrategi.com) dengan menggunakan satu teknik sahaja yang dipanggil blog commenting. Dimana teknik ini telah meningkatkan trafik sebanyak 200%!

    Satu keputusan yang tepat untuk saya meluangkan masa berharga bagi membaca laporan ini sehingga ke lampiran terakhir. Tahniah Aqif!

    Satu pendedahan yang eksklusif daripada saudara Aqif. Bagi saya ini merupakan satu pendedahan yang mampu mendidik para pengguna Internet agar meninggalkan komen yang berkualiti untuk kebaikkan semua pihak.

    Pengolahan ebook ini sangat matang dan menarik daripada anak muda ini! Nampaknya, ia adalah satu keputusan yang tepat untuk saya meluangkan masa berharga bagi membaca laporan ini sehingga ke lampiran terakhir. Tahniah Aqif!

    Adly a.k.a Labanon
    Team FlareBiz
    www.MajalahIm.com

    Memang benar kesilapan adalah pengalaman yang berharga. Tetapi masih ada cara lain yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan kesilapan. Yakni belajar dari kesilapan orang lain.

    Semasa saya mula-mula menceburi bidang penulisan blog kira-kira dua tahun yang lalu, saya sering melakukan kesilapan. Kadang-kadang kesilapan yang saya lakukan adalah tidak wajar. Memang benar kesilapan adalah pengalaman yang berharga. Tetapi masih ada cara lain yang boleh kita amalkan untuk mengurangkan kesilapan. Yakni belajar dari kesilapan orang lain. Saya yakin, A.Q menulis Ebook ini hasil daripada pengalaman A.Q sendiri. Dan secara jujur sebagai seorang penulis blog, saya juga melakukan kesilapan yang sama dua tahun yang lalu. Belajarlah dari kesilapan kami, dan jangan ulangi perkara yang sama.

    Melalui ebook Blog Commenting, A.Q mendidik para pembaca berkenaan cara yang tepat untuk membina kredibiliti melalui komen di blog-blog lain. Komen yang membuta tuli dan tidak beretika, tidak dapat mewujudkan perasaan suka di hati pembaca lain. Jika keadaan ini berlaku, maka blog anda juga tidak akan dikunjungi sesiapa walaupun anda meninggalkan beratus-ratus komen setiap hari. Bagaimana caranya untuk meninggalkan komen yang tepat? A.Q telah menghuraikannya dengan mudah di dalam ebook ini.

    Ebook Blog Commenting ialah ebook yang sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang melayari internet. Malahan saya amat menyarankan ebook ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai kecenderungan untuk membina kredibiliti dan karier di internet.

    Terima kasih A.Q, kerana mendidik pengguna internet Malaysia. Semoga lebih ramai pengguna dapat memanfaatkan ilmu yang A.Q kongsikan.

    Norakmal Jasni
    Pengasas Komuniti Motivasi Kejayaan
    www.MotivasiKejayaan.com

    Saya telah mencuba dalam masa 3 jam selepas membaca ebook ini dan ternyata ianya amat berkesan

    Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada saudara Aqif kerana telah berjaya menghasilkan ebook yang amat bernilai bagi para blogger Malaysia. Ebook Blog Commenting ini amat sesuai jika anda seorang blogger. Tidak kira anda Newbie Blogger or Professional Blogger, ianya sesuai untuk semua peringkat umur. Ebook ringkas ini mengandungi 40-halaman yang padat dan senang difahami oleh semua peringkat umur.

    Amat sesuai jika anda ingin MENAIKKAN TRAFFIK KE LAMAN BLOG anda secara percuma dan berterusan serta dalam tempoh jangka masa panjang. Teknik-teknik yang dikongsikan oleh Aqif begitu senang dipraktikkan oleh saya sendiri. Saya telah mencuba dalam masa 3 jam selepas membaca ebook ini dan ternyata ianya amat berkesan. Walaupun tidaklah begitu banyak, tetapi ianya secara berterusan.

    Saya juga dapat mempelajari tentang KEPENTINGAN Blog Commenting serta KESILAPAN Blog Commenting. Antaranya seperti meluahkan pendapat di blog lain, membina kredibiliti secara tidak langsung dengan memberi komen dan memilih niche yang sesuai dengan blog saya. Terima kasih di-ucapkan kepada saudara Aqif.

    Baloot
    http://blog.balootisme.com

    Untuk lihat testimonial-testimonial berikutnya, sila layari:

    http://blogcommenting.makroinformasi.com