Melihat perkembangan perniagaan internet yang semakin diterima baik dalam kalangan masyarakat Malaysia, masih ada lagi masalah yang membelenggu usahawan-usahawan yang baru memulakan langkah pertama mereka, iaitu mendapatkan jualan pertama bagi produk mereka / produk affiliate.
Saya akui, saya juga seorang yang takut untuk “menjual” sesuatu pada ketika dahulu. Ini juga merupakan salah satu sebab saya memilih perniagaan internet, iaitu saya tidak perlu berhadapan (face to face) dengan prospek untuk menjual sesuatu produk / perkhidmatan yang saya niagakan.
Namun begitu, anda tidak boleh beranggapan bahawa proses penjualan ini akan berlaku secara automatic. Maksud yang ingin saya tekankan disini ialah anda perlu mendedahkan diri anda bahawa anda adalah seorang yang menjual produk / perkhidmatan tersebut. Ia merupakan proses yang agak kritikal bukan? Jadi dalam entri ini, saya akan berkongsi serba sedikit panduan dan tips yang mungkin anda boleh aplikasikan.
Penggunaan minisite bagi menjelaskan kelebihan dan kekuatan produk / perkhidmatan
Buat pengetahuan anda, kelebihan minisite jelas sekali dapat membantu anda untuk menjimatkan masa bagi menjelaskan maklumat lanjut mengenai produk / perkhidmatan anda. Sebagai contoh, katakanlah anda menjual minyak wangi secara online. Dengan menggunakan minisite, anda telah berjaya menjimatkan masa untuk menerangkan kelebihan minyak wangi anda kepada pelawat agar mereka dapat membuat keputusan dengan segera untuk memiliki minyak wangi tersebut atau sebaliknya.
Namun begitu, proses ini memerlukan kajian yang teliti dan uji kaji secara berulang kali agar anda dapat menghasilkan penyampaian dari segi penulisan, video atau imej yang lebih baik pada masa akan datang. Kesimpulannya disini ialah, anda perlu bertindak sekarang untuk memahami perkara ini dengan lebih lanjut.
Minisite yang GAGAL ialah minisite yang tidak mempunyai pendedahan produk / perkhidmatan
Bagi mengelakkan anda berada dalam lingkungan kegagalan pada tahap permulaan, pastikan informasi dan maklumat dalam minisite anda mengandungi kelebihan-kelebihan produk / perkhidmatan anda. Ini bagi memberi penjelasan lanjut kepada prospek dan pelawat supaya mereka dapat membuat keputusan yang terbaik.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa kadar jualan dapat ditingkatkan jika lebih surat jualan lebih panjang. Pendapat saya jika surat jualan tidak mencapai kehendak pelanggan (pemberian maklumat yang mereka ingin tahu), maka hasilnya tetap sama iaitu anda tidak akan berjaya menghasilkan sebarang jualan. Lebih teruk lagi ialah anda telah mengelirukan mereka dimana berkemungkinan besar mereka langsung tidak akan menjejaki laman web anda lagi.
Kesimpulannya, proses pembinaan minisite dan surat jualan yang membunuh adalah proses pembelajaran semasa. Ianya tidak boleh berlaku dalam tempoh 24 jam. Namun begitu, jika anda mengalami sebarang masalah mengenai reka bentuk minisite yang mampu memberi daya tarikan yang maksimum terhadap para pelanggan anda, maka saya adalah antara individu yang sesuai untuk membantu anda menangani masalah tersebut.
Hubungi saya jika anda berminat.








