Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sejak kebelakangan ini saya menghadapi sedikit kekangan masa berikutan pembinaan sebuah laman web terbaru yang diberi nama Nutrisi 2.0. Dimana projek ini merupakan kerjasama daripada pihak DreamDiamond.net dan menjadi pautan subdomain.
Sebelum saya meneruskan penulisan entri terkini, saya mohon agar para pembaca blog ini untuk menyertai Facebook Nutrisi 2.0 bagi memeriahkan komuniti ini sebelum tiba pelancaran rasminya. Anda juga dimohon agar menyebarkan komuniti ini kepada para sahabat anda di Facebook bagi berkongsi manfaatnya.
Baiklah… Berbalik pada topik entri kali ini.
Sepertimana yang kita tahu, Facebook merupakan salah satu laman web sosial media yang terbesar didunia. Jadi, berita baik disini ialah kita boleh menggunakannya sebagai medium untuk menjenamakan blog. Tetapi bagaimana?
Mudah sahaja kerana pihak Facebook sendiri telah menyediakan platform bagi para usahawan untuk memantapkan perniagaan melalui Facebook. Ini dapat dilihat melalui kewujudan Facebook Pages.
Melalui Facebook Pages, kita bukan sahaja dapat menarik trafik (dimana ia merupakan aspek penting). Malah kita juga berpeluang untuk menggunakan platform ini sepenuhnya bagi tujuan penjenamaan. Ini bermakna jika kita mempunyai 1000 pelawat yang menekan ‘Like’ pada fan page blog, maka jumlah tersebut adalah golongan yang mengenali blog kita.
Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menambah jumlah ‘Like’ dari semasa ke semasa?
Berikut saya terangkan satu-satunya yang saya gunakan bagi mempromosikan Fan Page di Facebook:
Lakukan ‘Wall-Post’ Secara Konsisten
Untuk melakukan perkara ini, kita cuma perlu aktif setiap kali memasuki laman jaringan sosial Facebook. Kongsikan apa sahaja yang anda mahu selagi ia dapat memberikan manfaat dan faedah kepada sahabat Facebook anda yang lain dan setiap kali anda melakukannya, di akhir kata anda boleh mempromosikan fan page blog anda dengan menggunakan ‘fungsi Facebook Tag’ iaitu ‘@(nama fan page anda).
Tidak ada sebarang jaminan bahawa ia dapat mempercepatkan penambahan senarai yang ‘Like’ pada fan page anda. Tetapi apa yang berani saya katakan ialah penambahan ini dapat dilihat dari semasa ke semasa.
Berdasarkan hasil kajian saya, jumlah mereka yang ‘Like’ Facebook Nutrisi 2.0 kini telah mencapai 12 orang.
Jadi, jika anda mempunyai fan page sendiri di Facebook. Kongsikan dengan para pembaca lain melalui ruangan komen yang disediakan di bawah.










