• 3 Sistem perniagaan internet yang wajib ada

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Jika anda merupakan usahawan yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet atau ingin menggunakan internet sebagai saluran pemasaran yang baru, maka entri ini dapat membantu anda memulakan perniagaan internet dengan cara yang betul dan berkesan tanpa melibatkan sebarang wang sebanyak ratusan ringgit untuk mempelajari sistem ini.

    Saya akan kongsikan 3 sistem yang sering diguna pakai oleh usahawan-usahawan internet dimana anda boleh terus gunakannya untuk melipat ganda keuntungan perniagaan serta memasarkan perniagaan anda mulai hari ini.

    Domain dan hosting

    Apabila memasuki dunia perniagaan internet, anda seharusnya mempunyai domain dan hosting sendiri seperti .com, .net, .my dan sebagainya. Pemilihan nama domain juga perlu berkait dengan perniagaan anda. Katakanlah anda menjalankan perniagaan menjual batik, maka nama domain yang sesuai adalah AliBatik.com atau SensasiBatik.net.

    Elakkan daripada mempunyai nama domain yang susah untuk diingati dan jelik didengar.

    Rekabentuk laman web

    Setelah anda mempunyai hosting, anda boleh mengupah pereka laman web untuk membina laman web anda. Kos yang perlu dilaburkan disini ialah sekitar RM100 hingga RM5000. Ia bergantung pada produk dan perkhidmatan yang anda sediakan. Laman web terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

    • Laman mini (Minisite) – 1 – 2 produk/ perkhidmatan
    • E-commerce – Lebih daripada 3 produk.
    • Blog – Tidak bergantung pada jumlah produk atau perkhidmatan.

    Sepertimana yang telah saya terangkan di atas, ciri-ciri laman web bergantung pada jumlah produk atau perkhidmatan yang diniagakan. Jika anda ingin menempah pereka bentuk laman web, pastikan anda melihat hasil kerja (portfolio) mereka terlebih dahulu. Ini berikutan bagi mengelakkan daripada anda tidak berpuas hati dengan kualiti kerja mereka di saat akhir.

    Tetapkan medium promosi

    Kini laman web anda telah tersedia. Maka tibalah masanya untuk melakukan promosi. Sebelum itu biar saya jelaskan kekuatan dan kelemahan promosi di internet. Kekuatan utama menggunakan internet sebagai medium promosi adalah anda boleh mencapai jumlah pelanggan yang banyak dalam satu masa.

    Kelemahannya pula ialah terdapat berpuluh ribu cara promosi yang boleh anda lakukan. Ada yang berpendapat bahawa menggunakan laman jaringan sosial lebih efektif dan sebaliknya. Bagi saya, semua teknik promosi dapat memberikan kesan yang positif jika kita meletakkan fokus sehingga ia mendatangkan hasil.

    3 Sistem perniagaan ini terbukti berkesan – Berikan peluang untuk diri anda mencuba

    Ketiga-tiga sistem perniagaan ini merupakan elemen penting untuk anda memulakan perniagaan internet. Para usahawan internet yang berpengalaman juga bersetuju bahawa penerangan yang saya kongsikan di atas merupakan sistem penting yang akan membawa anda berjaya dalam perniagaan internet.

    Luangkan masa anda untuk tinggalkan komen ya. :D

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , ,

2 Comments


  1. Aman Yon says:

    Ringkas dan berkesan.Baik untuk mereka yang baru menceburi IM supaya jalan yang diambil lebih fokus dan terbukti berjaya.Cuma kalau boleh diberi maklumat lebih detail akan lebih membantu mereka yang memerlukan.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih Aman Yon. Boleh terangkan apakah informasi yang lebih detail itu agar mudah untuk saya huraikan di entri akan datang. Terima kasih. :)

    [Reply]

Leave a comment