Jika satu masa dahulu, segala penyampaian disebarkan oleh media-media seperti surat khabar, televisyen dan radio. Pada awal tahun 2006 pula, muncul pula media maya yang memberi tamparan yang hebat dalam media massa dan ia digelar BLOG.
Tahun 2010 merupakan tahun kesedaran kepada seluruh warga Malaysia berkenaan kelebihan mempunyai blog. Dari perkara yang positif sehinggalah perkara yang negatif. Jika kita lihat pada hari ini, ada yang menyalahgunakan blog dan akhirnya mengundang pelbagai masalah dan kontroversi. Adakah ini jelas menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terlampau prihatin atau suka menjaga tepi kain orang?
Namun bukan itu yang hendak dibincangkan dalam entri kali ini. Perkongsian hari ini adalah lebih kepada kegunaan blog itu sendiri kearah memanipulasi kelebihan yang ada. Pada pandangan anda, apakah blog ini lebih hebat impaknya untuk membangunkan perniagaan atau memperluaskan pengaruh?
Membangunkan perniagaan menggunakan blog
Meskipun ramai yang mengetahui apakah fungsi blog untuk perniagaan, tetapi hanya segelintir sahaja yang benar-benar memahami istilah “membangunkan perniagaan melalui blog” dimana medium maya ini mampu mengubah dan membawa perniagaan anda ke satu tahap yang lebih hebat.
Sebagai contoh, laman web AqifStrategi.com telah terbina sejak tahun 2008. Pada waktu itu, laman blog ini berkongsikan informasi berkenaan kesihatan dan kebanyakkan pelawat yang setia berada dalam blog ini merupakan golongan yang begitu berminat dengan informasi tersebut.
Saya yakin setiap blog mempunyai agendanya tersendiri. Begitu juga AqifStrategi.com dimana tujuan saya adalah untuk menjadi penasihat pemakanan kesihatan bagi mereka yang memerlukannya dengan mengesyorkan produk yang saya niagakan.
Ia bukan tugas yang mudah…tetapi tidak mustahil
Pada awalnya, saya agak ragu-ragu kerana jangan katakan pengalaman saya dalam bab-bab kesihatan ini sungguh cetek, malah saya langsung tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Namun ia bukannya batu penghalang. Saya tetap teruskan perjuangan dan akhirnya secara perlahan-lahan ia mendatangkan hasil.
Apa yang ingin saya katakan disini ialah kekuatan minda anda yang menentukan corak perjalanan dan betapa ampuhnya diri anda untuk mengatasi cabaran di hadapan mata. Saya pasti ada di kalangan para pembaca AqifStrategi.com mengalami beberapa masalah yang berkaitan dengan keupayaan diri. Percayalah kata saya bahawa jangan biarkan diri anda menguasai minda, biarlah ANDA MENGUASAI MINDA.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua. Tidak lupa juga sahabat internet saya, saudara Ammar Zahar akhirnya telah membongkarkan segala rahsia beliau dalam menguasai minda. Jika anda tidak kenal Ammar Zahar, maka sila lawati laman web ini dan baca seluruh maklumat yang dikemukakan.
Saya tidak sarankan anda mendapatkan ebook “Kuasa Minda” tersebut jika anda masih meragui bahawa setiap pelaburan adalah kerugian. Buat pengetahuan anda, saya telah menghabiskan wang sebanyak ribuan ringgit untuk memahami konsep penguasaan minda. Jadi terus terang saya katakan bahawa ebook ini adalah sebuah pelaburan yang berbaloi untuk diri anda. Ingat, anda yang inginkan kejayaan. Maka buatlah keputusan sehabis baik.









Pada mulanya saya semacam tidak mahu membeli ebook dari Ammar Zahar, tetapi saya menggunakan satu teknik di mana saya mengambil 3 gambar IM Malaysia untuk dinilai oleh seseorang yang dia sememangnya tidak kenali IM ini.
Saya dapati ada jawapan yang lebih positif daripada negartif apabila si kawan saya menilai Ammar Zahar. So saya mengambil keputusan untuk membeli ebooknya atas sebab dia mempunyai keunikan tersendiri.
[Reply]
Aqif Reply:
February 3rd, 2010 at 12:05 am
Perkongsian yang menarik. Berikut adalah salah satu contoh penilaian menggunakan imej dimana keunikan menjadi peranan terhadap sesuatu subjek yang dilihat berdasarkan first impression dan mata kasar seseorang.
[Reply]