• Bagaimana mengawal rentak trafik blog anda?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Cabaran Blogging 2010 - AqifStrategi.com

    Jika anda seorang yang begitu obses dengan blogging, sudah tentu anda ketahui bahawa penjanaan trafik merupakan salah satu perkara utama bagi memastikan blog anda berada di ranking terbaik dalam enjin carian (Google, Yahoo atau MSN). Ini termasuklah bagi menjana pendapatan yang lumayan melalui blog seperti pengiklanan, pay per post, text link ads dan pelbagai lagi.

    Berdasarkan pengalaman, perkara yang mencabar dalam blogging ialah mengekalkan trafik yang sedia ada. Jarang sekali kita lihat sebuah blog mampu mengekalkan trafik (termasuk meningkatkannya) setiap bulan. Apabila dilihat statistik pelawat pada bulan-bulan seterusnya, ia semakin menurun dan terus menurun.

    Persoalannya…”Mengapa ia jadi begitu?”

    Semuanya berkaitan dengan “Konsistensi”

    Mempunyai blog adalah seperti melakukan pemasaran dan pemasaran berkait rapat dengan konsistensi. Jika anda tidak percaya, lihat sahaja syarikat-syarikat besar seperti Maxis, Celcom, Air Asia dan sebagainya. Meskipun nama mereka sudah gah dalam pasaran tempatan, namun pemasaran masih lagi diteruskan untuk terus meningkatkan jenama dan kualiti perniagaan.

    Sama juga seperti blog, untuk mencapai statistik pelawat yang stabil setiap bulan, anda perlu menerbitkan entri secara konsisten. Bayangkan diri anda sebagai seorang pelawat, sudah pasti mereka tidak akan bertandang ke blog yang hanya “setahun sekali” sahaja dikemaskini.

    Mereka sentiasa dahagakan entri yang “segar”… (Begitu juga saya)

    Namun begitu, terdapat satu lagi masalah yang timbul meskipun anda berjaya mengekalkan motivasi untuk terus menerbitkan entri-entri di blog anda dan masalahnya ialah…

    Tidak menerbitkan isi kandungan yang berkualiti

    Kualiti tidak bermakna sebuah entri yang panjang. Kualiti yang saya maksudkan disini ialah isi kandungan yang mewujudkan pengaruh. Bagi menghasilkan entri yang mempunyai kualiti, anda hendaklah terlebih dahulu mengenal pasti “siapa” (know who) sasaran pasaran anda.

    Dengan mengenal pasti perkara berikut, baru anda boleh lakukan sedikit kajian bagi berkongsi sesuatu yang mereka inginkan. Kebanyakkan blog gagal untuk mendapat tempat di hati pelawat adalah kerana isi kandungan yang bercampur aduk serta terlampau peribadi (sila terima hakikat ini… lambat laun mereka akan meluat untuk mendengar perkara peribadi anda).

    Jadi, apa langkah anda?

    Disini saya sediakan poin-poin penting supaya anda dapat mengekalkan rentak trafik blog anda. Semoga ia dapat diimplentasikan dengan kadar yang segera. Mohon juga kongsi pada para sahabat agar kita sama-sama peroleh kebaikannya.

    • [+] Kenali siapa sasaran anda (Golongan pembaca)
    • [+] Tetapkan tujuan anda mewujudkan blog
    • [+] Sediakan jadual blogging (Jika mahu wujudkan konsistensi)
    • [+] Banyakkan membaca dan melakukan kajian agar dapat menerbitkan isi kandungan yang segar lagi berkualiti
    • [+] Perbanyakkan entri yang menggunakan poin (bullet dan numbering)
    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , ,

8 Comments


  1. Nozi says:

    Salam,

    Betul tu. Kena konsisten. Saya pun sedang mempelajarinya. :)

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Semoga terus mencapai kejayaan ya! :)

    Ingat, kekal konsisten!

    [Reply]

  2. Nabieel SR says:

    Salam Tuan Aqif,

    Menarik tajuk artikel ini :)

    Mengawal rentak trafik blog adalah satu kemestian seorang blogger mengetahui caranya. Tapi saya rasa tiada siapa yang pernah memperkatakan bagaimana menghadapai kebanjiran trafik yang luar biasa sedangkah kapasiti website tidak dapat menerima trafik sebanyak itu. Bolehkah Tuan Aqif membincangkan situasi ini?

    Terima kasih.

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih atas cadangan Tuan Nabieel. Insya-Allah saya akan cuba yang terbaik untuk membincangkan situasi ini pada entri-entri akan datang. :)

    [Reply]

  3. zik says:

    erm artikel yang bagus nie bro..terima kasih sudi berkongsi idea.. :-)

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih kerana sudi membaca entri ini. :)

    [Reply]

  4. Pisang Panas says:

    Bro,elaborate lagi pasal jana menjana trafik ni..

    [Reply]

    Aqif Reply:

    InsyaAllah akan di’elaborate’ pada entri akan datang. Terima kasih atas cadangan ya.

    [Reply]

Leave a comment