• Memilih medium perniagaan yang terbaik untuk anda

    Percaya atau tidak, tidak semua orang boleh lakukan perniagaan yang sama. Ini dapat dilihat melalui kejayaan usahawan-usahawan yang lain melalui bidang perniagaan yang diceburi. Ada yang berjaya melalui perniagaan networking, perniagaan transportasi,  perniagaan internet dan pelbagai lagi. Ini membuktikan bahawa apa jenis perniagaan mampu memberikan kebebasan wang pada anda.

    Apa yang perlu dikaji dan dilihat semua adalah potensi diri anda sendiri. Saya melakukan perniagaan networking / MLM kerana saya begitu gemar berkomunikasi dengan orang-orang sekeliling saya. Justeru itu, saya tidak merasakan sukar untuk menjalankan perniagaan ini. Saya juga berblogging kerana saya gemar menulis sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsikan kepada para pembaca.

    Mengenali potensi diri dalam perniagaan

    Persoalannya sekarang, apakah kekuatan diri anda? Dengan mengenal pasti perkara tersebut. Saya yakin segala cabaran dan rintangan yang anda hadapi dalam perniagaan dapat anda tempuhi dengan jayanya. Mengenali potensi diri tidak dapat dilakukan dalam masa sehari. Ia memerlukan pengalaman dan tindakan yang berterusan untuk mengetahui kesesuaian dalam diri anda.

    Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak gemar melakukan perniagaan dari rumah (SoHo), dimana anda lebih selesa berada di pejabat atau bekerja di luar. Mulai hari ini, anda perlu kenal pasti kekuatan dalam diri anda supaya anda dapat menikmati setiap perjalanan dalam perniagaan yang dilakukan. Kebanyakkan masalah kegagalan usahawan-usahawan adalah berpunca daripada diri sendiri dimana mereka lebih merasa keperitan dalam perniagaan yang diceburi berbanding kenikmatan.

    Semoga perkongsian ini dapat membantu para pembaca untuk membuka minda dalam mengenalpasti potensi diri dalam perniagaan.

    Related Posts with Thumbnails

    Tags: , , , ,

1 Comment


  1. Azam says:

    bagi saya medium terbaik untuk saya ialah perniagaan produk fizikal secara e-commerce. satu langkah sebelum memiliki kedai fizikal.

    [Reply]

Leave a comment