Assalamualaikum dan salam sejahtera,

(Imej dikreditkan kepada Eythor)
Nampaknya semakin hari perkembangan perniagaan internet di Malaysia semakin mendapat sambutan yang hangat dan ia adalah berita baik buat semua usahawan internet yang sedia ada.
Mengapa?
Kerana kini lebih mudah untuk mereka buat duit dalam pasaran tempatan kerana kepercayaan transaksi secara online semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Dalam masa yang sama, satu pengumuman telah dibuat dimana semua usahawan internet perlu mendaftarkan perniagaan mereka bagi mengelakkan denda atau hukuman penjara.
Bunyinya agak berat, namun itulah hakikat yang perlu ditelan.
Namun begitu, ambillah dari sudut yang positif… Jangan disangka pihak kerajaan ini jahat, mahu mengambil duit anda sebagainya.
Sebaliknya fikirkanlah bahawa inilah peluang untuk membuktikan bahawa anda bersedia untuk berniaga dan menerusi nama perniagaan yang didaftarkan seperti Digital Methodology Solutions (001968247-W), ia dengan mudah dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan terhadap diri anda.
Jadi, jangan lupa untuk singgah ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang berdekatan dengan rumah anda esok.
Oopss… Maafkan saya kerana terlanjur daripada tajuk entri yang sebenar. (Kerana saya rasa mesej ini amat penting untuk diberitahu kepada semua pembaca setia blog ini)
Mari kita berbalik ke topik asal iaitu “Berniaga sama seperti menjaga bayi”
Setiap perniagaan perlu mempunyai pelanggan, betul atau tidak? Jika tidak, siapa lagi yang mahu berikan wang kepada anda? Adakah patung-patung yang terdapat dalam pasaraya-pasaraya berdekatan dengan rumah anda? (Oh! Ini sekadar gurauan ya)
Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah bagaimana untuk menjaga pelanggan anda… Supaya mereka terus setia dengan anda.
Dan inilah sebabnya saya mahu kaitkan konsep seperti menjaga seorang bayi.
Jadi, mari kita sama-sama memahami konsep ini…
Sebagai seorang bayi, kita mahukan perhatian daripada orang ramai.
Sebagai pelanggan, mereka mahukan perhatian daripada anda. (Peniaga)
Sebagai seorang bayi, kita mahukan segala masalah diselesaikan (susu, tukar lampin dan sebagainya)
Sebagai pelanggan, mereka mahu anda menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ketika ini.
Sebagai seorang bayi, kita mahukan belaian kasih sayang daripada kedua belah ibu bapa.
Sebagai pelanggan, mereka mahu anda menjaga mereka dengan baik. (Jangan marah-marah, menengking dan tidak melayan kerenah mereka)
Sebagai seorang bayi, kita mahu layanan terbaik daripada kedua belah ibu bapa.
Sebagai pelanggan, mereka mahukan pelaburan yang setimpal dengan produk / perkhidmatan yang anda sediakan.
Lihat bagaimana konsep bayi boleh diintegrasikan bagi meningkatkan lagi kesetiaan pelanggan terhadap perniagaan anda.
Perkara yang paling penting ingin saya tekankan di sini ialah… Jagalah pelanggan anda sebaik yang mungkin kerana mereka yang akan membantu anda untuk jangka masa panjang.
Oh ya, mungkin anda mahu tambah konsep bayi yang boleh dikaitkan dengan pelanggan? Silakan tambah melalui ruangan komen yang disediakan di bawah. Terima kasih.











ada setengah orang cakapla… customer is like a king… tapi kena tengok jugakla… duk cerewet sangat pun tak boleh..
[Reply]
Aqif Reply:
July 23rd, 2010 at 12:50 pm
Sebab itu kita kena mahir dalam ‘customer communication’. Meskipun ada yang berpendapat customer is a king, tetapi ada caranya untuk membuatkan mereka mendengar pendapat kita.
[Reply]
Salam
Hem, how about “to be there always”
Like a baby, you need to be with him or her all the time. Same goes to our customers. being there literally would mean having the time to cater their problem in a given time and giving response to their suggestions.
[Reply]
Aqif Reply:
July 27th, 2010 at 6:29 am
Salam,
Yeah. That’s right. Thanks for spending your time sharing precious information with the readers.
[Reply]
pelanggan macam baby…baby nak bergantung kepada ayah sampai besar..mcamana nak jaga pelanggan sampai ‘besar’ hehe.saya dah alami ni ‘ayah’ saya ntah kemana dari mula beli ebook sampai sekarang saya email ‘ayah’ saya tak balas-balas…takpela saya anggap ‘ayah’ cari rezeki untuk anak lain dan juga anak yg akan lahir hehe…
[Reply]
Aqif Reply:
July 27th, 2010 at 8:40 pm
Siapalah gerangan ayah itu ya.
[Reply]
tak pela tak payah cite la sape ‘ayah’ tu
mungkin terlalu busy kot..sebab saya hanya tanye berkenaan file yg tak blh bukak…tapi mgkin sebab dh lame…tapi rasenye saya still ‘anak’ dia
[Reply]
Aqif Reply:
July 28th, 2010 at 1:05 am
Tidak mengapa, boleh cuba hubungi ayah melalui Facebook. Lebih berkesan mungkin.
[Reply]