• Aku, Niagakit dan Flarebiz Network

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Pertama sekali saya ingin berkongsi sedikit berita gembira bersama dengan anda dimana saya telah diberi kepercayaan untuk bekerjasama dengan Flarebiz Network SDN BHD sebagai Copywriter atau lebih dikenali sebagai content marketing. Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada saudara Adly Mukhtar kerana mempercayai diri ini bagi menyandang tugasan tersebut.

    Bagi anda yang tidak mengenali Team Flarebiz, izin saya berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang syarikat ini. Flarebiz Network telah ditubuhkan oleh saudara Adly sendiri bersama sahabatnya iaitu Zhafran dimana syarikat ini merupakan peneraju sistem e-commerce tempatan yang dikenali sebagai Niagakit.

    Niagakit dibina dengan satu tujuan, satu harapan dan satu destinasi (bukan Akademi Fantasia) iaitu membantu para usahawan internet yang ingin menjual produk fizikal melalui sistem ecommerce pasang siap tanpa memerlukan sebarang kemahiran teknikal mengenai sistem perniagaan e-commerce. Ia juga bertujuan memberi peluang kepada usahawan yang bergiat secara offline bergiat di platform online.

    Jika anda menghadapi masalah untuk membina laman web e-commerce atau ingin mengurangkan kos bagi mengupah pereka laman web bagi merealisasikan impian anda untuk berniaga secara online, maka saya amat sarankan agar anda memiliki sistem e-commerce Niagakit.

    Tetapi Aqif, bagaimana jika saya ingin menjual satu produk fizikal sahaja?

    Maaf kerana terlepas pandang bagi mereka yang menjual single physical product. Sepertimana yang anda tahu, laman web yang sesuai untuk menjual satu produk dalam satu masa dikenali sebagai laman mini  (minisite). Namun begitu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka yang ingin membina minisite. Antaranya ialah:

    • Kemahiran teknikal – Kebanyakkan usahawan internet (hampir 95%) tidak mempunyai kemahiran asas dalam HTML dan CSS (Cascading Style Sheet). Ini merupakan faktor utama mengapa ramai usahawan internet tidak berani memulakan langkah pertama menjual produk mereka di internet.
    • Kemahiran desain – Setelah membina rangka minisite, langkah seterusnya ialah mempunyai reka bentuk grafik minisite yang menawan serta mampu menarik perhatian pelawat untuk membaca surat jualan anda. Dalam kes ini, ramai yang terlepas pandang dengan menganggap bahawa reka bentuk desain tidak begitu penting. Ternyata anda silap disini. :)
    • Kemahiran menulis surat jualan – Surat jualan adalah satu-satunya perkara yang perlu dititik berat setelah anda menyiapkan reka bentuk minisite. Dimana ia seharusnya mempunyai headline, pernyataan masalah, jalan penyelesaian dan call-to-action.

    Ketiga-tiga point di atas merupakan aspek penting dalam pembinaan minisite yang menjual. Tetapi saya lebih suka fokus pada masalah besar (95%) yang dihadapi oleh para usahawan internet iaitu mengenai kemahiran teknikal dalam membina rangka minisite.

    Kesimpulannya, pemilihan laman web bergantung pada kemampuan (wang) dan keperluan (kuantiti dan jenis produk) anda. Oleh yang demikian, sentiasa bertindak bijak dalam memilih pereka laman web bagi mengelakkan anda daripada berasa tidak berpuas hati pada saat laman web itu dibangunkan.

    (PS: Nantikan entri seterusnya daripada saya mengenai sebuah CMS minisite yang bakal dilancarkan oleh Flarebiz Network pada akhir bulan ini. Insya Allah)

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , ,

8 Comments


  1. omecool20 says:

    Semoga sukses di sana :)

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih bro. :)

    [Reply]

  2. Juan says:

    Tahniah lagi sekali bro..:-)

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Tanpa kau yang sentiasa memberi semangat, semua ini pasti sukar untuk berlaku. ;)

    [Reply]

  3. shaharil says:

    Tahniah. Semoga sukses.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih. Jumpa kita di puncak kejayaan. :)

    [Reply]

  4. Zairi Zaidi says:

    wow, tahniah bro!

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih. :)

    [Reply]

Leave a comment