Rasanya sudah sekian lama saya sudah tidak berkongsi ilmu mengenai pemasaran internet bersama dengan para pembaca. Ini tidak bermakna saya lokek ilmu dengan anda, cuma situasi yang berbeza menjadi punca mengapa topik ini tidak diketengahkan di dalam blog AqifStrategi.com.
Jadi, hari ini saya ingin berkongsi ilmu semaksima akal yang mungkin agar anda dapat memahami corak pemasaran yang berkesan di arena perniagaan dunia maya ini. 3 teknik ini merupakan pengalaman, kajian dan tindakan daripada saya sendiri. Jika tidak, masakan saya berani berkongsi dengan anda mengenai perihal ini.
1. Facebook – Kredibiliti dan Penjenamaan Maksima
Saya yakin kebanyakkan pembaca blog AqifStrategi.com mempunyai akaun Facebook. Dari situ kita dapat lihat bahawa dunia laman web sosial kini telah berjaya didominasi oleh Facebook. Jika dulu kita asyik dengan MySpace dan Friendster, berkemungkinan besar 2010 akan berubah tumpuan dimana akaun Facebook adalah akaun yang wajib ada.
Dengan menggunakan Facebook, penggunaan “Wall Post” adalah senjata utama anda untuk mempromosikan apa jua perniagaan yang anda ceburi. Pada awalnya, saya sendiri tidak menyangka bahawa Facebook mampu menghasilkan nilai-nilai istimewa ini. Namun setelah bertindak dan alami pengalaman itu sendiri, maka terbuktilah bahawa ia bukan sekadar teori semata-mata.
Sharing Is Not Just Caring, It Is Revealing
Gunakan fungsi “Wall Post” anda sebaik yang mungkin dengan berkongsikan segala informasi yang mereka mahu baca. Bukan apa yang anda tahu. Terus terang saya katakana bahawa kita perlu mengutamakan keperluan mereka terlebih dahulu dengan mempunyai soalan seperti berikut:
“Apakah maklumat yang mereka perlukan dan bagaimana aku boleh membantu mereka mendapat jawapan yang diinginkan”
Perkara yang saya sentiasa pegang sehingga hari ini ialah “Pertolongan yang terbaik datang daripada soalan yang kritikal”. Dengan berbuat demikian, anda mampu mendominasi minda anda untuk memperoleh sesuatu yang unik untuk dikongsikan oleh rakan-rakan anda di Facebook.
Jangan lupa juga untuk sertakan pautan ke laman web anda / affiliate di akhir “Wall Post” anda. Ini berikutan ia akan berkemungkinan besar dapat mempengaruhi rakan-rakan Facebook anda untuk klik pada pautan tersebut untuk mengetahui kandungannya.
Saya harap perkongsian bahagian pertama ini dapat membantu anda bagaimana untuk memahami salah satu teknik untuk memasarkan produk dan perkhidmatan anda secara efektif melalui Facebook. Untuk bahagian yang kedua pula, saya memerlukan komen anda terlebih dahulu bagi menentukan sama ada relevan atau tidak untuk saya berkongsikan ilmu mengenai pemasaran internet ini untuk entri yang seterusnya.
Justeru itu, saya harap anda dapat beri kerjasama dengan meninggalkan komen di ruangan yang disediakan di bawah. Sekian terima kasih.









Memang membunuh ni jika tidak menggunakan akaun Facebook. Tak silap 2 minggu lepas saya melihat carta Alexa, Facebook mengatasi Google di tempat pertama..hahaha
Sedikit info tambahan Encik Aqif, pautan link webiste di Facebook perlulah di letak ” http:// ” pada permulaan link, jika tidak link tidak boleh di klik secara direct
[Reply]
Aqif Reply:
February 5th, 2010 at 11:23 am
Terima kasih atas penambahan maklumat Tuan Nabieel.
[Reply]
Terima kasih .. perkongsian ilmu yang sangat bijak , sentiasa memberi semangat kepada kami
semuga perkongsian ini dapat diteruskan. Saya sendiri pun banyak beriklan di facebook.
[Reply]
Aqif Reply:
February 7th, 2010 at 6:56 am
Sekadar berkongsi pendapat dan informasi bermanfaat kepada para pembaca. Terima kasih atas pandangan bernas Cik Puan.
[Reply]
Aqif saya dah lama mengikuti perkembangan anda…saya memang berminat untuk menceburi bidang IM ni tapi smpai sekarang sy masih tak paham2 lagi apa itu domain/ web hosting dan fungsinya…mungkin sebab sy ni otai dan ketinggalan dr mrk2 yg masih muda dan fresh lagi..sya berminat untuk mempunyai bloq saya sendiri di bawah brand “zulmacho kleen”. latar belakang kemahiran saya ialah dlm bidang facilities management….building maintanance. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam aspek pembersihan bangunan yang boleh diaplikasikan pembaca dirumah mrk sendiri..jika saya hendak mengupah anda utk membuat minisite berapakah modal yg diperlukan..?
[Reply]