Berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti dan implementasikan dengan segera bagi mencapai kejayaan berganda dalam apa jua perniagaan yang diceburi.
- [+] Mencari mentor dalam perniagaan.
- [+] Membuat penyelidikan dan kajian produk serta pelan pemasaran.
- [+] Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pesaing.
- [+] Mempunyai sistem sokongan dan bantuan pelanggan 24/7.
- [+] Memberi sesuatu produk atau perkhidmatan yang bernilai secara percuma bagi penjenamaan.
- [+] Tidak mengusik wang syarikat (keuntungan) bagi membeli barang-barang peribadi.
- [+] Mempunyai pelan perancangan jangka masa pendek dan panjang bagi menjamin keutuhan syarikat.
- [+] Mempunyai sistem perniagaan agar perniagaan anda terkawal dari pelbagai perspektif seperti pelan tindakan pemasaran, jadual kerja, dan pelbagai lagi.
- [+] MULAKAN TINDAKAN.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai strategi yang boleh anda gunakan bagi mempercepatkan kejayaan dalam perniagaan anda. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua. Jika anda mempunyai sebarang pendapat bernas, sila ajukan melalui ruangan komen yang disediakan di bawah.









Assalamualaikum Tuan Rumah,
Entri di atas menarik untuk diberi komentar, khususnya pada petikan ini,
” Menjalinkan hubungan kerjasama dengan pesaing”
Benar, hubungan yang baik hendaklah dibina dengan sesiapa sahaja, hatta pesaing perniagaan kita. Mengapa?
Kerana berniaga untuk hidup dan bukan hidup untuk berniaga.
Network yang luas dan pelbagai memudahkan kita menjalani kehidupan ini dengan riang dan bahagia termasuklah berniaga…
Salam ceria & Inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
[Reply]
Waalaikumsalam.
Terima kasih atas pendapat bernas yang diberikan.
[Reply]