• 2 Jenis Pemberian Percuma Yang Dapat Meningkatkan Kepercayaan Prospek

    Pemasaran email menggunakan autoresponder adalah sesuatu yang tidak asing lagi dan ia juga merupakan salah satu senjata utama dalam perniagaan GDI. Sepertimana yang anda tahu, teknik pemasaran ini adalah begitu mudah difahami dimana anda tidak dapat melakukan teknik ini jika tidak mempunyai senarai email. Namun, objektif utama ialah membina senarai email yang mempunyai kualiti, bukan sekadar kuantiti.

    Untuk berbuat demikian, anda perlu memberikan sesuatu yang dapat memberikan nilai dan manfaat kepada mereka. Ini kerana mereka hanya akan yakin terhadap anda jika anda mampu memberikan sesuatu yang diluar jangkaan. Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan bagi mendapat senarai email mereka, antaranya:

    Pemberian Ebook Percuma (Bukan sekadar ebook)

    Saya pasti anda akan dapat maklumat sebegini apabila diajar mengenai pemberian ebook percuma. Namun apa yang saya ingin tekankan adalah kualiti ebook tersebut. Perkara yang sering terlepas pandang oleh mereka yang ingin mengedarkan ebook ini adalah terlupa bahawa ebook merupakan first impression pembaca terhadap anda.

    Kredibiliti anda berkemungkinan boleh meningkat dan jatuh dalam sekelip mata melalui pengedaran ebook percuma ini. Jadi, utamakan kualiti dan manfaat yang boleh diberi pada para pembaca terlebih dahulu. Jangan kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga.

    Pemberian Video eCourse

    Pemberian seperti ini jarang dilakukan oleh Internet Marketers dan usahawan GDI tempatan kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi. Mengikut pandangan saya, pemberian eCourse ini boleh diberi secara berperingkat agar ia tidak merumitkan subscriber anda. Kualiti video juga harus diutamakan untuk mewujudkan kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap anda.

    Namun begitu, saya amat sarankan agar anda membuat video supaya dapat mendidik prospek-prospek mengenai perniagaan ini. Contohnya seperti membuat video tutorial mengenai perniagaan GDI dan latar belakang perniagaan mereka.

    Bagi mereka yang ingin menggunakan teknik pemasaran email sebagai medium utama pemasaran GDI anda, maka kedua-dua jenis pemberian percuma ini amat sesuai untuk diberikan kepada subscriber anda. Semoga anda dapat manfaatkan perkongsian saya ini.

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , ,

7 Comments


  1. abdhakim says:

    bagus laar informasi nie, bkn sekadar apply utk GDI sahaja, malah memang sesuai untuk ‘ikat’ prospek dalam apa jua jenis perniagaan

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Yup. Betul tu. Sebenarnya ada lagi pemberian percuma yang dapat memberikan kesan yang efektif. Tapi saya rasa cukup untuk 2 dulu. Takut nanti information overload pulak. :)

    [Reply]

  2. Shafrizal says:

    Salam bro Aqif,

    Terima kasih atas perkongsian bijak dan bermutu tinggi. Apa yang diutarakan oleh bro Aqif memang ada kebaikannya sendiri, dan atas sebab itulah maka saya telah pun mereka laman web saya sendiri.

    http://www.greatinternetbusiness.ws/

    Boleh la bagi komen dan cadangan membina, saya pun baru-baru saja dalam part ini~ :D

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Insyaallah. Boleh saja. :)

    [Reply]

  3. Rasanya sekarang memang dah jadi trend untuk mendapatkan prospek dengan pemberian ebook percuma.Pay per lead jugak kian menjadi pilihan….

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Walaubagaimanapun, pemberian sesuatu produk / perkhidmatan secara percuma merupakan sesuatu yang kritikal. Dimana ia memaparkan first impression pada anda. :)

    [Reply]

  4. online says:

    sangat menarik, terima kasih

    [Reply]

Leave a comment