• Cerita dongeng buat duit di internet

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Hari ini saya menjana pendapatan RM20,000 daripada program sekian… sekian… dan sekian. Seronoknya!

    Saya yakin para pembaca AqifStrategi.com pasti sudah biasa mendengar ayat-ayat seperti contoh di atas. Indah bukan dunia ini jika kita semua mampu menghasilkan pendapatan seperti yang ditonjolkan di atas? Masakan tidak… Dengan RM20,000, saya sudah mampu membayar separuh daripada yuran kolej.

    Jika saya bukan seorang pelajar, maka sudah tentu saya akan membeli kereta atau motor secara cash and go. Namun begitu, entri ini bukan untuk menggugat mana-mana program buat duit di internet kerana walau apa jua cara yang kita lakukan untuk mengecam program tersebut, pasti akan muncul program-program lain. Maklumlah, kebanyakkan rakyat Malaysia dikurniakan minda yang kreatif bagi memanipulasi sistem kewangan negara.

    Persoalannya sekarang ialah…

    Mengapa masih ramai yang terpedaya dengan program seperti ini? Walhal mereka semua sudah tahu bahawa ia adalah penipuan semata-mata?

    Baik, izin saya terangkan berdasarkan pemerhatian saya sendiri. Kebanyakkan daripada mereka ini sebenarnya masih lagi kabur dalam cara-cara membuat duit di internet. Ini berikutan mereka telah dididik oleh program-program penipuan seperti ini pada peringkat awal mereka cuba melayari internet.

    Jadi tidak hairanlah mengapa masih ada (lebih tepat… semakin ramai) orang yang masih lagi menceburi program-program seperti ini.

    Maaf ya. Saya bukan individu hebat yang menjana puluhan ribu di internet. Tetapi apa yang pasti ialah saya tahu adat berniaga pada peringkat asas iaitu setiap perniagaan seharusnya mempunyai produk atau perkhidmatan untuk diniagakan.

    Bukan sekadar menaja semata-mata

    Jadi saya harap kita semua dapat mengelakkan diri serta dapat menasihati para sahabat yang lain supaya tidak sertai program ‘make money’ seperti… (Anda senaraikannya)

    Bagi mereka yang pernah mengajukan beberapa soalan menarik mengenai Login Facebook Dapat Duit kepada saya, izin saya ajukan soalan ini kepada anda:

    Kenapa login Facebook sahaja baru dapat duit? Bagaimana dengan login Twitter? LinkedIn? Friendster? Dan sebagainya? Bukankah ini semua laman jaringan sosial?

    (PS: Mungkin soalan ini akan dimanipulasikan oleh penggiat-penggiat program selepas ini. Siapa tahu?)

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , ,

12 Comments


  1. Aisamuddin Hanif says:

    Aqif, post ini ada kena mengena dengan Program 20ribu20hari.com ke?
    Adakah ianya pun MLM semata mata.. Tengok banyak juga otai IM yang promote benda tu.. nampak power tapi tak tahu pun ianya juga satu bentuk MLM ..

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Aisamuddin, ia tidak ada kena mengena dengan program 20ribu20hari.com. Produk daripada Suthan M itu adalah berkenaan dengan strategi melancarkan produk informasi jika tidak silap saya. Jadi, tidak mustahil untuk peroleh RM20k dalam masa 20 hari. :)

    [Reply]

  2. Juan says:

    Salam hormat.

    Terus terang saya juga bukan antara yang mendapat puluhan ribu
    sehari dari perniagaan. Dan hakikat yang sebenar, ianya perlukan
    pengorbanan yang besar dari segi masa dan kewangan untuk mendapat duit sebanyak itu. Kita juga perlu komited dalam
    menjalankan perniagaan.

    Ps:Jauhi program2 seperti dalam post di atas.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Itu dia bakal jutawan sudah bersuara. Saya setuju! :)

    [Reply]

  3. shaharil says:

    Mereka menggunakan emosi untuk bertindak.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Emosi? Mari kita tambahkan sekali dengan ‘nafsu’. :)

    [Reply]

  4. Zairi Zaidi says:

    orang ramai memang kena didedahkan tetang beza program sebegitu dengan ure interet bisnes

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Setuju. :)

    [Reply]

  5. donnyien says:

    Salam,
    Dulu aku pon cam tu gak, main bantai apa je program buat duit online ni atau lebih tepat skim cepat kaya.Syukur aku telah belajar dari kesilapan dan semakin matang.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Salam. Tahniah kerana berjaya keluar dari kelompok tersebut. :D

    [Reply]

  6. zuls says:

    satu rules yang saya selalu pakai untuk program-program buat duit ni ialah cari yang tidak perlukan modal. Lagi selamat.

    [Reply]

  7. titan says:

    diorang tak faham. Dan diorang malas nak faham. Itu aje. Bagi diorang, diorang cuma nak cari duit aje..

    [Reply]

Leave a comment