• Cabaran Blogging – Memilih Domain dot com atau blogspot?

    Blogspot sebenarnya bukan untuk anda

    Bagi anda yang betul-betul serius untuk berblogging atau menjadikan blogging sebagai salah satu medium untuk menjana pendapatan, jelas sekali Blogspot tidak sesuai untuk anda. Walaupun Blogspot digemari ramai, pendapat saya ialah golongan mereka yang berblogging menggunakan blogspot ini tidak bersifat serius dan blog sekadar untuk “suka-suka”.

    Ini tidak bermakna anda tidak boleh menggunakan blogspot, cuma saranan saya ialah lebih baik menggunakan domain dot com sendiri jika mampu. Lagipun, kos untuk membinanya amat murah iaitu serendah RM40 setahun.

    Dengan mempunyai domain dot com sendiri seperti AqifStrategi.com dan sebagainya, anda mempunyai kebebasan mengubahsuai blog anda mengikut citarasa tersendiri dimana ia tidak dapat dilakukan jika anda menggunakan servis percuma seperti Blogspot.

    Domain dot com amat sesuai untuk usahawan yang berniaga menggunakan medium internet

    Penggunaan domain dot com amat sesuai untuk anda membina kredibiliti sebagai seorang usahawan dalam bidang perniagaan anda. Sebagai contoh, jika saya menjual pakaian batik, saya akan membina blog dot com seperti PerniagaanBatik.com (Sekadar contoh) dan berkongsi pelbagai maklumat mengenai dunia batik bersama para pembaca.

    Mengapa saya berkongsi maklumat? Ia bertujuan untuk membina kredibiliti dan menunjukkan kepakaran saya dalam bidang yang diceburi. Melalui perkongsian yang bermanfaat kepada para pembaca, secara tidak langsung ia akan meningkatkan kepercayaan mereka terhadap anda. Ingat, jika  anda bukan jenama terkemuka seperti Pepsi, Coca Cola dan sebagainya, maka kepercayaan adalah perkara utama yang harus diutamakan sebelum menghasilkan jualan.

    Keputusan anda? Domain dot com atau blogspot?

    Cabaran blogging sebelum ini memerlukan anda untuk menetapkan niche blog anda. Pada kali ini pula, anda perlu menentukan samada anda ingin menggunakan domain sendiri atau menggunakan servis percuma seperti Blogspot atau Wordpress.

    Tiada masalah jika anda ingin menggunakan servis percuma. Cuma jika anda seorang yang memahami “perancangan jangka masa panjang”, saya yakin anda mengetahui kelebihan mempunyai domain dot com sendiri.

    Jangan lupa untuk kongsikan pendapat anda dalam ruangan komen yang disediakan dibawah.

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , , ,

13 Comments


  1. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Entry dia atas menarik untuk di beri komentar, terutamanya pada petikan ini,
    “Tiada masalah jika anda ingin menggunakan servis percuma. Cuma jika anda seorang yang memahami “perancangan jangka masa panjang”, saya yakin anda mengetahui kelebihan mempunyai domain dot com sendiri.”

    (minta izin) sedikit tambahan,

    Bagaimana pendapat tuan berkenaan mereka yang menggunakan dot com berbayar namun masih menggunakan email percuma?

    Apakah email percuma itu lebih kredibiliti berbanding dengan yang berbayar…?

    Bagaimana dengan email .ws yang telah dibayar, mengapa jarang sekali /tidak mereka menggunakannya?

    Salam ceria & inspirasi
    “Pray Hard & Work Smart”

    Assalamualaikum

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Berkenaan dengan soalan tuan iaitu:
    “Apakah email percuma itu lebih kredibiliti berbanding dengan yang berbayar…?’

    Ia bergantung pada penggunaan dan nama email itu sendiri. Pendapat saya, tiada masalah jika kita bijak menggunakannya untuk mendominasi kredibiliti. :)

    [Reply]

  2. Azam says:

    Saya rasa tiada salahnya menggunakan blogspot.com. Yang penting maklumat yang sentiasa diupdate. Kalau pakai .com tapi isi sama je tak berubah2, tak guna jugak. .com atau .blogspot cuma kosmetik sahaja. yang penting isi kandungannya

    kalau untuk kedai online, saya cadangkan guna .lot.my
    senang orang nak kenal yang itu kedai online berdasarkan domain contohnya PerniagaanBatik.lot.my.

    lot.my ni free je pun. siap lengkap dengan sistem e-commerce lagi. cubalah try!

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Terima kasih atas perkongsian anda

    [Reply]

  3. adamfaiz says:

    Aku setuju dengan Azam. Untuk yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogging (mcm aku) aku rasa elok guna yang free dulu. Dapatkan gaya penulisan, niche dan trafik pastu baru la boleh berkira-kira untuk invest .com plak.

    Tapi kalau yang memang mampu, go on! Anda mungkin mendapat kelebihan dari yang lain.

    sekadar pendapat…

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Pendapat yang bernas. Tidak salah untuk melaburkan wang untuk menggunakan domain dot com. Bukankah ianya serendah RM40 setahun? Banyak yang boleh dikecapi. Insyaallah. :)

    [Reply]

  4. hasbulaqill says:

    untuk longterm
    baik guna dot com sendiri
    dan ramai usahawan internet terkemuka dunia
    gunakan dot com sendiri sebagai platform untuk bina kredibiliti mereka
    bak kata orang ‘ cakap berapi jadi usahawan internet’ tapi domain sendiri tak mampu nak beli
    hehe

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Setuju! :)

    [Reply]

  5. Nabieel SR says:

    Memilih dot com adalah jalan terbaik daripada blogspot.

    Sekiranya anda masih baru dan tidak berkemampuan lagi, saya sarankan anda gunakan blogspot.

    Ada satu menarik tentang blogspot adalah blog anda cepat di index ke search engine berbanding dot com.Saya telah mencubanya, kurang dari 10hari sudah di index ke search engine :)

    Saranan yang baik dari saya adalah anda cipta blogspot dahulu, setelah blog telah masuk ke search engine, barulah gunakan dot com dan tinggalkan url di blog lama dengan mengatakan “saya telah berpindah ke blog baru” ini adalah merupakan satu backlink pada permulaan tapak domain dot com anda.

    Dan satu perkara yang agak menarik juga, pemilihan syarikat hosting di mana servernya terletak di UK, ini juga memudahkan domain di index dengan cepat.

    Apa pun cara yang anda lakukan, blog yang berbayar akan membina kredibiliti dalam jangka masa panjang :D

    [Reply]

    Aqif Reply:

    Satu perkongsian peribadi yang terbaik! :)

    [Reply]

  6. Alhamdulillah pendapat Aqif bernas sekali. Buktinya saya dulu sebelum bertukar kepada dot com, saya menggunakan medan wordpress untuk memulakan bakat penulisan saya. Tidak salah mencuba yang tidak bermodal dulu.

    [Reply]

  7. arman says:

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu. Bagi saya. Jika kita ingin membina blog yang bertujuan untuk membina kredibiliti dan ingin menjana pendapatan diinternet adalah lebih baik menggunakan domain dot com sendiri. Sekiranya tujuan kita hanya sebagai hobi bukan tujuan untuk perniagaan internet saya rasa pilihan anda ialah domain percuma. Apa yang penting ia bergantung pada tujuan anda untuk membina blog.

    [Reply]

  8. Mantra says:

    Saya setuju..
    perancangan jangka masa panjang lebih elok menggunakan domain dan hosting
    sendiri.

    Bayangkan kita dah semakin selesa berblogging. Alangkah ruginya
    tak menggunakan nama domain yang dibeli sendiri.

    sekadar pendapat…

    [Reply]

Leave a comment